2017 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, October 21, 2017

Sunan Cinta Nan Sakti oleh Ramlee Awang Murshid

October 21, 2017
Sunan Cinta Nan Sakti oleh Ramlee Awang Murshid
Assalamualaikum...
Hye semua..

Novel terbaru dari Ramlee Awang Murshid ini mengenai Laksamana Sunan (Saifudin).
Permulaan kepada semua kisah..

Novel setebal 662 muka surat ini mengisahkan permulaan hidup Laksamana Sunan..
Perkenalannya dengan Sang Ratu..
Pertembungan kepada beberapa kuasa jahat..
Legasi Sunan bermula dengan sangat megah..

Bagaimana Saifudin diangkat menjadi Laksamana Sunan..
Pengembaraan yang bermula dengan pelbagai pancaroba..
Perjanjian Maharani dalam usaha menghancurkan Acheh..
Pertembungan Sang Ratu dan Saifudin yang tak terjangka..
Ingatan yang hilang dari Saifudin dan Ratna..

Kalau baca novel ini dulu sebelum baca novel yang awal-awal pun okay je..
Sebab novel ini permulaannya..

Senarai novel Bagaikan Puteri.
    1. Bagaikan Puteri (Bagaikan Puteri, #1)
    2. Cinta Sang Ratu (Bagaikan Puteri, #2)
    3. Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri, #3)
    4. Cinta Sufi (Bagaikan Puteri, #4)
    5. Sutera Bidadari (Bagaikan Puteri, #5)
    6. Sunan Musafir (Bagaikan Puteri, #6)
    7. Sunan Nanggroe Sang Kembara (Bagaikan Puteri, #7)
    8. Sunan Cinta Nan Sakti (Bagaikan Puteri, #8)
      Read More

      Goblin (Second Time)

      October 21, 2017
      Goblin (Second Time)
      Assalamualaikum..
      Hye semua.

      8TV tengah mainkan cerita Goblin rupanya..
      Encik suami tahu tapi sebab dia tak amik port, tak adalah dia bagi tahu isteri dia..
      Kebetulan cuti Depavali hari itu balik kampung dan tertengok Goblin dekat channel OhK!..
      Baru episod 1&2..
      Tengok dengan MIL.. MIL sha pun suka layan drama Korea..
      Masa inilah encik suami bagi tahu drama ini tengah main dekat 8TV..

      Dekat 8TV episod 8 (19.10.2017) yang Eun-tak tahu pasal pedang tu.. Sedih owh..
      Feel tengok drama ni tetap sama macam masa first time tengok..
      Perasaan itu masih ada..
      Rasa macam baru first time tengok..
      Goblin, Malaikat Maut dan Eun-tak..
      Ketiga-tiga watak ini memberi emosi yang berlainan..

      Hubungan love hate antara Goblin dan Malaikat Maut..
      Hubungan cute dan comel antara Goblin dan Eun-tak..
      Perempuan berbaju merah yang ohsem (Samshin)..
      Adik Goblin yang sangat comel..
      Deok Hwa yang tak seperti disangka..

      Kejutan demi kejutan..
      Walaupun dah tahu tetap memberi kesan pada emosi..
      Sha tetap suka tengok..
      Walaupun diulang tayang..

      Rasanya drama ini yang terbaik pernah Sha tengok..
      Dari jalan cerita.. Permainan emosi dan juga pelakonnya..
      Memang sangat meninggalkan kesan.

       
      Tengah sembang pasal kemalangan yang tak sepatutnya Eun-tak lalui..
      Malaikat maut tengah amrah Goblin sebab kacau takdir manusia.. Hahaha..
       
      Eun-tak sedih bila dapat tahu kebenaran yang sebenar mengenai pengantin Goblin.. 
      Masa ni memang sedih sungguh..

       
      Malaikat Maut tengah terangkan mengenai peranan pengantin Goblin/Kim Shin..
      Kononya bila dah bagi tahu Eun-tak, tak adalah Eun-tak cabut pedang tu.. 

      Every moment I spent with you... Shined
      Because the weather was good,
      because the weather was bad,
      and because the weather was good enaugh...
      I loved every moment of it.
      Read More

      Wanita Syurga Bidadari Dunia - Oki Setiana Dewi

      October 21, 2017
      Wanita Syurga Bidadari Dunia - Oki Setiana Dewi
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Sudah beberapa kali Sha dengar lagu ni..
      Sha suka.. Lirik dia simple saja..
      Mengenai wanita muslimah..
      Semoga lirik dalam lagu ini menjadi inspirasi kita semua..

      Wanita bukanlah insan yang lemah..
      Kekuatan kita mampu menggoncang dunia..
      Jadikanlah serikandi Islam sebagai inspirasi hidup..
      Jangan jadikan kegagalan sebagai kejatuhan hidup..

      Setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya..
      Kesusahan kita bukanlah penamat kehidupan kita..
      Atasinya dengan berusaha sebaik mungkin.. Mohon pertolongan dari Allah..
      Insya Allah, kesusahan pasti dapat diatasi..

      Teruskan berjuang ye kawan-kawan..
      Jangan pernah mengalah..
      Kebahagiaan itu milik semua..
      Kita yang tentukan bahagia yang macam mana kita nak..
      Insya Allah.. Orang yang bersyukur sentiasa bahagia..

