Monday, March 10, 2025

Jepun | BORDER: Shokuzai (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka pula lepas dramanya ada filem.. Kali ini Ishikawa akhirnya terjerumus ke dalam kegelapan setelah membunuh Ando namun kegelapan itu tak membebankan beliau seperti mana ketika beliau cuba menyelamatkan roh orang yang dibunuh.. Semasa dalam siasatan, Ishikawa berjaya menyelesaikan satu lagi kes pembunuhan bersiri dan beliau akan tetap meneruskan kerja sebagai polis selagi mana nyawanya masih dibadan..

Special: BORDER: Shokuzai
Also Known As: BORDER2 Shokuzai, BORDER Shokuzai, BORDER: Atonement, BORDER Redemption
Screenwriter: Kaneshiro Kazuki
Director: Tsunehiro Jouta
Genres: Action, Mystery, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 1
Aired: Oct 29, 2017
Aired On: Sunday
Original Network: TV Asahi
Duration: 1 hr. 34 min.
Following the showdown with his arch nemesis Ando, Detective Ango Ishikawa takes on a new case with his uncanny ability to communicate with the dead.

Sunday, March 9, 2025

Magnolia Almond Crush Chocolate Flavoured

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim Almond Crush ini ada 3 rasa sebenarnya.. Sha sempat beli dan rasa yang coklat ini ja.. Agak manislah untuk Sha.. Bolehlah untuk sekali cuba.. Kacang pada lapisan coklat meriah, lapisan coklatnya nipis dan aiskrim coklat di bahagian dalam tu okaylah..

Magnolia Almond Crush Chocolate Flavoured (70ml) - RM2.70

Boleh tahanlah taburan kacang pada lapisan coklat tu..

Aiskrim coklat bahagian dalam dia.. Lapisan coklat tu tak adalah tebal.. okay ja lah untuk harga tu..

India | Rekhachithram (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah penyiasatan yang bermula dengan video bunuh diri yang mengandungi pengakuan tentang penanaman mayat.. Penyiasatan yang dilakukan awalnya tidak bermula dengan baik sebab rangka yang dikatakan ditanam tak berjaya dijumpai.. Kemudiannya mayat tersebut telah tertanam belasan tahun yang lalu.. Penyiastan kemudiannya terganggu bila mana penjenayah menyekat dari semua arah.. Pegawai polis yang menyiasat ditukarkan ke tempat lain.. Tapi pegawai tersebut tidak langsung berputus asa.. Separuh kebenaran mula terbongkar dengan awalnya mayat tersebut disyaki mencuri tapi bila pegawai polis tersebut berjaya berjumpa saksi yang betul terbongkarlah kebenaran yang sebenar.. Mayat tersebut sebenarnya orang baik tapi berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.. Kesianlah juga.. Menarik betul bila tengok teka teki dibongkar..

Rekhachithram
2025 ‧ Crime/Mystery ‧ 2h 20m
Suspended cop Vivek Gopinath rejoins after gambling scandal. Tasked with solving 40-year-old murder case with faceless victim, he seeks redemption by cracking the long-unsolved mystery.

Ebook | Di Akhir Mimpi Yang Usang oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis ini selalu memberikan karya yang di luar jangkaan.. Sha suka membaca buku beliau tanpa mencari sinopsis sebab awal-awal cerita saja dah cukup untuk mengikat Sha.. Penceritaan beliau pasti berjaya menjerat Sha untuk teruskan pembacaan.. Siapa Hajar?? Apa kaitan antara Hajar dan Eza??

Perlahan-lahan penulis bawa kita ke dalam dunia Hajar.. Bagaimana kesilapan yang tak sengaja berakhir dengan sesuatu yang lebih besar.. Hajar terpaksa berkahwin dan memulakan hidup baru dengan Zul.. Perkahwinan yang awalnya bahagia tercemar dengan kebodohan dan kesilapan Zul.. Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku.. Hanya kerana kesilapan tersebut bukan sahaja hidup Zul dan Hajar huru hara, turut terkena tempiasnya adik Zul dan juga keluarga baru Hajar bila Hajar mula belajar menerima takdir..

Memang sedihlah baca kisah mengenai Hajar ini.. Meleleh air mata.. Jenuh jugalah baca, berhenti dan baca semula.. Penulis bagi cerita yang meruntun jiwa.. huhuhu.. Namun begitu ada pengajaran yang penulis bagi pada pembaca.. Setiap manusia diberi pilihan, kalau tersalah pilih padahnya bukan pada diri sendiri sahaja tetapi orang disekeliling.. Kita selalu terlupa hidup kita ini saling berkait.. 

