August 2017 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, August 31, 2017

Wu Kong (2017)

August 31, 2017
Wu Kong (2017)
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Jomlah menonton.. Hehehe.. 
 Terubat hati bila menonton Wu Kong ini..
Memang best.. Sha bagi Thums up..
Sha suka grafik dalam filem ini..
Sha suka jalan cerita filem ini..
Walaupun agak berbeza dari filem Journey To The Sewt yang sebelum-sebelum ini tapi pada Sha cerita ini masih ada kekuatannya..
Pelakon yang bawa watak Wu Kong itu pun ohsem..
Keseluruhannya cerita ini berjaya mengubati kekecewaan Sha terhadap Death Note versi Amerika..


Read More

Bibimbap Malaysia

August 31, 2017
Bibimbap Malaysia
Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Selasa (29.08.2017) Kawan Opis Sha ada open order Bibimbap..
Sha pun orderlah sebekas.. RM10 je..
Sesekali makan kan.. Kawan Sha ini memang rajin buat makanan Korea..
Selalunya habis je bila Sha tahu.. 
Kali ini dia whatsapp personal tanya nak tak..
Memang terus orderlah..
Alhamdulillah.. Sedap..
Makan sambil tengok citer China.. Hahaha..

 
Versi Melayu..
Sha punya ini tanpa taugeh..
Tak suka taugeh.. Hahaha..

 Bila dah digaul kesemuanya..
Pergh!! Ohsem sangat rasanya..
Deabak..
Read More

Would You Rather Book Tag

August 31, 2017
Would You Rather Book Tag
Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa cabaran nie dekat blog Siqah.. Rasa macam menarik je..
Walaupun soalannya dalam Bahasa Inggeris, Sha jawab dalam Bahasa Melayu..
Ada sesiapa nak joint?? Jangan lupa bubuh link dekat komen ya..
Nanti kalau berkesempatan Sha terjah entry korang..

1. Read only trilogies or stand alone?
Sha baca kesemuanya.. Trilogi dan juga stand alone.. Trilogi yang paling ohsem Laksamana Sunan & Tombiruo oleh Ramlee Awang MurshidHarry Potter oleh J.K. Rowling, Anita Blake Vampire Hunter oleh Laurell K. Hamilton tapi sampai buku 15 je.. Lepas itu Sha pun lost.. Hehehe.. Sebenarnya banyak lagi yang best.. Cuma tak tersenarai je.. Hehehe.. 

2. Read only female or male authors?
Sha tak kisah siapa penulisnya lelaki atau perempuan tapi kisah pada apa yang nak disampaikan dalam buku mereka..

3. Shop at Barnes & Nobles or Amazon?
Tak pernah membeli di Barnes & Nobles or Amazon.. Selalu Sha beli online di Karangkraf Mall, Instagram & Facebook untuk buku pre-loved dan yang terbaru dengan Prolog Media..Pernah juga beli di MPH Online, Bookcafe dan Karnadya.

4. All books become movies or TV shows?
Tak berapa gemar adaptasi buku ke filem or drama.. Sebab kepuasan dalam bentuk drama dan filem tak sama macam kita baca buku.. Tapi Sha still tengok filem or drama yang diadaptasikan.. Bergantung juga siapa pelakonnya.. Hehehe.. 

5. Read 5 pages per day or 5 books per week?
5 buku seminggu.. Kadang-kadang lebih.. Kadang-kadang kurang.. Bergantung pada mood, masa dan situasi..

6. Be a professional reviewer or author?
Sudah semestinya reviewer.. Tapi tak adalah profesional sangat.. Sha review ikut apa yang Sha faham dan suka.. Bila ada kepelbagaian review, pasti memeriahkan dunia buku.. Cewah.. :)

7. Only read your top 20 favorite books over and over again or always read new ones that you haven’t read before?
Sentiasa baca buku baru yang Sha miliki.. Sha teringin nak baca lagi dan lagi buku kegemaran Sha tapi buku yang belum dibaca juga semakin banyak.. So kena continue baca buku baru.. Hehehe..

8. Be a librarian or book seller?
Sudah semestinya librarian.. dan Sha memang kerja dengan Perpustakaan.. Dapat bau buku hari-hari adalah sangat mengembirakan..

9. Only read your favorite genre or every genre except your favorite?
Sha sangat suka genre Thriller, Seram dan juga Fantasi.. Tapi Sha juga baca genre lain.. Sebab kadang-kadang kita akan stuck hanya dengan satu genre.. Lagipun sekarang genre yang ada di pasaran semakin banyak.. Rasa macam rugi pula kalau tak explore semua..