      Wanita Syurga Bidadari Dunia - Oki Setiana Dewi
      Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
      Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
      Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
      Laksana surga di dunia

      * Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
      Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
      Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
      Sejukmu menentramkan jiwa

      Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia
      Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
      Engkau wanita syurga
      bak permata berharga
      berbinar indah dalam kesucian jiwa

      back to *
      back to reff
      back to reff
      Read More

      Onigiri

      October 21, 2017
      Onigiri
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Lama dah teringin nak cuba..
      Masa pergi Aeon Rawang itu, tiba-tiba keberanian datang..
      Terus amik Roasted Eel Onigiri..
      Alamak.. Sedap la pula..
      Nyesal tak beli lebih.. Hahaha..
      Balik manjung.. Singgah lagi Aeon..
      Tapi tak ada pula Eel.. Sedih..
      So belilah Tuna Mayo, Salty Salmon dan juga Ebikko Mayo..

      Ebikko Mayo sedap..
      Rasa dia sedang-sedang..
      Macam makan sushi Ebikko.. 

      Salty Salmon pula, walaupun namanya salty tapi tak adalah masin pun.. 
      Disebabkan salmon mahal, maka isinya tak adalah banyak.. Hehehe.. 
      Pun sedap juga.. 

      Tuna Mayo banyak gak isinya.. Macam Ebikko.. Berbaloi-baloi.. 

      Yang paling best bila anak-anak Sha pun suka Onigiri ini.. Lepas ini adalah geng nak makan sama.. Encik Suami memang tak suka.. Hehehe..

      Read More

      Friday, October 20, 2017

      Blade Runner 2049 (2017)

      October 20, 2017
      Blade Runner 2049 (2017)
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Cerita yang sangat panjang dan detail..
      Kisah mengenai replicant yang cari dan bunuh replicant versi lama..
      Memang seronok tengok watak K/Joe..
      Bagaimana dari seorang yang hanya ikut arahan bertukar menjadi seorang yang mempersoalkan..
      Memang ohsem..

      Babak masa K/Joe sangka dialah budak replicant yang dilahirkan itu pun best..
      Buat pertama kalinya Sha dan suami berbincang secara berterusan mengenai filem yang kami tonton..

      Filem ini memang sangat-sangat menarik..
      Bayangkan manusia klon yang dicipta bercinta dan mengandung..
      Melahirkan dan baby tu survive.. Pergh!!
      Polis nak semua pasal baby tu di hapuskan..
      Syarikat yang cipta manusia klon nie pula nak kan baby tu..
      Kiranya nak tengok hasil yang mengagumkan..

      Cerita dia boleh buat kau termenung dan berfikir.. Berfikir..
      Dalam cerita ini watak hero dia nampak biasa je.. Tapi semangat dia luar biasa..
      Watak perempuan jahat tu pula memang jahat gila.. Ganas okay..
      Bukan ganas sikit-sikit.. Ganas hati kering punya, tau..
      I'm the best katanya tapi mati gak.. Kikiki..

      Sha masuk panggung pukul 2.20pm.. Wayang habis pukul 5.15pm camtu.. Wargh!! Nyesal!? Taklah.. Hehehe..

      Selasa (17.10.2017)
      Read More

      Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

      October 20, 2017
      Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

      Tombiruo : Penunggu Rimba

      October 20, 2017
      Tombiruo : Penunggu Rimba
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Satu kepuasan yang tak dapat nak diungkapkan..
      Buat pengetahuan semua, Sha tak pernah menonton filem Melayu di pawagam..
      Tapi Tombiruo berjaya menarik Sha ke pawagam..
      Gigih tau pujuk encik suami..
      Encik suami macam tak setuju nak menonton filem ini..
      Namun pujukan seorang isteri berjaya mencairkan hati seorang suami.. Hahaha..
      Nak tengok juga kan..
      Nak pergi sendiri memang taklah..

      Filem Tombiruo : Penunggu Rimba ini Sha bagi 4 bintang..
      Sha tengok filem ini dengan fikiran yang tenang..
      Sebab Sha dah tak ingat jalan cerita novelnya..
      Jadinya, tidaklah Sha meletakkan pengharapan bahawa filem ini akan sebiji seperti novelnya..
      Walaupun diadaptasi dari novel namun Sha kena terima akan ada kelainan..

      Perkara kedua yang Sha kena lapang dada ialah pelakonnya..
      Zul Arrifin dan Farid Kamil bukanlah pelakon kegemaran Sha..
      Tapi bila ada yang bagi tahu bahawa dari awal cerita sehingga penamat tak akan ada muka Zul Arrifin maka Sha lega.. Wakakaka.. Maaflah memang serius tak minat..
      Farid Kamil tetap Farid Kamil..

      Sha sedih sebab dapat tengok Faizal Hussien dan M. Nasir sekejap je.. 
      Watak yang te
      Bah. Jaga-jaga kamu tu MONSIRUI aka Bobohlian masuk Unduk Ngadau (Ratu Cantik Kaamatan Sabah) sudah dia rupanya. Punya cantik dia. MONSIRUI inilah yang berperanan utama dalam filem TOMBIRUO. Dikatakan ramai memuji lakonan beliau pertamanya sebagai narrator cerita dan keduanya seakan berpuisi indah dalam bahasa Kadazan-Dusun..

      Kenapa hanya 4 bintang.. Yang ini biarlah Sha simpan sendiri..
      Sha suka kelainan yang dibawakan dalam filem ini..
      Walaupun ada kekurangan tapi masih boleh diperbaiki..
      Sha harapkan semoga andai ada filem yang seterusnya akan lebih baik dan bagus dari yang first ini..
      Tapi memang satu kelainan yang sangat ketara..
      Perbezaan yang sangat menarik..
      Semoga akan ada lebih banyak filem yang macam ini..
      Part ending credit tu pun ohsem..
      Mungkinkah legasi Sunan pula lepas ini?
      Kenalah tunggu, ye tak..

