Monday, March 27, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Assalamualaikum..
Hye semua..

Big Baby Fair by Lazada dah datang..
Jom.. jom serbu Lazada..
Banyak barang baby yang murah-murah..
Berbaloi-baloi kalau beli waktu ini..
Pada Blogger yang tengah mengandung, ada anak kecil jom joint contest Lazada ini..
Owh.. Lazada cakap yang bukan mommy pun boleh joint juga..
Tunggu lagi.. Jomlah joint..

Contest bermula dari 27 March sehingga 2 April 2017 (11.59pm).

Senang je nak menang... Just jawab soalan-soalan dibawah ini..
a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?
b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?
c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)


Okay.. ini jawapan Sha ye..
a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?
Sudah semestinyalah Drypers.. Dulu kini dan selamanya..
Sha suka sebab senang nak pakai.. Tak mudah bocor.. Dan yang paling best tak memberi ruam pada anak-anak Sha..

http://www.lazada.com.my/shop-diapers-1/drypers/?size_diaper=XL%20Size%20(11-17kg)&sort=popularity&viewType=gridView&searchContext=category&fs=1
Pilihan pampers Drypers yang ohsem.. Boleh beli di SINI.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?
Brand kegemaran Sha dah tentulah Dutch Lady.. Memang menjadi pilihan sejak anak-anak Sha baby lagi.. Sangat membantu perkembangan anak-anak Sha.. Dengan nutrisi seperti:-
  • DHA
  • Magnesium
  • Chloline
  • Tyrosine
  • Vitamin D
http://www.lazada.com.my/shop-formula-milk-baby-food-2/dutch-lady/?searchContext=category&flavor_nutrition=Natural&sort=popularity&viewType=gridView&fs=1 
Dengan diskaun yang ohsem, jom dapatkan susu Dutch Ladi di SINI.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children).
Disebabkan anak-anak Sha gegurl.. Sudah semestinyalah Dress yang comel ini menjadi pilihan..
Bolehlah bergaya manis dengan Dress Hello Kitty yang mempunyai pelbagai warna ini..
Mesti makin comel dan bergaya..
http://www.lazada.com.my/catalog/?q=Hello%20Kitty%20Long%20Sleeve%20Casual%20Dress%20KT88262%20Yellow%20
Berminat dengan Dress Hello Kitty ini.. Klik saja di SINI.

Jangan lepaskan peluang untuk Shopping barangan baby  di  Lazada's Big Baby Fair bermula 27 Mac sehingga 02 April di Lazada dengan diskaun sehingga 85%...

http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/

Projek Thriller Vape oleh Zaifuzaman Ahmad, Helmi Effendy, S. Kausari & Syasya Bellyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek Thriller Kedua yang Sha baca..
Kali ini menggunakan Vape : Sedut Sampai Kering sebagai tema cerita..
Vape atau rokok elektronik memang mengganggu..
Sha tak suka sebab asap dia dua kali ganda lagi banyak dari rokok biasa..

Nyamuk oleh Zaifuzaman Ahmad
Cerita yang sangat ohsem.. Bagaimana simboliknya seekor nyamuk..
Ada pengajaran dan juga teladan.. Kawan makan kawan perkara biasa..
Anasir-anasir yang sentiasa berusaha menghancurkan ada dimana-mana..

Pendekar oleh Helmi Effendy
Memang berjiwa Melayu bila baca cerita ini..
Penuh teka teki dan juga semangat Melayu..
Siapakah musuh sebenar?? Kenalah baca..
Memang takkan terduga dan tak disangka..
Semangat kemelayuan begitu kuat dalan cedita ini..

Alfian dan Dunia Misterius oleh S. Kausari
Cerita yang sangat ohsem.. Semuanya kerana sebuah buku..
Membawa kepada satu penggembaraan yang makin ohsem..
Tragedi berlaku dan Alfian menjadi hero..
Hero dalam erti kata sebenar..
Buku memang sangat menakjubkan..

