Monday, May 14, 2018

Temujanji Susulan (Implant aka Nexplanon ) #2

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sepatutnya temujanji ini hari Khamis (10.05.2018) tapi dah diberi cutikan.. Tu yang Sha pergi hari Isnin.. Ini temujanji susulan sebab urine ada gula lebih masa checkup last week.. Huhuhu.. (Ini checkup untuk pakai Implant  - perancang keluarga).. Gula dalam urine tu sebenarnya sebab kurang minum air masak.. Lepas tu dah tahu nak buat checkup, pergi breakfast nasi lemak dengan nescafe tarik.. Memang ada gula lah dalam urine.. Kali ini kita check urine dulu baru breakfast.. Kikiki.. Harapnya okaylah urine..

Punyalah ramai orang kat klinik.. Yellah, dua hari cuti kan.. Semua temujanji tu tertunda ke hari ini.. Mau tak ramai.. Tak pernah-pernah lah tak ada parking, kali ini Sha sampai kena parking kat luar kawasan klinik.. Lepas tu menapaklah.. Takpelah.. Bukan selalu.. Yang jadi lagi lambat sebab Sha terpaksa tunggu Klinik Desa dekat kawasan Sha ini buka dulu untuk amik buku.. Dah selalu sangat bila pergi checkup kat Klinik Tanjong Malim, buku Sha tak ada.. Dah amik buku baru Sha ke Klinik Tanjong Malim.. Tu yang bila sampai, parking semua dah penuh.. Stress la juga.. Dugaan hari Isnin.. 

Lebih kurang sejam baru nama Sha dipanggil.. Misi amik bacaan berat dan tekanan lepas tu suruh pergi hantar urine dekat makmal.. Tunggu keputusan Urine sekejap je.. Dapat keputusan hantar dekat bilik doktor pula.. Ini kena tunggu lebih kurang setengah jam.. Doktor panggil dan bagi tahu Urine okay.. Cuma kena banyakkan minum air masak je.. 

Pergi pukul 8.30 pagi.. kul 11pagi baru selesai.. Bukan selalu.. Ye tak.. Yang penting dah okay.. lagi 6 bulan jumpa balik doktor..

12 comments:

  1. fuhh..sejam nunggu yeaa...jangan lupa minum air masak tauu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. ramai sungguh orang.. Ini tengah kawal nafsu ini nak minum nescafe.. kikiki..

      Delete
  2. Kak shaz ambik pil norriday je..seram dgr psl implan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha tak amik pil sebabnya suka lupa makan.. kikiki..

      Delete
  3. bila lama cuti..rmi la ye ke klinik tu...bertabahla kena tunggu lama kn

    ReplyDelete
  4. Apa khabar hari ni, ibu singgah ke blog sis sha petang ni. Lama menunggu tu. Apa nak buat pergi klinik kerajaan kan

    ReplyDelete
  5. Implant untuk jarakkan kehamilan ke Sha? Anak bongsu umur berapa sekarang?

    ReplyDelete
  6. akak punya dah nak buka implant ni tapi belum temujanji lagi ni

    ReplyDelete
  7. Seram sha nk pakai implant.. jadi kite rancang sendirik jerk..

    ReplyDelete
  8. ohhh baru tahu ada pantang jugak ye pakai implant ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com