      Selasa (17.10.2017)
      Read More

      Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

      October 20, 2017
      Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia
      Assalamualaikum..
      hye semua..

      Sha nak joint satu segmen yang ohsem..
       Segmen ini memerlukan Sha menaip entry tidak kurang 200 patah perkataan..

      Segmen ini akan berakhir pada 1 Disember 2017
      http://www.sofinahlamudin.com/p/segmen-suai-kenal-blogger.html

      Mengenai Sha
      Nama penuh Shahida tapi lebih suka dengan panggilan ringkas Sha.. Sebab Sha rasa panggilan itu lebih kena dengan Sha.. Sha bukanlah feminin sangat dan tak juga boyish sangat.. Cuma Sha adalah Sha.. Hehehe.. Mula berblog sebab nak luahkan perasaan, bercerita tentang Nur Amani.. Tapi lama-lama blog ini menjadi tempat Sha berkongsi info, minat dan kerja Sha.. Sha juga seorang isteri dan ibu.. Punya dua orang anak perempuan berusia 4 tahun dan 7 tahun.. Punya kerjaya tetap sebagai Pembantu Pustakawan.. Pernah ambil cuti tanpa gaji selama 7 bulan dan menjadi suri rumah sepenuh masa.. Sekejap je, itupun rasa macam dah senget.. Hehehe.. Punya hobi membaca, menonton filem, drama (pelbagai genre dan Bahasa) serta suka jalan-jalan cari makan.. Sha pernah jatuh terduduk, namun gagahkan diri untuk bangkit semula.

      Sha kerja sebagai Pembantu Pustakawan dah nak masuk 10 tahun.. sebelum ini jawatan ini dikenali dengan nama Pembantu Perpustakaan.. Gred pun dah up sikit.. Mana-mana yang ditawarkan jawatan ini pada tahun 2017, gaji permulaan pun dah up tinggi.. Biasalah, kos sara hidup makin tinggikan sekarang.. Kerja Sha ini melibatkan buku.. Iye buku.. Mujurlah Sha memang suka buku.. Malangnya kerja ini nampak indah khabar dari rupa.. hehehe.. Sebenarnya kerja di Perpustakaan lebih daripada setakat duduk di kaunter untuk proses peminjaman dan pemulangan buku.. Kalau macam Sha yang duduk dekat perpustakaan akademik lagilah.. Sepanjang tahu terlibat dengan macam-macam audit.. Hehehe.. Tapi pengalaman yang seronok sebab belajar macam-macam.. Masuk kerja tanpa apa-apa ilmu pasal Perpustakaan.. Sikit-sikit belajar, lama-lama membukitlah ilmu itu.. Belajar kataloging, shelving, audit, buat surat, uruskan aktiviti Galakan Membaca, berurusan untuk sponsorship.. dan macam-macam lagi.. Owh yang paling best bila dapat pergi melawat perpustakaan-perpustakaan lain..

      Pada Sha, kesusahan itu akan dirasai oleh semua orang.. Bagaimana kita menghadapi kesusahan itu yang membezakan kita.. Bahagia juga datang dalam pelbagai bentuk.. Bagaimana kita menghargai akan menentukan kebahagiaan kita.. Walau susah manapun kehidupan, sentiasa ingat bahawa ada orang yang lebih susah dari kita.. sentiasalah menunduk supaya bila kita jatuh kita tak akan tersungkur..

      Untuk menyertai Segmen ini,
      Read More

      1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

      October 20, 2017
      1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

      Bonding Time

      October 20, 2017
      Bonding Time
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Bila sesekali keluar dating berdua memang seronok..
      Tak kemana pun..
      Jalan-jalan.. Makan-makan dan menonton wayang.. Sha daftarkan encik suami jadi member untuk Movie Club TGV.. Terus dapat 4 tiket wayang percuma dan 2 set popcorn & air.. Sebab daftar masa bulan birthday.. Tu yang terus dapat 4 tiket.. Yeah!! Bolehlah maraton movie.. Hehehe..

      Sebelum marathon wayang, kenalah isi perut dulu ye tak.. Disebabkan cari tempat breakfast tak jumpa, makanya brunch terus di Subway..
      Memang puas hati.. Terbaiklah perkhidmatan yang diberi..
      Lepas brunch terus masuk pawagam..
      Tengok Tombiruo : Penunggu Rimba dulu..
      Kejap je filem dia.. Ingatkan lama..

      Sementara nak tunggu tayangan filem yang kedua, kami solat dan makan lagi..
      Oleh kerana tak adalah lapar sangat.. Tapi still kena makan, kami pun singgah makan di Mee Tarik..
      Order semangkuk mee dan makan berdua..
      Rasa macam kembali bercinta.. Hehehe..
      Sharing is caring tau..

      Lepas makan terus masuk pawagam..
      Sha budget dalam 4.20 petang habislah cerita ini.. 
      Sekali lama lah pula.. Terus pecut naik highway..
      Nak ambil Amani & Imani di rumah pengasuh..
      Lepas ambil diorang, singgah jap Masjid Biru..
      Lepastu terus gerak balik kampung..
      Sebab Khamis,  Amani ada appointment doktor dekat Teluk Intan..