Kod oleh Syasya Bellyna
Thriller yang ohsem.. Serious.. Sangat ohsem..
Hanya kerana debu, bermacam perkara tak terduga terjadi..
Kalau jadi novel penuh memang sangat mendebarkan..
Mengganggu ritma jantung ketika membaca..
Permainan dan teka teki yang ohsem..

 
Baca pada 20.03.2017
Selesai pada 22.03.2017

Book Donation for Nilam Programme

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa pasal ini dekat blog Ana Fatihah..
Disebabkan buku-buku Sha semua bacaan dewasa..
Maka Sha share dekat blog tanda sokongan buat Syifa..
Pada rakan-rakan yang ada buku-buku yang Syifa nak nie..
Bolehlah contact beliau ye..

http://mylittlepad-syifa.blogspot.com/2017/03/book-donation-for-nilam-programme.html

Mesej dari Syifa.
Assalamualaikum w.b.t
Salam Mesra, Salam Sayang.
How are u today?Hopefully we're all fine and happy with family.

Actually , I ada sedikit permintaan. Kepada Para Blogger yang Baik Hati, I nak minta pertolongan untuk war2 kan dan hebahkan mengenai Program Book Donation I ni.

Book Donation ni dianjurkan bersempena memenuhi keperluan anak2 remaja lingkungan umur 13- 17 tahun (menengah rendah dan atas) untuk Program Nilam, iaitu Galakan Budaya Membaca.

Jadi, kepada rakan2 Blogger sekalian, I dengan rendah hati ingin memohon pertolongan untuk menghebahkan program Book Donation ini kepada sahabat handai rakan taulan adik beradik tuan puan sekalian yang mempunyai buku2 terpakai yang sudah tidak mahu disimpan lagi untuk didermakan kepada anak2 ini.

Antara Kategori Bahan Bacaan Yang Boleh didermakan Termasuklah:


  1. Majalah Berkonsepkan Pendidikan (Asuh, Fikrah, IQ, IT dlln)
  2. Novel Genre Remaja (Yang Positif dan memberi Tauladan)
  3. Buku Cerita (Bersesuaian dengan umur remaja)
  4. Buku Rujukan PT3 dan Latih tubi (Tingkatan 1-3 PT3)
Kalau tak pasti sila tanya/ hubungi I di blog atau email.

Kawan2 Blogger boleh copy post I ni dan Banner di bawah, sharekan di wall masing2. Marilah sama2 beramal dan tambahkan saham akhirat. Mudah-mudahan budak2 ni nanti dapat memanfaatkan buku2 yang disumbangkan dan menambah ilmu pengetahuan.

Macam mana nak derma? Boleh hantar by post atau pun kalau sekitar Lembah Kelang boleh PM alamat mungkin kita boleh arrangekan perjumpaan untuk kutip buku tu. TQ All.

Filem : Spectral (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom tengok filem lama lak..
Filem Spectral nie mengenai fiksyen sains tentera Amerika..
Not badlah pada Sha..

Kalau tak minat perang, better jangan tengoklah..
Sebab citer nie pasal perang..
Cuma perang dia lain sikit..
Diorang berperang dengan entiti seperti roh..
Tapi boleh membunuh tau..
Jangan main-main.. hehehe..

Cerita dia memang menarik..
Mengenai kajian saraf dan akhirnya bertukar buruk..
Kesianlah pada yang jadi bahan uji kaji tu..
Menderita tau..

Selamat menonton ye kengkawan..

 
Kredit gambar : Netflix

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom joint..
Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco
http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
5 pemenang bertuah akan memenangi hadiah daripada Luv.SweetChoco
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017
Email : coklat.funky@gmail.com

Bila Sha Berdating

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (23.03.2017) Sha keluar dating dengan encik suami..
Takde kemana pun..
Just keluar berdua, gi tengok wayang dan makan-makan..

Disebabkan Amani dah masuk sekolah rendah, maka kami punya dating kenalah dibuat pada cuti sekolah.. Bukan boleh suka-suka nak pergi dah..
Sebab Amani sekolah pagi dan petang..
Atleast dapat juga berdating..