10. Only read physical books or ebooks?
Sha baca keduanya.. Bergantung pada keadaan dan situasi.. Pada Sha kedua-duanya punya kelebihan tersendiri..
Read More

Wednesday, August 30, 2017

Sample Hydra Whitening Face Wash

August 30, 2017
Sample Hydra Whitening Face Wash

Assalamualaikum..
Hye semua

Sha terima sample free dari Mentholatum Botanic..
Hydra Whitening Face Wash..
Nampak sangat menarik..
Siap ada Voucher diskaun RM5..




Read More

Hadiah Giveaway Pre-Loved Buku 2017

August 30, 2017
Hadiah Giveaway Pre-Loved Buku 2017
Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadiah Giveaway Pre-Loved Buku 2017 dah sampai..
Buku Paranoia oleh Hani Suraya..
Terima kasih Kim Chaa untuk buku ini..
Barulah boleh mula membaca Paranormal dan sambung dengan Paranoia..
Yeah!! Bertambah lagi koleksi buku Sha..
Alhamdulillah.. semoga murah rezeki Kim Chaa...

Hadiah sampai pada 29.08.2017..
Read More

Wordless Wednesday #Book

August 30, 2017
Wordless Wednesday #Book

Tuesday, August 29, 2017

3 Meals A Day Sea Ranch

August 29, 2017
3 Meals A Day Sea Ranch
Assalamualaikum..
hye semua..

Rancangan realiti kesukaan Sha ini..
Sebab ada penyediaan masakan..
Semuanya dari sumber di sekitar rumah dan kejiranan..
Kadang-kadangdapat tengok mereka memancing, bercucuk tanam dan membuat bermacam-macam kerja..
Part yang paling syok masa mereka menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam..
Sha suka part yang ini..
3 Meals A Day Sea Ranch ini season yang ke tujuh..
Rancangan yang ini merupakan kedua dirakam di Deukryang Island, Korea.
Celebrity yang ada dalam rancangan ini ialah Lee Seo-jin, Eric Mun & Yoon Kyun-sang.

Rancangan ini baru blagi bersiaran.. Baru ada 3 ke 4 episod je..
Yang ada sarikata BI baru dua episod..
Tapi memang menariklah..

Lee Seo-jin, Eric Mun & Yoon Kyun-sang
Read More

Death Note (2017 film)

August 29, 2017
Death Note (2017 film)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Death Note versi American dah keluar..
Ditayangkan di Netflix pada 25.08.2017..
Ramai juga yang review kata tak best..

Pada Sha bukan tak best tapi memang memang memang tak best... 
Hancur dan hancur.. 
Dahlah ganas gila..
Tak sesuai ditonton bersama kanak-kanak.. 
18sx dan 18sg..
Hancur harapan.. Sha tengok 15minit awal je dah kecewa..
Tapi tengok jugalah sampai habis.. 
Memang menyesallah tengok..
Tak pernah lagi rasa menyesal macam ini.. Huhuhu..
Korang dah tengok?


Read More

Fruit, Flower & Food Fiesta 2017 #famafest di RTC Gopeng

August 29, 2017
Fruit, Flower & Food Fiesta 2017 #famafest di RTC Gopeng
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sabtu (26.08.2017) Sha jenjalan makan kenduri..
Dalam perjalnan balik, singgah sekejap di RTC, Gopeng..
Ada Fruit, Flower & Food Fiesta 2017..
Memang meriah habis..
Macam-macam ada..
Memang rambang mata dan bakal kering poket dibuatnya kalau tak kental jiwa..
Dengan bermacam jenis anak pokok buah, bunga dan sayur-sayuran..
Beraneka jenis buah-buahan..
Makanan pula, usah cakaplah..
Mujur Sha dah kenyang, kalau tak.. Tak tahulah..
Produk IKS pun banyak..
Pendek kata bermacam jenis sampai lenguh kaki berjalan..
Tapi dah tamat dah #famafest ini..
Tarikh #famafest ini 24-27 Ogos 2017.






 
Besar sangat cilinya..


 
Ini namanya Udang simpul.. Seketul RM2








 
Produk Nenas dari Johor..


 
Segala macam jenis anak pokok..

 
Pokok Kurma..
Siap ada amaran..


 
Hasil laut Jamilah pun ada..

Dhab



 
Produk IKS..
Macam-macam ada..


