Wednesday, February 15, 2017

Tutorial Sup Campur

Assalammualaikum..
Hye semua..

Menu apa hari ini?? Sha rasa macam nak nangis bila pergi pasar cuti aritu.. Bayangkan bawa RM50 Sha dapat beli ayam (bahagian fight dan peha) 6pcs dengan harga RM24, kemudian ikan sardin 1/2 kilo RM6, Sotong 4pcs RM5, sayur sawi bunga RM2 (2 ikat) dan bendi 70sen.. Nak beli banyak pun seram.. Bila tengok hasil laut semuanya harga cecah puluh2 sekilo.. 

Sudahnya hari Sabtu tu Sha masak sup campur je.. Senang dan jimat.. Nak makan mewah-mewah memang tak dapatlah kan.. Memang kena jimat cermat..

Bahan-bahannya
Ayam dipotong kecil
Sawi bunga seikat
Cendawan sebungkus
Bawang merah dan cili dihiris..

Rebus air dahulu..
Sup Sha memang jarang tumis..
Ayam memang dah sedia ada minyakkan..

Masukkan ayam dulu..
Reneh sekejap..

Masukkan cili dan bawang yang dihiris..
Biar seketika sehingga menggelegak..

Masukkan sawi bunga..
Sawi Bunga nie bagus tau..
Bebudak pun suka.. Sebab rasa dia manis dan elok untuk kelancaran pembuangan sistem kumbahan besar.. hehehe..

Masukkan cendawan..
Kacau dan reneh sekejap..

Yeah!! Sup campur dah siap..
Lengkap.. sayur dan ayam..
Jimatkan..
Ini lauk sampai malam tau..

15 comments:

  1. wah... simple n sedap. akak suka cendawan jepun tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak.. sha pun suka..
      First time rasa dalam sup masa kenduri dekat rumah sedara.. sedap..
      Tu yang sha try buat pula..

      Delete
  2. Replies
    1. Sha sekarang nie memang masak yang simple2 je lea.. tak larat.. berkejar-kejar kan..

      Delete
  3. Syafi pun hantu sup. Perut buncit sebab hirup sup je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah macam Amani dan Imani.. Suka sangat sup..

      Delete
  4. Cendawan tu saya tak pernah beli... boleh makan ke? Kalau boleh nak juga saya beli...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sup! saya suka kalau letak cendawan. lagi-lagi kalau cendawan yang oyster tu sedap! hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Sup dan cendwan macam isi dengan kuku.. hehehe

      Delete
  6. busyra suka sngt makan sup .. hehe. sedap tngok akak masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup nie kalau makan cenggitue je pun sedap kan busyra..

      Delete
  7. Sup sedap ni...masak pun mcm senang ja....nnt mrs pip pun nak cuba buat la jg...tq for sharing this...yum yum...

    ReplyDelete
  8. sama cara kita sha..MV pun jarang tumis..sebab ayam tu jer dah berminyak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com