Walaupun dah tak kerap macam sebelum ini, tapi still keluar dating..
Ini apa yang Sha amalkan sepanjang perkahwinan Sha..
Tak dapat buat tiap-tiap bulan pun takpe..
Atleast dalam setahun tu paling kurang pun sekali..
Untuk merapatkan lagi hubungan..

Tak semestinya gi tengok wayang macam Sha..
Boleh je buat aktiviti lain..
Terpulang pada masing-masing..
Cumanya, Sha dan encik suami memang suka menonto wayang..
Tu yang kami dating di panggung wayang..
Dua movie kami belasah.. Hehehe..

Enjoy berdua..

Sunday, March 26, 2017

Hadiah Top Commentor Blog Ana Suhana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Hadiah dari Ana Suhana dah sampai..
Terima kasih sangat-sangat pada Ana atas kesudian memeberikan hadiah yang ohsem, meletup kebaboom nie dekat sha..
Teruja tau bila terima parcel..
Tak sangka hadiahnya ohsem bangat..

Bungkusan Pos yang sangat besar..

Ada keronsang, minyak wangi dan cenderahati dari korea.. Cenderahati tu Mirror Bookmark tau.. Sesuai sangat dengan Sha yang ulat buku nie.. hehehe..

Cermin personal..

Beg yang sangat ohsem..

 
Yeah!! Penanda buku dah berjaya digunakan..

TQ so much pada Ana Suhana atas hadiah yang ohsem dan kebababooomm ini..
U guys kalau nak kenal dengan saudari Ana Suhana nie.. jom terjah blog beliau..
Just klik gambar dibawah ini..
https://bajetciputselerabesar.blogspot.my/

Capati Terlajak Sedap

Assalammualaikum..
Hye semua..
Sha jumpa kedai makan best..
Lepas simpang nak ke Sg. Behrang, sebelum Nursery Rozai..
Ini kalau datang dari arah Slim River..
Kalau datang dari Tanjung Malim pula, selepas politeknik..
Penhujung jalan dua menjadi satu, di sebalah kanan..
Faham ke?? Hehehe..
Masa Sha ambil gambar ini, kedai ini belum ada nama or signboard..
Nanti kalau dah ada, Sha update ye..

Kedai ini bukanlah menjual capati sahaja..
Ada juga makanan lain..
Cuma yang menjadi kesukaan Sha ialah Capati..
Lembut dan sedap dimakan..
 
 

 

Hadiah Giveaway Novel Percuma

Assalammualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Hadiah dari Giveaway Novel percuma dah samapai..
Hadiah sampai hari Selasa (22.03.2017) petang..
Teruja tengok bungkusan Flexipack tu..
Terima kasih pada @akusipeminatbuku
Semoga makin murah rezeki beliau..

 
Novel yang bertajuk Bohemian oleh Imaen

Saturday, March 25, 2017

Jalan-jalan Cari Makan #Day3 - Terengganu

Assalammualaikum..
Hye semua..

Persinggahan terakhir di Terengganu sebelum meneruskan perjalanan balik..
Roti Tempayan Gong Balai..
Memang sedap..
Kalau gi Terengganu kena singgah sini..

Shanya feveret kari kambing (RM8.20).. 
Ada kari ayam (RM5.00), daging (RM6.70) ikan (RM4.70) dan kuah kari kosong (RM1.70)

 

 
Ini waktu urus niaga dia ye..

 
Roti Tempayan Kari Kambing (RM8.20)

 
Tengok Kari Kambing dia.. Ohsem kan..

Ini last entry Sha pasal Terengganu..
Memnag tujuannya nak jalan-jalan cari makan..
So kebanyakkannya memang tempat makanlah yang Sha share..
Ini kali kedua Sha datang ke Terengganu..
Ada tempat yang Sha tak pernah pergi..
Ada yang Sha dah pergi dan pergi lagi..
Kalau ada rezeki, pasti berkunjung lagi ke Terengganu..

