July 2017 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, July 31, 2017

Amani & Imani Main Masak-masak

July 31, 2017
Amani & Imani Main Masak-masak
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Kenangan zaman kanak-kanak ini.. 
Main masak-masak dengan batu, pasir, tanah dan rumput-rumput.. 
Kini giliran Amani dan Imani pula berkreatif.. 
Bukan selalu pun.. 
Bila balik kampung je mereka berpeluang melakukan ini semua..


Read More

Mee Udang Portwell Kuala Sepetang - Salleh Stall since 1956

July 31, 2017
Mee Udang Portwell Kuala Sepetang - Salleh Stall since 1956
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sabtu (29.07.2017) Sha ikut family suami menghantar rombongan bertunang di Taiping.. 
Alang-alang dah ke Taiping, Sha ajak lah ke Kuala Sepetang.. Makan Mee Udang.. 
Teringin nak cuba dan rasa.. 
Yang pasti, udang dia memang best.. 
Fresh, manis dan besar..

Mee Udang Portwell Kuala Sepetang - Salleh Stall since 1956 ini letaknya kat dalam Pekan Kuala Sepetang.. 
Mee Udang dia biasa-biasa je.. 
Tapi Udang dia memang berbaloi-baloi lah.. Puas makan.. 
Ini tekak Sha tau.. Tekak korang Sha tak tahu..


Kedai ini terletak dalam pekan Kuala Sepetang..

Inilah mee udangnya..
Udang besar-besar dan fresh..
RM18.00 sepinggan
Read More

Cinta Dua Zaman oleh Azri Misti

July 31, 2017
Cinta Dua Zaman oleh Azri Misti
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


"Andai takdir masa terhenti, bulan di langit saksi segala. Dialah yang terats, Dialah pilihan selamanya. Engkaulah yang pertama, engkaulah yang terakhir. Shira, laksana kejora, kau seri hatiku."

Cerita yang mendebarkan.. 
Merentasi dua zaman.. 
Kisah aksi yang memberikan satu kepuasan.. 
Pertarungan antara yang jahat dan baik..

Memang feveret Sha lah cerita macam ini..
Ada pahlawan Melayu..
Teruja rasanya bila baca..
Cuma ending dia Sha tak berapa suka..
Kalau ada sambungan novel ini mesti best..

Sha baca pada 28.07.2017 dan selesai pada 29.07.2017..

Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia
Read More

Ladies Lane Muallim : Produk Rizky

July 31, 2017
Ladies Lane Muallim : Produk Rizky
Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sha singgah sekejap dekat Ladies Lane ini.. Tapi tak joint zumba.. 
Sha singgah ini dah pukul 10 lebih.. 
Zumbanya dah habis..

Sha tertarik dengan satu stall ini.. 
Sebab jual pes rendang dan asam pedas.. 
Harganya pun berpatutan.. 
Sha tak beli pesnya.. 
Sha beli sambal jawa je..


Akak yang pakai baju kurung merah tu tengah demo maskan asam pedas..


Pes rendang tok..
Cuma perlu tambah santan dan garam secukup rasa..

Tambah daun kesom bagi lagi umph..



Kalau nak bolehlah call
0124054861 @ 01124364761
Read More

Sunday, July 30, 2017

Mencari Mr. Charming oleh Anna Lee

July 30, 2017
Mencari Mr. Charming oleh Anna Lee
Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih adakah lelaki yang bersifat charming?
Sedangkan definasi charming berbeza-beza pada setiap orang..
Bila baca novel ini, memula rasa menyampah giler dengan watak Lara tu..
Tapi bila makin lama baca, makin faham kenapa watak tu macam tu..
Memang setiap manusia punya impian berbeza..
Tapi impian itu akan berubah bila bertambahnya usia dan juga pengalaman..

Novel yang nampak macam cliche tapi bila baca isinya lain..
Kita sebagai pembaca dibawa mengembara ke dunia Lara..
Lara seorang peulis yang penuh angan dan impian..
Cita-citanya ingin mencari Prince Charming..
Tapi yang dijumpainya Indah Water yang penuh sinis..
Berkenalan pula dengan Fazrin yang suka cakap lepas dan mengutuk..
Tetibe terjupa lelaki yang memenuhi semua kriteria idaman Lara..
Sam.. Tapi..