Read More

Monday, August 28, 2017

GIVEAWAY | TRILOGI JBNI, TRILOGI SERUAN & KUNCI (OPEN!)

August 28, 2017
GIVEAWAY | TRILOGI JBNI, TRILOGI SERUAN & KUNCI (OPEN!)
Assalamualaikum..
hye semua..

Buat semua pencinta buku..
Sha seru you all..
Jom joint Giveaway yang ohsem ini..
Joint dekat Youtube tau.. Klik SINI.


https://www.instagram.com/p/BX6_RSiHrsU/?hl=en&taken-by=husnareads 

GIVEAWAY DETAILS (MALAYSIA ONLY)~
Cara masuk giveaway?
1. Klik 'Subscribe'
2. 'Like' video ini
3. Komen kat bawah video (kenapa nak menang? anything you like). Jangan lupa taip Instagram handle (contoh: @amalinahere)
4. Extra entry : re-post gambar giveaway (dari instagram @HusnaReads). Letak #husnareadsgiveaway

Cara pemenang dipilih?
- Luckydraw guna software youtube random comment picker.

Tarikh tutup: Belum ditetapkan.

*IMPORTANT INFO!*
1. Detail yang tak lengkap akan TERBATAL daripada senarai penyertaan.
2. Pemenang akan di-contact melalui DM Instagram. So you have to follow @HusnaReads kat instagram.
3. Kalau pemenang tak respond di insta dalam masa 48 jam, nama pemenang baru akan diundi. Best if you turn on post notification.
Read More

Bunga di Rimba oleh Zuliana Abuas

August 28, 2017
Bunga di Rimba oleh Zuliana Abuas
Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuknya memberi gambaran kisab cinta..
Bila membaca lain pula yang dipersembahkan..
Ceritanya penuh misteri dan teka-teki..
Siapa yang jahat? Siapa yang baik?
Memang seksa juga nak cari petunjuk..
Ada sedikit keseraman tapi tidaklah ketara..
Lebih kepada misteri dan teka-teki..
Memang menarik.. 

Ajura yang membesar dikawasan pendalaman..
Kerana bahaya yang mengancam maka Ajura tak pernah dibenarkan keluar dari kawasan hutan..
Malangnya ayah Ajura hilang..
Maka bermulalah misteri dan teka-teki dalam hidup Ajura..
Kemana agaknya ayahnya menghilang..
Siapakah Daim dan Malik??
Apakah hubungan mereka dengan Ajura..
Cerita yang sempoi dan sangat menarik.. 

Sha baca dan selesai pada 26.08.2017..

Read More

Jeon Woo Chi (2009)

August 28, 2017
Jeon Woo Chi (2009)
Assalamualaikum..
hye semua..

Filem ini agak lain sedikit dari dramanya.. 
Mengisahkan sebatan serunai yang boleh menghuru-harakan dunia.. 
Seruling ini hilang.. 
Ramai yang mencarinya.. 
Termasuklah Jeon Woo Chi yang berlagak.. 
Rupanya ada goblin yang berjaya menyamar sebagai wizard.. 
Maka huru hara pun bermula.. 
Sehinggalah membawa kepada zaman moden.. 
Berjayakah Jeon Woo Chi mengalahkan goblin itu.. 
Kenalah tengok.. 


Read More

Sunday, August 27, 2017

Goodday : Honey & Green Tea Flavoured Milk

August 27, 2017
Goodday : Honey & Green Tea Flavoured Milk
Assalamualaikum..
Hye semua..

Petronas kan tengah buat promosi..
Antaranya susu Goodday..
Ada dua rasa baru yang Sha tak pernah cuba lagi..
Honey Flavoured Milk & Green Tea Flavoured Milk..
Packaging dia nampak sangat menarik..
Mengikut tema rasa susu itu..
Beli dua kotak dengan harga RM3..
Sajalah Sha beli.. Nak rasa..

 
Honey Flavoured Milk ini pada Sha menarik..
Gabungan madu dan susu..
Kalau minum suam memang sedap dan membantu untuk tidur dengan lena..
Sejuk pun sedap..
Tapi Sha suka minum suam..
Memang best..
 Tak susahpun nak suamkan susu ini..
Sha buat double boiling.. Hehehe..