Published March 1, 2025

Berminat bolehlah hubungi penulis di SINI..

Saturday, March 8, 2025

Baja Watermelon Roasted Seeds Salted

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab teringin nak cuba dan tak pernah jumpa.. Ini biji buah tembikai tau.. Sha ingatkan boleh terus makan.. Rupanya tak.. Rasa dia pelik dan agak susah lah nak kopek sebab saiznya kecik dan comel.. Jenuh nak habiskan sebungkus ini.. kikiki.. Jadilah buat rasa-rasa..

Baja Watermelon Roasted Seeds Salted (15g) - RM1.70

Rupanya kena kopek dulu..

Bila dah kopek..

China | The Demon Hunter (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam tengok Son Goku lah pula bila dia dah capai certain tahap.. kikiki..

Sha layan ja anime walaupun dah berusia.. Ada masanya cerita macam ini bagi ja pengajaran pada kita kalau pandai fikir.. Kalau nak tengok sekadar hiburan pun boleh.. Ceritanya bukan kena tengok bagi habis sekali jalan.. Tengok sambung-sambung bila lapang.. Guna youtube ja.. 

Kisah seorang anak lelaki bernama Meng Chuan yang melihat ibunya mati dibunuh syaitan.. Meng Chuan nekad nak jadi kuat demi menghapuskan semua syaitan.. Meng Chuan ini dari kecik memang gigih berusaha, dia tak peduli sangat apa orang cakap pasal dia.. Dia terus tunjuk ja kekuatan dia.. Lepas tu jenis tak mengalah dan sentiasa berusaha untuk tambah kebolehan dan kekuatan dia.. Tapi tu lah, bila dia terpaksa korbankan beberapa perkara demi mengalahkan penjahat.. Nak mula balik tu bukan mudah tapi hero jenis tak mengalah, dengan kita yang tengok rasa semangat..

Sha suka tengok babak berlawan dan juga babak bila dia berjaya tingkatkan kuasa dia.. Cantik gila animasi dia..

The Demon Hunter
Original title: Cang Yuan Tu
TV Series  2023  Animation/Action/Fantasy  23m
Meng Chuan witnessed his mother killed before his eyes, so he trained very hard hoping to one day avenge her death. But his peaceful days were broken as his wedding engagement being called off, an invasion by foreign forces, the sanctuary fallen into enemy hands... In order to protect the people of Ning City, he picked up his sword and vowed to be the strongest. This is a heavy responsibility and a long journey.

HFMD Mengganas : Apakah peranan ibubapa, penjaga dan komuniti?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu perkongsian yang baik dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai HFMD ini..

Ibubapa memainkan peranan penting dalam mengawal kejadian penyakit HFMD.. Anak-anak boleh mendapat jangkitan bukan hanya dari pusat asuhan dan bimbingan sahaja tetapi dari tempat-tempat lain juga..  Maka menjadi tanggungjawab ibubapa, penjaga dan masyarakat dalam mengawal penularan penyakit tangan, kaki dan mulut ini (Hand, foot and mouth disease - HFMD).. Ini adalah penting ekoran HFMD boleh tersebar dengan mudah jika aspek kebersihan dan penjagaan kesihatan tidak diamalkan dengan baik oleh semua.. Bersama-samalah kita berusah mencegah dari HFMD ini..

Sha sertai webinar ini guna telefon bimbit ja sebab ada program dengan pejabat juga..

Kenapa penyakit berjangkit mudah kena kepada kanak-kanak..

Selain HFMD, ini antara lain penyakit berjangkit yang ada..







Anjuran : Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Pejabat Kesihatan Daerah Muallim
Penceramah : Pegawai Perubatan Epidemiologi, dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Muallim
Tarikh : 7 Mac 2025 ( Jumaat )
Masa : 3.00pm – 5.00pm
Platform: Google Meet

Friday, March 7, 2025

Ceramah Agama Sempena Ramadan 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian mengenai kerbekatan bulan Ramadan.. Tingkatkan usaha untuk meraih pahala di bulan penuh kerbekatan ini.. Solat, puasa, baca Al Quran, jaga tingkah laku.. Kurang-kurangkan perkara yang melalaikan..  walaupun sekejap namun padat isinya.. Alhamdulillah..

Kursus Rahsia Bebas Kewangan : Tiada Hutang Hati Senang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kursus kedua untuk tahun 2025.. Walaupun separuh hari, kita sertai ja.. Janji dapat ilmu dan dapat sijil.. Kikiki.. Bagus ja dengar mengenai pengurusan kewangan ini.. Mana yang kita boleh ikut, kita ikutlah.. Mana yang tak boleh tu tak payah lah paksa diri.. Ikut kesesuaian poket dan juga diri kita.. Tak salah kita dengar untuk tambah ilmu..