      Sambil menyelam, kita minum air..
      Serampang dua mata gitu..
      Jenguk keluarga dan uruskan urusan..
      Mujurlah tak jauh sangat..
      Pukul 8.15 malam dah sampai rumah MIL.. 

      Black Paper Chicken Mayonnaise
      Subway di Aeon Rawang.. 
      Memang mengancam habis okay.. 

      Steak & Cheese.. Ini Sha punya.. 
      All time favourite..
      Segenggam dia bubuh salad.. 
      Memang jenuhlah nak nganga mulut.. Hehehe.. 

      Mee Tarik (Fried Lamen with Beef)
      Semangkuk mee dikongsi bersama.. 
      Pandangan jujur Sha, Mee Tarik di Gombak tetap yang terbaik dari segi presentation dan juga masakan..

      Kami dating ni hari Selasa (17.10.2017)
      Read More

      Thursday, October 19, 2017

      Temujanji ke Lapan (Amani)

      October 19, 2017
      Temujanji ke Lapan (Amani)
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Setelah beberapa siri temujanji, ini merupakan temujanji Amani yang ke lapan.. Khamis (19.10.2017 - 9.00 pagi)
      Rawatan secara berkala untuk gigi Amani..
      Setelah satu episod pembedahan.. 
      Baca di SINI..

      Buat anda yang ada anak kecil, kawal pemakanan anak anda..
      Pastikan anak anda sentiasa memberus gigi dengan cara yang betul..
      Temujanji ini untuk memeriksa perkembangan gigi Amani..
      Sama ada gigi palsu Amani luruh mengikut masanya atau tidak..
      Pertumbuhan gigi kekal Amani mengikut masa atau tidak..
      Serta penjagaan gigi Amani..

      Alhamdulillah.. Amani semakin okay berjumpa dengan doktor gigi..
      Fobia Amani kepada doktor gigi semakin berkurangan..
      Doktor yang check Amani baik dan ramah..
      Amani pun relax je nganga mulut untuk doktor check..
      Rupanya tampalan yang sebelum ini tertanggal..
      Tampalan dekat gigi taring dia..
      Kecik je tampalan itu..
      Jadinya kena tampal lah balik..
      Check doktor perempuan, tampal doktor lelaki..
      Dua-dua doktornya bagus dan ramah..
      Amani pun jadi relax je..
      Sha senang hati..

      Lepas ini kena datang balik dalam bulan empat tahun depan..
      Memang kena check sampai gigi kekal keluar elok semua..

      Read More

      Wednesday, October 18, 2017

      Jom Bersihkan Hati

      October 18, 2017
      Jom Bersihkan Hati
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      *Jom bersihkan hati...*
      *hati bersih hidupbahagia..*

      1. Jgn cari salah orang...
      Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

      2. Jangan hina orang...
      Allah tak pernah hina kita.

      3. Jangan buka aib orang...
      Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.. 

      4. Jgn perlekehkan orang...
      Allah hargai setiap usaha hambaNya.. 

      5. Jangan mengata orang...
      Mana tau masa depan orang yang kita kata tu lah yang akan tolong kita dalam kesusahan..

      6. Jangan sakitkan hati orang...
      Doa org yang teraniaya itu makbul.. 

      7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...
      Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.. 

      8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada...
      Allah boleh tarik bila2 masa.. 

      9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita...
      Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.. 

      10. Jangan sedih dengan kekurangan kita...
      Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.. 

      Renung-renungkanlah dan sama-sama kita Muhasabah diri..
      Read More

      Wordless Wednesday #68

      October 18, 2017
      Wordless Wednesday #68

      Tuesday, October 17, 2017

      Awek Buku & Cornflakes Madu oleh Annis Rizani

      October 17, 2017
      Awek Buku & Cornflakes Madu oleh Annis Rizani
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Novel dengan tajuk makanan ini memang mudah menambat hati..
      Awek Buku & Cornflakes Madu oleh Annis Rizani..
      Cornflakes madu ini selalu orang buat bila musim perayaan..
      Memang mendapat sambutan.. Bukan kanak-kanak aja, orang tua pun suka..

      Mula-mula Sha sangkakan buku ini memberikan cerita cinta komedi..
      Tapi Sha salah.. Ceritanya sangat meruntun hati..

      Sha suka cara penulis menyampaikan cerita..
      Bagaimana perkenalan yang sangat simple membawa kepada persahabatan dan akhirnya kepada hubungan cinta..
      Cinta yang setia..
      Keakraban antara kekasih yang terjalin dengan perserujuan keluarga..
      Namun kita hanya manusia..
      Merancang sehabis baik tapi perancangan Allah yang terbaik..
      Zaffrul diambil Allah..
      Memang sedih dan sebak masa baca part kehilangan ini..
      Lepastu bukan mudah untuk Reen bangkit dari kehilangan..
      Mungkin sebab hati terlalu sayang sehingga lupa pada takdir Allah..
      Muncul pula Ruzaizi yang dahulunya suka mengacau tapi kini berubah..

      Disini bermulanya teka teki..
      Apa hubungan Ruzaizi dan Zaffrul?
      Siapa sebenarnya Ruzaizi..
      Kenapa hampir sama perwatakan mereka berdua?
      Merungkai teka-teki membawa kepada penemuan yang sangat mengejutkan..
      Owh ya.. Ada juga watak perempuan yang psiko.. Bekas kekasih Ruzaizi yang gila..

      Sha baca dan selesai pada 16.10.2017..

      Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia.. 
      Read More

      100 Buku Sastera Malaysia yang harus dibaca

      October 17, 2017
      100 Buku Sastera Malaysia yang harus dibaca
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Sekadar perkongsian bersama..
      Semoga dapat membantu pada yang minat membaca..

      100 Buku Sastera Malaysia yang harus dibaca....

      1. Naratif Ogonshoto - Anwar Ridhwan
      2. Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad
      3. Anak Mat Lela Gila - Ishak Haji Muhammad
      4. Rimba Harapan - Keris Mas
      5. Sangeetha - Azizi Haji Abdullah
      6. Putera Gunung Tahan - Ishak Haji Muhammad
      7. Turunnya Sebuah Bendera - Usman Awang
      8. Salina - A. Samad Said
      9. Jibam - Ibrahim Anon
      10. Manikam Kalbu - Faisal Tehrani
      11. Seorang Tua Di Kaki Gunung - Azizi Haji Abdullah
      12. Budak Beca - Ishak Haji Muhammad
      13. Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan
      14. Sungai Mengalir Lesu - A. Samad Said
      15. Imam - Abdullah Hussain
      16. Langit Petang - A. Samad Said
      17. Ayahanda - Azizi Haji Abdullah
      18. Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid
      19. Leksikon Ledang - Nor Azida Ishak, Fadli Al-Akiti
      20. Empunya Hikayat - Zainal Rashid Ahmad
      21. Luka Nering - Malim Ghozali PK
      22. Nenek - Razali Endun
      23. Juara - S. Othman Kelantan
      24. Penyeberang Sempadan - Anwar Ridhwan
      25. Merentas Gerhana - Norhisham Mustaffa
      26. Tivi - Shahnon Ahmad
      27. Kail Panjang Sejengkal - A. Samad Ismail
      28. Senjakala - Baharuddin Kahar
      29. Hikayat Faridah Hanum - Syed Sheikh Ahmad Al Hadi
      30. Anak Titiwangsa - Keris Mas
      31. Srengenge - Shahnon Ahmad
      32. Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani
      33. Serigala Dan Sekuntum Tulip - S.M Zakir
      34. Warisnya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
      35. Hujan Pagi - A. Samad Said
      36. Tulang-Tulang Berserakan - Usman Awang
      37. Panglima Awang - Harun Aminurrashid
      38. Warisan - Abdul Talib Mohd Hassan
      39. Sidang Serangga - Ishak Haji Muhammad
      40. Ah Fook - Jong Chian Lai
      41. Mereka Yang Tertewas - Hasanuddin Md Isa
      42. Waris Pejuang - Ruhaini Matdarin
      43. Hikayat Abdullah - Munsyi Abdullah
      44. Menara - Isa Kamari
      45. Wira Bukit - A. Samad Said
      46. Tembok Tidak Tinggi - A. Samad Ismail
      47. Sulatus Salatin - Tun Seri Lanang
      48. Bukan Legasi Lalang - Sri Rahayu Mohd Yusop
      49. Konserto Terakhir - Abdullah Husssain
      50. Semenanjung Menangis - Ariff Mohamad
      51. Puisi Untuk Esdyzuar - Nisah Haji Haron
      52. Bercakap Dengan Jin #1 - Tamar Jalis
      53. Hikayat Tanah Jauh - Zainal Rashid Ahmad
      54. 1515 - Faisal Tehrani
      55. Sukma Angin - Arena Wati
      56. Nyawa Di Hujung Pedang - Ahmad Murad Nasaruddin
      57. Kunang Pesisir Morten - Raiha Bahaudin
      58. Daerah Zeni - A. Samad Said
      59. Kanang: Cerita Seorang Pahlawan - Maznan Noordin
      60. Saga - Abdul Talib Hassan
      61. Begawan - Arena Wati
      62. Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
      63. Keris Melaka - Ahmad Bakhtiar
      64. Rantau Selamat - Abdullah Hussain
      65. Embargo - Zahari Affandi
      66. Mencari Locus Standi - Nisah Haji Haron
      67. Odisi Tanah Kencana - Sri Rahayu Mohd Yusop
      68. Di Negeri Belalang - Anwar Ridhwan
      69. Ini Saya Punya Kerja - Usman Awang
      70. Patah Tumbuh - Keris Mas
      71. Ingin Jadi Pujangga - A. Samad Ismail
      72. Lagenda Budak Setan - Ahadiat Akashah
      73. Ahli Politik - S.M Zakir
      74. Kelabu - Nadia Khan
      75. Perlumbaan Kedua - Marwilis Haji Yusof
      76. Merpati Putih Terbang Lagi - Khadijah Hashim
      77. Ombak Bukan Biru - Fatimah Busu
      78. Buah Kering Di Hujung Ranting - Marwilis Haji Yusof
      79. Bumi Lestari - Rebecca Ilham
      80. Tok Guru - Shahnon Ahmad
      81. Sudara - Arena Wati
      82. Pujangga Melayu - Mohd Affandi Hassan
      83. Yang Miskin Dan Yang Mewah - Ishak Haji Muhammad
      84. Masuk Ke Dalam Cahaya - Abdullah Hussain
      85. Lentera Mustika - Nisah Haji Haron
      86. Ombak Samudera - Arena Wati
      87. Adik Datang - A. Samad Said
      88. Desa Pinggitan - Ibrahim Omar
      89. D.U.B.L.I.N - Wan Nor Azriq
      90. Tujuh Keturunan - A. Razak Adam
      91. Penderhaka - Ramli Selamat
      92. Interlok - Abdullah Hussain
      93. Pulanglah Perantau - Aziz Jahpin
      94. Pecah - Khairulnizam Bakeri
      95. Tombiruo - Ramlee Awang Murshid
      96. Di Sebalik Dinara - Dayang Noor
      97. Awang Vampiro - Nizam Zakaria
      98. Rindu Aroma Padi Bunting - Arena Wati
      99. Mahabbah - Shahnon Ahmad
      100. Dunia Adalah Sebuah Apartmen - Anwar Ridhwan

      - Mizan Hashri

      Dari wall Djazlam Zainal
      Read More

      Monday, October 16, 2017

      Celebrate Birthday Encik Suami

      October 16, 2017
      Celebrate Birthday Encik Suami
      Assalamualaikum..
      Hye semua.. 