Siapa agaknya pilihan Lara??
Antara Sam yang sweet macam madu, Indah Water yang sini dan Fazrin suka mengutuk?
Tapi siapa Indah Water tu sebenarnya??
moh le baca wei..

Sha baca pada 27.07.2017 dan habis pada 28.07.2017..


Read More

Saturday, July 29, 2017

Origina Black Tea & Green Tea

July 29, 2017
Origina Black Tea & Green Tea
Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini juga produk dari @origina_drinks.. Sha saja cuba Black Tea with Lemon Juice.. Memang sedap.. Rasa teh diadun dengan lemon memang sedap.. lain dari lemon yea yang ada di pasaran.. Semoga rangkaian air ini akan berjaya menembusi dan melebarkan sayap ke seluruh Malaysia..

Black Tea with Lemon Juice
Green Tea with Peach Juice
Read More

Aku, Kau & Cinta : Cinta Pandang Pertama oleh Artis-artis Komik-M

July 29, 2017
Aku, Kau & Cinta : Cinta Pandang Pertama oleh Artis-artis Komik-M
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini sha baca mengenai cinta pandang pertama..
Memang seronok sebab macam-macam garapan pasal cinta..
Tambah pula dalam bentuk komik..
Teruja pula mengenang cinta pertama..
Sekadar merehatkan minda..
Jom baca Aku, Dia & Cinta : Cinta Pandang Pertama oleh Artis-artis Komik-M..
serious seronok.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 26.07.2017..

Hak Milik Perpustakaan Negara Malaysia
Read More

Senam Zumba di Ladies Lane Muallim

July 29, 2017
Senam Zumba di Ladies Lane Muallim
Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom bersenam Zumba di Slim River esok..


Jom Ramai-ramai 30.07.2017 (Ahad)
Senam Zumba 90 minit tanpa henti 🌸⚘

BILA 30.7.2017 (Ahad)
MASA 7.30 am - 9.00 am
MANA Ladies Lane Muallim,
Belakang Petron Slim River, depan
Pejabat Tabung Haji Slim River.

Ikuti semua aktiviti di Facebook BazarNita Ladies Lane Muallim..
Read More

BazarNita Ladies Lane Muallim di Slim River, Perak

July 29, 2017
BazarNita Ladies Lane Muallim di Slim River, Perak
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom ke Daerah muallim..
Macam-macam ada disini..
Antara yang terbaru ialah BazarNita Ladies Lane Muallim..

Majlis Perlancaran Ladies Lane Muallim telah diadakan pada 20.7.2017 dan telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Saripah Zulkifli, isteri YAB Menteri Besar Perak merangkap Yang DiPertua Baiduri Negeri. Turut hadir YB Dato' Rusnah Kassim, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Behrang beserta dengan Dato' Dr Mah Hang Soon, Exco Kerajaan Negeri Perak. Ini merupakan salah satu daripada lebih 120 program #PermukimanMB di Parlimen Tg Malim.

Tujuannya adalah untuk menperkasakan ekonomi wanita.
Jom ramai-ramai kita berikan sokongan..

Sha tak pergi masa pelancaran ini sebab dekat Politeknik sendiri tengah ada event..
Sha sharekan gambar-gambar sepanjang majlis pelancaran ini.
Kredit gambar pada Facebook BazarNita Ladies Lane Muallim..

Tapak Ladies Lane di Depan Bangunan Umno Tanjung Malim di Slim River.

Setiap Hari Ahad
7pagi sampai 1 petang





Read More

Friday, July 28, 2017

Printer Canon E500 Rosak

July 28, 2017
Printer Canon E500 Rosak
Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila printer rumah rosak, memang tak bestlah..
Walaupun tak guna selalu tapi bila sesekali nak guna tak ada.. Memang sedih..
Lama juga Sha pakai printer ini.. Dekat 5 ke 6 tahun macam itu..
Rosak hari Khamis (20.07.2017)

Sudah rosak..
Sha memang suka beli printer yang boleh mengimbas, mencetak dan fotostat.. Senang.. 

Encik suami cubalah nak betulkan tapi malangnya barang ganti tak ada jual..
Kalau nak baiki kena hantar printer ini seketul ke kedai..