Kursus : Kursus Rahsia Bebas Kewangan : Tiada Hutang Hati Senang
Penceramah : 1. Encik Mohamad Hafizuddin bin Hamzah
2. Encik Mohammad Noor Faiz bin Mohd Zin
Anjuran : Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI)
Tarikh : 7 Mac 2025 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Medium : Google Meet

Perhimpunan Pagi Mac 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, berjaya sertai Pergimpunan Bulanan bagi bulan Mac.. Syok dengar tazkirah pagi ini.. Tazkirah mengenai bersyukur.. Betapa kita manusia selalu terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada sedangkan mereka yang tak ada sentisa berusaha melalui kehidupan.. Hidup ini sepatutnya menunduk ke bumi untuk sentiasa sedar dengan apa yang kita ada bukannya mendongak ke langit tanpa sedar bahawa hidup ini bukanlah sentiasa cerah sahaja.. 

Perhimpunan Pagi Mac 2025

Women in black.. Serba hitam kita hari ini..

Thursday, March 6, 2025

China | Slay the Gods (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bukan nak tengok tapi tertengok.. Bila dah tengok, menyesal sebab bersambung.. Hahaha.. Selalu animasi macam tu lah.. Akan ada musim-musim dia.. Bukan mudah nak padatkan ceritanya dalam satu musim ja.. Tambahan pula diadaptasi dari novel.. Lagilah.. Cerita ini buat Sha syok nak tonton sebab babak berlawan dia tu.. Mantap dan padu.. Satu lagi ceritanya ada dekat youtube, bila-bila ja boleh sambung tengok.. Korang cari ja tajuk Slay The Gods, dia dah gabung siap-siap 15 episod dalam satu video.. 

Lin Qiye tanpa sengaja dapat kuasa magic dari Michael itupun lepas dia dewasa.. Masa ini dia kena lawan makhluk jahat, kuasa dia bangkit.. Bila dah dapat kuasa, ramai pula pihak yang nak dia masuk kumpulan diorang.. Zhao Kongcheng ini sebahagian dari kumpulan Night Watcher tapi tak ada kuasa mistik.. Bila dia jumpa Lin Qiye dia terima keputusan Lin Qiye tak nak sertai kumpulan dia.. Tapi malangnya masa dalam perjalanan balik Zhao ini mati berlawan dengan makhluk jahat.. Lin Qiye tak sempat sampai untuk bantu.. Lin Qiye setuju sertai kumpulan Zhao untuk balas budi.. Masa ini kuasa Lin Qiye bertambah bila dia berjaya buka pintu dekat God Asylum dan tolong makhluk mistik dalam tu.. Memang lain macamlah jalan cerita dia..

Paling penting ini cerita ja, kalau anak-anak baik jangan bagi tengok walaupun kartun ja sebab cerita dia tak berapa sesuai.. Gitu..

Slay the Gods
Original title: Zhan Shen: Fanchen Shenyu
2024  Animation/Action/Adventure/Drama/Fantasy  30m  TV Series
It follows the journey of Lin Qiye, a blind high school student who unexpectedly becomes a night watchman, tasked with protecting the nation from "mystical" invasions as the mist descends and gods reawaken. Leading his team, he tirelessly eliminates mythical creatures that emerge in modern society and eventually sets out on the path of god-slaying, evolving from guarding his small family to defending the nation.

Based on the Chinese webnovel "Wo Zai Jingshenbing Yuan Xue Zhan Shen (I Learn to Kill Gods in an Asylum)" by Yinyu Sanjiu

Buku Baru untuk Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara hadia Sha untuk Imani.. Sha minat Yaya Okita ini dah lama.. Sebelum ini ada komik beliau yang Sha tak berpeluang nak beli.. Kali ini ada rezeki lebih, Sha belikan untuk Imani sempena ulang tahun dia.. Sebelum bagi dekat Imani, mak balut dulu.. kikiki.. Sha beli dengan tawaran harga dan penghantaran percuma.. Pada Sha okaylah sebab bukunya berwarna warni memang sukalah anak Sha bila dapat..

Balutan yang cantik dan kemas..

Sha beli kombo yang dalam sampul biru tu dan buku The Inspirizer tu Sha tambah sebab ada potongan harga..

Inilah kombo yang Sha belikan tu..
Diari Yaya Okita dan Sahabat Syurga..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com