      Alhamdulillah.. Walaupun tak celebrate meriah-meriah..
      Yang penting celebrate bersama..
      Sha tempah cheese tart je dan beli Bucket Berbaloi KFC..
      Celebrate dekat rumah..
      Kali ini keluar dating lambat sikit..
      Sebab birthday encik suami jatuh hari ahad..
      Mujurlah memang cuti sekolah..
      Dapatlah dating berdua.. 

      Anak-anak Sha memang dari awal bulan 10 dah sebok tanya pasal birthday ayah diorang..
      Sebab Sha tanda dekat kelendar..
      Bukan apa, kadang Sha pun lupa.. Hahaha..
      Lepas itu bulan ini gaji awal pula..
      Lagilah kena berhati-hati berbelanja..
      Setahun sekalikan.. Bukannya selalupun..
      Yang penting ingatan.. 

      Semoga encik suami dikurniakan kesihatan yang baik, Dimurahkan rezeki dan sentiasa bersama kami.. Aamiin.. 
      Sempena birthday Encik Suami, komen yang pertama dekat entry ini akan dapat sebuah novel dari Sha.. Siapa cepat dia dapat ye.. Hehehe..
      Berkongsi rezeki bersama kawan-kawan..

      Cheese Tart yang sha tempah dekat kawan.. Berwarna-warni.. 
      Read More

      Ribut Hati oleh Aina Abdul

      October 16, 2017
      Ribut Hati oleh Aina Abdul
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Tak sangka lagu ost untuk filem Tombiruo ini dasyat..
      Sha tak berapa kenal penyanyinya tapi suara dia memang power..
      Pada yang dah tengok filem ini, semuanya kata lagu ini sangat kena dengan filem ini..
      Pada Sha pula, Sha suka lagu ini cuma tak tengok lagi filemkan.. Feel kureng sikit..
      Tapi memang lagu ini power..
      Lirik dan muzik.. Serius..
      Cubalah dengar kalau tak percaya..

      Ribut Hati oleh Aina Abdul
      takkan ada yang memahami
      kegelapan yang menyelubungi
      menutupi sinar matahari
      menjagaku
      lindungiku
      namunkan tiba di suatu masa
      terpaksaku meninggalkan semua
      kegelapan yang sedia ada
      menjagamu
      lindungimu
      dengar bisikan kasih di hati
      ribut dan hujan takkan abadi
      tenanglah sayangku
      agar hatimu berpandukan cinta
      semua yang jadi ada hikmahnya
      hatiku resah dan tak bermaya
      ketakutan tanpa tujuan
      kau beriku kekuatan
      dengar bisikan kasih di hati
      ribut dan hujan takkan abadi
      tenanglah sayangku
      agar hatimu berpandukan cinta
      ke mana jua kita berada
      impian yang dikecapi
      apapun jua yangkan terjadi
      kita bersama berpandukan kasih
      tenanglah sayangku
      agar hatimu berpandukan cinta
      agar hatimu berpandukan cinta

      Kalau nak dengar lagu ini, boleh klik SINI.
      Kepada yang sudah menonton filem ini, apa komen kamu?
      Sesuai tak lagu ini..
      Bagaimana feel lagu ini fan filem ini?
      Read More

      Pemenang MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani

      October 16, 2017
      Pemenang MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani
      Assalamualaikum..
      hye semua..

      Alhamdulillah..
      Giveaway dah tamat..
      Disebabkan penyertaan melebihi 30 orang, maka Sha tambah seorang lagi pemenang.. Sebuah novel hadiahnya..
      Berikut ialah pemenang yang dicari..

      Pemenang set MYLARA Skincare

      Pemenang tambahan : Sebuah Novel
      http://jombercontest.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html

      Boleh WhatsApp (0192673703) Nama, Alamat, no talifon dan link entry dekat Sha ye.. Kalau boleh hari ini ye.. Cepat Sha pos hadiahnya..
      Read More

      Cerpen : Roh Mengamuk oleh Tajul Zulkarnain

      October 16, 2017
      Cerpen : Roh Mengamuk oleh Tajul Zulkarnain
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Korang suka membaca tak?
      Sha ada kenal seorang penulis ini..
      Walaupun sebelum ini dia buat buku psiko thriller dan berkait dengan pesakit mental, tapi baru-baru ini dia buat cerpen seram pula..
      Cuma dia jual dalam bentuk soft copylah..
      Murah je.. RM2 je..
      Kalau korang nak beli boleh contact beliau di Facebook..

      Tajuk cerpen : Roh Mengamuk
      Memang mengamuk sungguh rohnya..
      Memang menarik cerpen dia pada Sha..
      Walaupun pendek berjaya bagi perasaan seram dekat Sha..
      Memang mantaplah..
      Pada Sha kalau dia kembangkan jadi novel memang terbaik..
      Plot dan ceritanya mantap walaupun ringkas..
      Baca pula time maghrib.. Hahaha..
      Mengundang sungguh..