Printer Baru..
Jenama tetap pilih Canon..
Yang ini model E410
Print gambar memang cantik..
Read More

Aku Kau & Ibu : Kasih Pertama oleh Artis-artis Komik-M

July 28, 2017
Aku Kau & Ibu : Kasih Pertama oleh Artis-artis Komik-M
Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain membaca novel..
Komik pun seronok juga dibaca..
Bukan sekadar bacaan ringan tapi diselitkan pengajaran..

Aku Kau & Ibu : Kasih Pertama oleh Artis-artis Komik-M..
Komik yang bercerita mengenai peranan seorang ibu..
Betapa ibu itu figura penting dalam kehidupan seorang manusia..
tanpa ibu, siapalah kita di muka bumi ini..
Berseronok sambil membaca dan menghadam pengajarannya..

Sha baca dan selesai pada 26.07.2017

Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia
Read More

Mat Bulat Meatball Behrang 2020, Perak

July 28, 2017
Mat Bulat Meatball Behrang 2020, Perak
Assalamualaikum..
Hye semua..

Mat Bulat Meatball ini sudah lama viral..
Sha baru nak cuba..
First time beli hari Ahad (23.07.2017)..
Sha beli dekat Staal Mat Bulat Meatball depan TF Value Mart, Behrang 2020.
Terus fall in love..
Serious sedap.. Encik suami pun suka..
Encik suami cakap ketang putar dia sedap..

Sha suka meatball dia..
Puas makan.. Tak payah pergi Ikea dah..

Sha beli ini Ocobot.. Ada 5 ketul bebola daging dan satu scoop kentang lenyek..
Tapi yang ini Sha minta tambah satu scoop lagi kentang (RM1.50) dan Cheese (RM1)..
Nampak tak betapa pemurahnya adik tu menuang cheese dan kuah tu..
Puas makan.. Sedap dan tak muak.. Bebola daging tu pun besar..
Memang berbaloi sangat-sangat dengan harganya..

Ini senarai stall Mat Bulat Meatball di sekitar Perak..
Yang dekat Slim River, Sha tak pernah cuba..
Read More

Jual & Beli Novel

July 28, 2017
Jual & Beli Novel
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Hampir semua novel yang Sha pre loved kan dah nak habis terjual..
Boleh tengok dekat entry INI untuk novel yang masih available..
Bila sudah berjaya menjual, maka Sha pun belilah novel baru..
Bila Sudah ada rak buku, lagi bersemangat pula nak membeli..
Sha beli novel dekat Karangkraf Mall..
Kebetulan free postage dan ada 15% diskaun..
Memang seronoklah membeli..
Sha beli 4 buah novel..

Ke empat-empat novel ini Sha buat koleksi..
Sekarang ini menanti ketibaannya sahaja..
Read More

Thursday, July 27, 2017

Opie dan Jaja oleh Bophairy, Nazri M. Annuar

July 27, 2017
Opie dan Jaja  oleh Bophairy, Nazri M. Annuar
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah baca komik..
Relakskan minda..

Komik Opie dan Jaja  oleh Bophairy, Nazri M. Annuar ini seronok tau..
Walaupun ianya komik namun penuh tauladan..

Kisah dua beradik iaitu Opie dan Jaja..
Mereka ini selalu bergaduh, bersain tapi kemudiannya berbaik..
Macam-macam keletah mereka..
Seronok membacanya..

Sha baca dan selesai pada 26.07.2017

Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia
Read More

Lazada : Barang Sampai #1

July 27, 2017
Lazada : Barang Sampai #1
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini barang sampai tanpa notifikasi dari Lazada..
selalu itu dapat tracking nombor dulu..
Tapi kali ini, tau-tau je barang sampai..

Dua lagi barang yang Sha pesan di Lazada dah sampai..
Satu mainan untuk Imani..
Satu lagi baju baru untuk telefon bimbit Sha..

Barang-barang ini sampai pada 26.07.2017..

Mainan untuk Imani..
Tunggu Imani buka baru Sha share kat entry lain ye..

Casing baru.. Sha suka sebab boleh selet duit..
Tak yah bawa wallet bila nak gi kantin atau ke mana-mana..
Read More

Goodreads - 2017 Reading Challenge #3

July 27, 2017
Goodreads - 2017 Reading Challenge #3
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom menari joget-joget.. Hehehe..
Teruja pula rasanya..
Sha punya misi membaca dah semakin ke penghujung..
Bulan Julai dan Sha dan membaca 140 buah buku..
Sukses.. Nanti sha tambah lagi kot..
Korang membaca?? Sehelai pun membaca juga tau..
Teruskan usaha.. Jangan mengalah..
Anda pasti berjaya...

