Saturday, March 3, 2018

Temujanji Susulan (Implant aka Nexplanon ) #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada sharekan Sha pakai Implanon (perancang keluarga) kan.. Boleh baca perkongsian Sha mengenai Implanon di SINI dan SINI.. Masa sesi khidmat nasihat memang doktor ada pesan untuk buat check up cumanya tak adalah ditetapkan bila.. So, Sha amik pendekatan sendiri.. Seminggu lepas pasang Implant ini Sha ke Klinik Desa berdekatan dengan tempat Sha.. Malangnya misi tak tahu pasal rawatan susulan dan beritahu akan call Klinik Kesihatan untuk conformkan.. Seminggu Sha tunggu tak ada panggilan semula dari Misi, Sha pun call lah untuk bertanya.. Misi terlupa mengenai Sha dan maklumkan akan call balik.. Tunggu punya tunggu sampailah 11.02.2018, Sha dapat panggilan dari Klinik Desa mengenai pemakaian Implant ini.. Rupanya Misi yang sebelum ini dah pindah dan diambil alih oleh Misi baru.. Masa Misi baru ini buat kemas kini, dia terjumpa kad Sha dan call.. Daripada Misi ini, Sha diberitahu setiap 6 bulan Sha perlu berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan.. 

Khamis (01.03.2018), temujanji Sha yang pertama setelah 6 bulan pakai Implant ini.. Untuk temujanji ini, Sha dikehendaki untuk timbang berat (76.5), check tekanan, ambil darah dan check urine.. Sakit owh.. Lama dah tak kena cucukkan.. Walaupun sekali cucuk je nurse dah dapat sedut darah tapi kesakitan dan kebiruan di lengan membawa sampai ke petang.. Lepas dapat result makmal baru gi jumpa doktor.. Doktor tanya mengenai period, kesan sampingan lepas pasangan implan dan ada perubahan tak pada badan.. Lepas pemeriksaan itu doktor bagi temujanji yang kedua.. Kalau ikut nurse, Sha kena jumpa setiap 6 bulan tapi doktor yang bantu Sha dalam proses pemasangan implant tu suruh datang setiap 3 bulan sekali.. So, kena jumpa balik bulan 5..

Harapnya adalah perubahan pada berat badan.. Kikiki..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com