      Pi beli kat penulis dan baca..
      Memang berbaloi dengan bayaran RM2 tu..
      Sha bagi 4 bintang..

      Read More

      Sunday, October 15, 2017

      Kekasih Upahan oleh Eyla Hime

      October 15, 2017
      Kekasih Upahan oleh Eyla Hime
      Assalamualaikum..
      Hye semua...

      Mulanya Sha ingatkan novel ini yan diorang adaptasi ke drama..
      Sekali salah pula..
      Tapi Sha baca jugalah bagi habis..

      Kisah mengenai Nazratul yang sudah berusia 32 tahun tapi belum ada kekasih..
      Semuanya kerana Afham yang meninggalkan dia 5 tahun lepas..
      Kemudian muncul pula si Zaril yang diupah menjadi kekasih..
      Dari kekasih upahan, tiba-tiba Zaril terjatuh cinta..
      Zaril tersukakan Nazratul kerana sifat Nazratul yang selamba dan kasar..
      Siapa kata perempuan kasar tak disukai..

      Afham muncul kembali menagih kasih dan menjelaskan yang sebenarnya dia menghilang sebab barah..
      Afham menyangkakan dia melindungi Nazratul..
      Malangnya Nazratul merasakan Afham tak mempercayai dirinya..
      Nazratul sakit hati dengan Afham dan tidak percaya Zaril sukakan dia..

      Garapan yang diberikan puan penulis pun menarik..
      Cerita yang sangat sempoi..
      Perbezaan umur yang sangat ketara antara lelaki dan perempuan..
      Hubungan cinta yang retak disebabkan rasa tidak mahu kekasih dilukai dan ingin melindungi..
      Mak yang risaukan anak daranya tak kahwin lagi..
      Perasaan bersalah diatas kemalangan hingga menyebabkan kematian..
      Konflik antara ayah dan anak..

      Kisah dan konflik tak complicated tapi menarik dibaca..

      Sha baca pada 13.10.2017 dan selesai pada 14.10.2017..

      Read More

      Koleksi Buku Bulan Oktober

      October 15, 2017
      Koleksi Buku Bulan Oktober
      Assalamualaikum..
      Hye semua.

      Yeah!! Buku dah sampai..
      Bulan ini limitnya hanya 5 buah buku sahaja..
      Kena jimat cermat sebab bulan ini banyak perkara berlaku..
      Semuanya memerlukan duit..
      Sha beli dari Prolog Media dan Penulis Asraf Shaari..

      Prolog Media ini Sha suka sebab bukunya ada kelainan yang tersendiri..
      Selain cover bukunya yang cantik..
      Dua buah buku ini baru lagi terbit iaitu Kanvas oleh Ayumi dan Dua oleh Ema Deesyiaqis..
      Nadi oleh Pasha pula memang dah lama aim.. Tunggu offer baru nak grab..
      Offer yang ditawarkan pada Sha ialah RM70 untuk 3 buku..
      Tapi tak pastilah masih ada lagi ke tak offer ini..
      Sebab Sha beli pada 11.10.2017..

      Janji dan Waadat ini, Sha dah pernah nampak di Facebook tapi tak beli pun..
      Kebetulan penulis Asraf Shaari ada promo pasal dua buku ini masa Sha beli dengan beliau Lelaki Neraka.. Itu yang grab..
      Lagipun ada permulaan Lelaki Neraka dalam Waadat.. 
      Tajuknya Daging Manusia.. Belilah..
      Jujur eh, Sha kurang minat cover Janji dan Waadat..
      Ceritanya belum baca lagi..
      Orang kata "Don't Judge A Book By It's Cover"..
      Jadinya tunggulah review Sha nanti ye..
      Tak sabar nak baca ini.. 

       
      Nadi oleh Pasha
      Kanvas oleh Ayumi
      Dua oleh Ema Deesyiaqis..
      Untuk Sinopsis boleh klik SINI, SINI dan SINI.
       
       
       Komplot Seram & Thriller : Janji
      Komplot Seram & Thriller : Waadat
      Kalau dekat belakang buku dan Goodreads memang tak ada sinopsis.. Hanya ada nama-nama penulis sahaja.. Kalau review pun untuk Waadat belum ada.. Janji adalah.. Boleh klik SINI.
      Read More

      Terasa Ada oleh Sufian Suhaimi

      October 15, 2017
      Terasa Ada oleh Sufian Suhaimi
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Suka dengar suara Sufian Suhaimi ini..
      Sama je tak kira live ataupun rekod..
      Lirik dan muzik dia pun ohsem dan segar..
      Memang sesuai sangatlah feeling-feeling dengan lagu ini.. Hehehe..