Update kali terakhir pada 26.07.2017
Read More

Teknik Bercakap & Memeluk Anak

July 27, 2017
Teknik Bercakap & Memeluk Anak
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa tips ini dalam group WhatsApp..
Semoga bermanfaat pada rakan-rakan ye..

Teknik Bercakap & Memeluk Anak
Menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)


1) Teknik bercakap dengan anak perempuan & lelaki
Dengan anak perempuan, kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula 'memandang ke tengah antara kening' tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak2 bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai2 saja, sambil makan2 petang. Ok kan?

Dengan anak lelaki pula, lebihkan percakapan kita ke aras 'telinga kirinya'. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata2 perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang2 kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.


2) Teknik memeluk anak perempuan & lelaki
Lihat pelukan pada anak perempuan ya. K.Rehan tepuk dan gosok2an di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila2. Best kan..bila tahu tekniknya ni

Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan akak tu. Ok kan? Kita gosok2lah beberapa saat. Bagi lah se'das dua' nasihat. Tak boleh cakap banyak2 pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau. Insya Allah, sama2 kita hasilkan anak2 yang mendengar kata.

Selamat mencuba Teknik Islamic NLP (Neuro Languistic Programme)

#RehanSidik
#MendidikGenerasiAlQuran
#AnnurRaudhahPublication
#TadikaPermataRaudhah
Read More

Wednesday, July 26, 2017

Bukan Isteri Simpanan oleh Mia Kiff

July 26, 2017
Bukan Isteri Simpanan oleh Mia Kiff
Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik baca novel seram je..
Malam-malam rasa macam diganggu lak.. Kikiki..
Jadinya kita layan novel cinta pula..
Tak adalah cinta yang sweet-sweet..
Tapi menarik pada Sha..
Sebab membawa isu yang agak berat..

Berkahwin tapi tak macam berkahwin..
Apa sebenarnya yang dimahukan sang suami..?
Meresahkan hati sang isteri bila layanannya lebih kepada roomate..
Bila perkahwinan sekadar menutup perangai suami yang luar tabii,
Memang runtuhlah akhirnya perkahwinan tersebut..

Konflik yang diberikan terlalu berselirat dan agak kelam kabut..
Perkahwinan yang pelik.. Bercerai..
Kemudian berkahwin dengan adik.. Bercerai..
Lepas tu kahwin balik dengan abangnya..
Adoilah.. Pening kepala Sha..

Ada satu persoalan dalam novel ini yang Sha musykil..
Bila Dania bercerai dengan Afif (talak tiga), dia mengandung..
Lepastu Khaliff kahwin dengan Dania.. Sah ke ek perkahwinan tu..
Padahal belum habis tempoh edah lagi.. Confuse Sha sekejap..

Start baca pada 25.07.2017 dan selesai baca pada 26.07.2017

Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia
Read More

Menang Saya Nak Duit Raya By Opzzpinky

July 26, 2017
Menang Saya Nak Duit Raya By Opzzpinky
Assalamualaikum..
hye semua..

Alhamdulillah.. Menang duit raya dari Opzzpinky..
Tapi rupanya tak add FB beliau..
Sedih rasa hati, sebab tak cukup syarat..
Rasa macam dah complete kan semua syarat..
Sha sedih.. Tapikan..
Beliau still accept kemenangan Sha..
Terima kasih sangat pada Blogger Sharina Elyana.
Jom semak kemenangan korang di sini.

No bertuah Sha ialah 24.
Read More

Alexa Ranking #8

July 26, 2017
Alexa Ranking #8
Assalamualaikum..
Hye semua..

Wargh!! Sedihnya..
Disebabkan lama tak check, ranking dekat Alexa jatuh..
Lupa la nak check.. huhuhu
Kena rajin check baru dia menaik..





Read More

Wordless Wednesday #62

July 26, 2017
Wordless Wednesday #62

Tuesday, July 25, 2017

Contest : Review Novel oleh Ebriza Aminnudin

July 25, 2017
Contest : Review Novel oleh Ebriza Aminnudin
Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint contest..
Bukan susah pun..
Cuma perlu baca Novel oleh Ebriza Aminnudin dan review di Goodreads..
Sha sudah.. Anda bila lagi..