Green Tea Flavoured Milk pula agak unik..
Uniklah sebab gabungan rasa dia Ohsem..
Tak manis sangat..rasa green Tea pun tak kuat sangat..memang sedang elok je..
Sedap, memikat dan ngam pada tekak Sha..
Read More

Ready For A Scare? By PJ Night

August 27, 2017
Ready For A Scare? By PJ Night
Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel Bahasa Inggeris yang kedua untuk bulan ini..
Tengah nak mencari semula kecintaan kepada novel Bahasa Inggeris..
Tapi macam biasalah, Sha lebih suka genre seram, thriller dan fantasy..
Kali ini novel nipis je.. 

Kisah pasal Kelly Garcia yang sangat suka menakutkan kawan-kawan dan adik lelaki dia..
Kelly dan rakan-rakannya telah menyeru roh Miss Mary..
Mula-mula memang tak ada apa yang berlaku..
Tapi seorang demi seorang kawan Kelly hilang..
Apakah yang terjadi??
Adakah angkara roh Miss Mary??
Atau perkara lain..

Sha baca dan selesai pada 25.08.2017..

Read More

JOM BOIKOT BUAH DURIAN!

August 27, 2017
JOM BOIKOT BUAH DURIAN!
Assalamualaikum..
Hye Semua.. 

JOM BOIKOT BUAH DURIAN!

fwdkan pada semua grup WhatsApp agar semua rakyat sama-sama boleh mampu  menikmati kembali kelazatan durian mcm dulu...pada harga yg munasabah.

Sekarang ni harga durian dijual pada harga yang amat tidak munasabah lansung. Sekilo durian kampung yg nipis isinya pun mencecah RM20 sekilo. Tiga tahun lepas, kalau RM15 sekilo pun dah mahal utk D24. masa tu durian kampung masih dapat RM20 selonggok 3 biji  dan paling mahal pun RM25 sekilo utk musang king. Malangnya sekarang penjual letak harga RM30 - RM40 sekilogram pun ada orang beli. Selagi ada yg beli, selagi tu penjual letak harga mahal. Mari kita sama2 boikot durian utk 2 bulan saja, tentu harga akan jatuh sebab longgokkan akan byk dan penjual terpaksa menjual dgn harga murah mcm dulu. Setakat tahan tak makan sebulan tak akan mudaratkan kita sebagai pengguna. Tapi, penjual akan kerugian sebab durian akan rosak kalau tak laku. Mari semua rakyat Malaysia BOIKOT durian yg terlampau mahal. Kita yg tentukan harganya. Musang King sepatutnya paling mahal RM25 sahaja. VIRALkan.. Mulai hari ni JOOOOMMM boikot durian mahal sepanjang September!!
Read More

Saturday, August 26, 2017

Novel Murah di Instagram

August 26, 2017
Novel Murah di Instagram
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan yang minat membaca..
Di Instagram Fifaeshop ada buat jualan murah..
RM5 sebuah buku.. Tidak termasuk postage..
Sha sempat sambar dua buah sahaja..
Satu lagi novel tak sempat nak sambar..
Sudah dijual.. Sedih..
Kalau korang ada nak jual harga kasih sayang bolehlah tinggalkan komen..
Sha cari novel yang bertajuk "Seteguh Ilalang oleh Maria Kajiwa".

 
Sha beli Coke and Sundae dan Coke & Sundae II
Harga RM5 sebuah..
Campur postage RM18..
Buku dah siap berbalut, kondisi tip top..

https://www.instagram.com/fifaeshop/?hl=en
Banyak juga yang dah sold out..
Read More

Program Khidmat Masyarakat

August 26, 2017
Program Khidmat Masyarakat
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Tempat kerja Sha sekarang ini tengah dalam proses mendapatkan sijil EKSA..
Jadinya kami di Perpustakaan sibuk membuat proses sisih..
Masa tengah sisih-sisih ini, terjumpa banyak benda yang masih elok..
Daripada dibuang.. Baiklah diberikan pada yang memerlukan.. 
Disebabkan barang-barang itu berkaitan dengan Perpustakaan,
makanya kami pun sumbangkanlah kepada Perpustakaan Sekolah..
Seronok bila tengok cikgu gembira menerima sumbangan yang tak seberapa..
Kami pergi menghantar barang-barang ini pada 25.08.2017 di dua buah sekolah..
Sekolah-sekolah ini berdekatan dengan Politeknik sahaja..