      Lirik Lagu Terasa Ada – Sufian Suhaimi

      Kamu Telah membuat ku
      Tersenyum Dan memandangmu
      Kau Hadir
      Menemani Disampingku

      Kamu Yang mewarnakan
      Cinta Yang menghidupkan
      Rasa Bersamamu
      Ku Bahagia

      Tiada Yang mampu memisahkan
      Kita Berdua
      Tiada Yang mampu
      Melenyapkan Perasaan ini

      Biar Diuji takkan
      Ku Berhenti
      Akan Ku pertahankan
      Hingga Nafas yang terakhir

      Kamu Telah membuatku tersenyum
      Dan Memandang mu
      Kau Hadir menemani
      Disampingku

      Tiada Yang mampu memisahkan
      Kita Berdua
      Tiada Yang mampu
      Melenyapkan Perasaan ini


      Biar Diuji takkan
      Ku Berhenti
      Akan Ku pertahankan
      Hingga Nafas yang terakhir

      Benar Engkau adalah
      Pengakhiranya
      Yang Ditakdirkan bersama
      Diriku

      Jika Masih ada
      Rasa Yang tertinggal
      Aku Kan mengambilnya
      Kembali

      Kerna Terasa ada

      Tiada Yang mampu memisahkan
      Kita Berdua
      Tiada Yang mampu
      Melenyapkan Perasaan ini

      Kerna Terasa ada
      Read More

      MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani

      October 15, 2017
      MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani
      TAMAT
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Sha kembali lagi dengan Giveaway..
      Jom meriahkan Giveaway anjuran Sha ini..

      Syaratnya mudah sahaja
      Follow blog Sha & INI.
      Buat entry mengenai MYLARA Skincare boleh salin di SINI.
      Tajuk entry anda mestilah "MYLARA Skincare"
      Komen penyertaan anda di entry ini.

      Giveaway ini akan berakhir pada 15 Oktober 2017.
      Pengumuman pemenang pada 17 Oktober 2017.

      Hadiahnya:-
       Facial Set yang ada Collagen Cleanser, Facial Toner, Matte Miracle CC Cream SPF-30 & Night Cream berserta Glowing Gel.

      Sekiranya penyertaan melebihi 30 orang, Sha akan sediakan hadiah tambahan..

       Senarai Peserta
      1. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      2. http://masturanasarudin.blogspot.com/2017/09/mylara-skincare-15-oct-17.html
      3. http://www.bajuwarnacoklat.com/2017/09/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      4. http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/09/mylara-skincare.html
      5.   http://www.mrspip.com/2017/09/mylara-skincare.html
      6. https://nysachubby.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html
      7. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      8. https://farhannajafri.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html
      9. https://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html
      10. http://jombercontest.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html
      11. https://honeyeshoppe.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html
      12. http://tintanienaannisa.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      13.   http://salatulzarida.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      14. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html
      15. http://mushyzaini.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html
      16.  http://cikjelita899.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare.html
      17. http://aztieyshana.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      18. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      19. https://asyiqin89.blogspot.my/2017/09/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      20. https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/mylara-skincare.html
      21. http://www.sayidahnapisah.com/2017/10/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      22. http://www.linliena.com/2017/10/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      23. http://asmafiqah.blogspot.com/2017/10/mylara-skincare.html
      24. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/10/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      25. http://dramaticyang.blogspot.my/2017/10/mylara-skincare-http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/10/mylara-skincare.html-by-kasihkuamani.html
      26. http://msvelentine.blogspot.my/2017/10/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      27.  http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/10/mylara-skincare-giveaway-shahida.html
      28. https://cikash.blogspot.com/2017/10/mylara-skincare-giveaway-by-kasihku.html
      29. https://mayzuraberkat.blogspot.my/2017/10/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html
      30. http://www.azhafizah.com/2017/10/mylara-skincare-4-in-1-facial-set.html
      31.  http://www.sheilainspire.com/2017/10/mylara-skincare-giveaway-by-kasihkuamani.html?m=1
      32. http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/10/mylara-skincare.html
      33. http://ftndiana.blogspot.com/2017/10/mylara-skincare.html
      34. http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/10/mylara-skincare.html
      Read More

      Saturday, October 14, 2017

      Dracula vs Al-Fateh oleh Muhd Nur Iman Ramli

      October 14, 2017
      Dracula vs Al-Fateh oleh Muhd Nur Iman Ramli
      Assalamualaikum..
      Hye semua..

      Buku yang sangat ohsem..
      Pertama sebab buku ini sangat berwarna warni tau..
      Memang seronok nak baca..
      Kedua, ada ringkasan awal mengenai Al Fateh dan juga Dracula..
      Selepas itu baru secara terperinci..

      Muka surat awal tu ada ringkasan kronologi mengenai Al-Fateh dan juga Dracula..
      Selepas itu barulah diceritakan secara terperinci mengenai mereka..
      Sejarah persahabatan dan juga permusuhan mereka..
      Kegemilangan Al-Fateh dan juga kekejaman Dracula..

      Kalau korang dah tengok filem Dracula Untold (2014), Mesti korang akan "owh.. macam ini.."
      Sebab ada beberapa fakta dalam buku ini buat korang terbayang filem itu..
      serius.. tengok dulu filem Dracula itu.. Jangan keliru ye..
      Filem itu hanyalah imaginasi barat.. Bukannya real pun cuma gambaran dalam filem itu..
      Ala.. macam mana ye.. Sha nak explain tak pandai..
      Tapi cadangan Sha, tengok filem Dracula, kemudian baca buku ini..
      Nanti korang akan jumpa kaitannya..
      Dalam buku ini pun ada diselitkan pasal filem Dracula Untold..
      Betapa fakta itu boleh diselewengkan sesuka hati...
      Namun akan ada yang menceritakan kebenaran..

      Sha baca 12.10.2017 dan selesai pada 13.10.2017

      Buku ini dah lama sebenarnya beli..
      Dah baca dah sikit tapi lepas tu leka, terus lupa..
      Ini baru baca balik..
      Buku ini diterbitkan pada tahun 2014 juga tau..
      Read More