Sampai 31 Ogos 2017..
Sempat lagi nak joint ini..

Review Sha di Goodreads..
Read More

Lazada : Barang Sampai

July 25, 2017
Lazada : Barang Sampai
Assalamualaikum..
Hye semua..


Yeah!! Yeah!!
Menari joget-joget..

Tiga barang sudah sampai.. Seronoknya..
Makinlah Sha suka bershopping di Lazada..

Barang apa yang sampai??
Barang ganti untuk kereta merah Sha dan Novel Trio..
Suka sangat sebab kondisi memang best..

 Sampai Awal tu..
Order pada 20.07.2017..
Sampai pada 22.07.2017..

Barang dalam keadaan baik..
Berminat?? Klik SINI dan SINI.

Yang ini pula sampai pada 24.07.2017..

Buku dalam keadaan berbalut dan cantik..
Memang berbaloi-baloi..
Berminat? Klik SINI.
Read More

Makkali oleh Phakinai

July 25, 2017
Makkali oleh Phakinai
Assalamualaikum..
Hye semua..

Meremang bulu roma...
Memang agak mengerikan baca novel ini..
Walaupun hanya novel tapi kengeriannya seolah-olah sedang melihat kejadian sebenarnya berlaku..
Setelah agak lama memiliki buku ini..
Baru ini Sha berani membaca..

Memang seriouslly seram..
Novel ini telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu..
Jadinya bolehlah membaca..
Kalau dalam bahasa Thai mau Sha pitam.. kikiki..

Ceritanya mengenai lagenda Makkali yang menyerupai bentuk perempuan..
Kalau ikutkan ianya buahlah sebab keluar dari sebatang pokok tapi karekternya yang memakan organ dalaman haiwan mahupun manusia membuatkannya seperti haiwan..
Riwayatnya hanya 7 hari tapi bila bersetubuh dengan manusia akan mengeluarkan anak ataupun makhluk pemangsa yang kejam..

Okay... Seram tak???
Seram kan... Selamat membaca..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2017..

Read More

Monday, July 24, 2017

Jazbaa (2015)

July 24, 2017
Jazbaa (2015)
Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem Hindi yang sangat menarik..
Lakonan ohsem dari Aishwarya Rai..
Suka sangat tengok kekuatan seorang ibu dalam menyelamatkan anak yang diculik..
Tajuk cerita pun dah menggambarkan ceritanya..
Jazbaa (translation: Passion or Emotion)

Kalau tengok cerita ini memang tak sangkalah siapa penculiknya..
Bila dah hujung-hujung memang terkejutlah..
Tapi ialah.. Kalau anak kena bunuh, seorang mak akan lakukan apa sahaja..
Termasuklah mempergunakan perasaan perempuan yang bergelar mak..
Penuh debaran betul filem ini..

Dua perjuangan oleh perempuan yang bergelar mak..
Kasih sayang mampu membuatkan manusia menjadi kuat..
Cerita yang ohsem..

Sumber : Google Image
Read More

Marina oleh Saidee Nor Azam

July 24, 2017
Marina oleh Saidee Nor Azam
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang dibawakan kali ini adalah lebih details mengenai Marina..
Marina yang bersahabat dengan Jamaliah..
Namun ketika kehidupannya semakin pulih..
Marina menerima gangguan lagi..
Adakah Jamaliah kembali mengganggu?
Siapa pula Wati yang muncul dan bermain dengan Mylin?

Bagaimanakah Marina menghadapi semua gangguan itu..
Berjayakah pengorbanan Marina menyelamatkan Mylin dan Shikin??

Ceritanya seram tapi penuh kesedihan..
Sha baca dan selesai pada 23.07.2017..

Read More

Origina Dairy : Susu Kurma

July 24, 2017
Origina Dairy : Susu Kurma
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa susu kurma jenama lain..
Packaging dia dalam plastik..
Keluaran bumiputera..
Sha jatuh cinta dengan rasanya..
Harga pun berpatutan.. RM3 je..
Pada tekak sha rasanya sedang elok je..
Tak manis dan serasi sekali..
Cumanya nak beli tu agak payah sikit..

Boleh tengok kat Instagram @origina_drinks..


Read More