Read More

Awak Pengantin Saya oleh Ainul Hazrah

August 26, 2017
Awak Pengantin Saya oleh Ainul Hazrah
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel cinta yang menarik..
Walaupun kahwin tanpa cinta pada mulanya..
Tapi perkembangan dua watak utama ini sangat menarik..
Betapa sabarnya seorang suami dan mendidik isteri yang serba kekurangan..
Betapa kukuhnya kesetiaan seorang isteri walaupun suaminya serba kekurangan..
Hubungan suami isteri terbina secara perlahan dan sangat cantik..
Gaduh-gaduh manja suami isteri..
Munculnya orang ketiga dan konflik lainnya..
Namun akhirnya tetap bahagia..
Memang unik..
Walaupun nampak macam ringkas je ceritanya..
Tapi ada pengajaran dan panduan..
Memang best membacanya.. 

Sha baca pada 23.08.2017 dan selesai pada 24.08.2017..


Read More

Friday, August 25, 2017

Mighty White : Mini Loaf Butterscotch Caramel

August 25, 2017
Mighty White : Mini Loaf Butterscotch Caramel
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom makan..
Sha makan roti je hari ini..
Tetibe macam best je tengok roti keluaran Mighty White ini..
Dengan bungkusan berwarna kuning yang menarik..
Sedap makan roti ini bersama nescafe..
Memang mengenyangkan..

Bersama secawan Nescafe Latte Mocha..
Read More

Blessed by a Demon's Mark by E. S. Moore

August 25, 2017
Blessed by a Demon's Mark by E. S. Moore
Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca novel English..
Sesekali kena tukar selera..
Kali ini sha baca genre Urban Fantasy..
Menarik juga..
Baca tajuk pun teruja..

Novel ini mengisahkan watak yang bernama Kat ataupun Lady Death..
Stress i baca sebab novel ini bersambung..
Warghh!! Ceritanya memang menarik..
Kisah pasal Lady Death yang membunuh vampire dan warewolves yang bermasalah..
Lepas itu dia pula ditimpa masalah..
Countess Baset dan Adrian menggugut Kat untuk menjadi pembunuh mereka..
Dengan Demon Beligral yang terikat dengan Kat..
Tu belum lagi kawan-kawan dia diancam bahaya..
Tengah syok baca, bersambung pula..

Baca pada 22.08.2017 dan selesai pada 24.08.2017

Read More

Pesan Pagi Jumaat

August 25, 2017
Pesan Pagi Jumaat

Thursday, August 24, 2017

Penulis - Farrah Izzlorna

August 24, 2017
Penulis - Farrah Izzlorna
Assalamualaikum..
hye semua..

Lama tak buat entry pasal penuliskan..
Agak kesibukkan sedikit..
Ini baru berpeluang..

Kali ini Sha nak share pasal Farrah Izzlorna..
Sha terjatuh cinta dengan penulisan beliau..
Sebelum baca buku beliau, Sha dah baca review-reviewnya..
Rata-rata memang memuji tulisan beliau..
Yes.. Penulisan beliau memang best..

Antara buku beliau ialah :-
  1. Dia Si Katak Puru - published 2014
  2. Rooftop - published 2016 (Baca review disini)
  3. Infinity - published 2017
Quote yang Sha suka ialah "kebaikan juga boleh membunuh" dari buku Rooftop..
Memang betul, kebaikan kalau salah tempat lain jadinya..

Facebook : Farrah Izzlorna
Twitter : Farrah Izzlorna
Blog : Farrah Izzlorna (last update June 2012)
Read More

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

August 24, 2017
Merdeka!Merdeka! Blogger Contest
Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Lazada datang lagi dengan Sale yang ohsem dan Deabak!!!
Merdeka Sale in the house..
Bermula dari 25 Ogos hingga 31 Ogos dengan diskaun istimewa sehingga 80%!..
Jadi tunggu apa lagi.. Jom ke LAZADA ..(http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/)

 

a. What do you love about being Malaysian?
Apa yang saya suka?? Saya sangat suka kepelbagaian kaum di Malaysia..
Saya belajar banyak perkara daripada kepelbagaian kaum ini..
Menghormati antara satu sama lain.. Bertolenrasi..
Mengenali budaya, tradisi dan makanan..

b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/local-brands/
Brand yang Sha suka untuk shopping sempena Merdeka Sale..
Jelitasara menawarkan pelbagai jenis shawl dan tudung yang cantik-cantik..

 

c. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.

Shawl instant memang jadi kegemaran Sha..
Tambahan pula warnanya yang menarik..
Boleh lihat di SINI.

Susah juga nak cari baju yang ada saiz XXL..
Mujurlah di Jelitasara ada..
Pilihan warnanya juga menarik..
Boleh tengok di SINI.

Nak joint??
Read More