Friday, February 23, 2018

Along With the Gods: The Two Worlds (2017)

Assalamualaikum..
hye semua..

Filem yang menarik.. Dibuat berdasarkan webtoon oleh Joo Ho-min, Along With the Gods.. Filem ini dibuat dua bahagian.. Yang kedua bertajuk Along With the Gods: The Last 49 Days..

Okay, untuk bahagian pertama filem ini menceritakan mengenai Kim Ja-Hong yang mati semasa bertugas.. Rohnya kemudian dibawa untuk pengadilan sebelum diberi penentuan sama ada layak dilahir semula atau tidak.. Menurut undang-undang Kehidupan Akhir, semua orang yang meninggal dunia mesti menjalani 7 percubaan selama 49 hari yang dibahagikan kepada 7 kategori dosa: pengkhianatan, kekerasan, ketakwaan keluarga, pembunuhan, ketulusan, penipuan, dan ketidakadilan. Inilah yang terpaksa dilalui oleh Ja-Hong dengan bantuan tiga malaikat iaitu Gang-rim, Haewonmak dan Lee Deok-choon.. Dalam usaha tiga malaikat ini untuk menyelamatkan Ja-Hong, adik Ja-Hong mati dan menjadi roh yang ingin membalas dendam.. Maka bermulalah pembongkaran tentang kehidupan Ja-Hong dan hubungan beliau dengan adik dan ibunya..

Epik fantasi mengenai kehidupan, kematian, kelahiran semula, dan kuasa ghaib.. Cerita ini fantasi, jadi janganlah terpengaruh pula ye.. Tonton sekadar untuk hiburan sahaja.. Owh ya dekat hujung filem keluar abang sado yang berlakon dalam Train to Busan iaitu Ma Dong-seok..

 

Along With the Gods: The Two Worlds (2017) | KMovie | Release Date: Dec 20, 2017 | Genres: Action, Drama, Fantasy

1 comment:

  1. sekarang ni dekat FB ramai yang kata boleh jatuh syirik tengok movie ni hmmm macam2 padahal mesej dalam movie ni bagus

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..