Jenjalan Cari Kopok Lekor #Day3 di Terengganu

Assalammualaikum..
Hye semua..

On the way kami nak balik baru singgah cari kopok lekor..
Sha beli yang frozen je.. Tahan lama..
Keropok Lekor Tok Beng nie memang popular..
Search je kat Internet mesti ada punya..

Keropok lekor frozen pelbagai jenis..
Ada Jejari biasa, jejari cheese, Cheesy larva, cheesy poppers..

Keropok segera pun ada.. Tapi sha tak beli..

Kaunter kopok lekor yang diorang dah siap goreng..
Kotlah nak rasa dulu sebelum beli yang frozen..

Boleh lepak-lepak santai minum petang sambil makan kopok lekor..

Boleh beli juga yang dah siap goreng..
Sha beli Cheesy Lava, Jejari biasa dan Cheesy Poppers..

Inilah rupa Cheesy Poppers tu..
Memang sedap..

Kaunter untuk kopok kering dan makanan ringan..

Macam-macam ada..

Yang dah siap goreng pun ada..

RM10 sebungkus

RM10 sebungkus

Jenjalan ke Terengganu - Day 3

Assalammualaikum..
Hye semua..

Hari last, bawa anak-anak gi mandi laut..
Mandi dekat Pantai Teluk Ketapang..
Kat sini je air tenang.. Sebab ada benteng batu..
Kalau tak memang tak boleh nak mandi.
Air dia berombak besar tau..

Asyik bawa tengok laut je..
Amani pun bertanya bila nak mandi laut..
Kami amik masa dalam sejam lebih untuk bebudak mandi laut..
Lepas breakfast terus gerak ke Pantai ini..
Dekat sikit dengan Homestay..
So, takdelah amik masa sangat..
Memang seronoklah mereka berendam..

Lepas dah berendam..
Balik.. mandikan mereka..
Kami pun pack barang..
Siap-siap.. amik gambar dekat Homestay..
Terus gerak balik.. Banyak lagi persinggahan sebelum balik..

Pesinggahan pertama dah tentulah beli keropok lekor frozen..
Kami beli dekat Tok Beng.. Memang keropok nie feveret Sha..
Sebab ada cheese dalam dia.. Ohsem ok..
Singgah juga dekat Keropok Lekor Kelulut, tapi tak belipun..
Orang punyalah ramai.. Malas nak beratur.. Hehehe..

Kemudian terus gerak pergi Gong Balai..
Mahu makan Roti tempayan kari kambing..
Teringa-ingat tau..

Lepas makan terus keluar highway LPT.. Sebab nak cepat..
Ada persinggahan terakhir iaitu My Mama Nasi Kukus..
Kali ini nak tapau je.. MIL Suka sangat Nasi Kukus nie..

Lepas tapau terus gerak balik.. singgah sekejap dekat genting sempah isi minyak..
Masuk batang kali.. terus gerak sampai rumah..
Alhamdulillah selamat sampai jam 11.00malam..

Bergambar depan homestay..
Semua pakai baju baru.. Baju Terengganu..

 
Breakfast dulu sebelum gi mandi..
 
 
Mandi manda mereka..
Tempat mandi nie dekat Uptown Dapur Patah..
Tempat makan menggunakan kontena..
Buka sebelah malam je..
 
 
Nampak tak benting batu tu..
Barulah ombak tak kuat..

Alhamdulillah.. selesai sudah perancangan pertama untuk tahun 2017..
Semoga perancangan seterusnya dipermudahkan..

Friday, March 24, 2017

Jalan-jalan Cari Makan #Day2 Di Terengganu

Assalammualaikum..
Hye semua..

Makan malam kami..
Untuk hari kedua ialah Berger..
Berger dia ohsem okay..
Bukan sebarang berger..
Memang puas hati kalau makan.. 

Kami beli bungkus dan makan di rumah..
 
Nampak tak betapa meriahnya..
Salad, tomato dan kacang panggang..
Sos cili, mayonis..

 
Ini berger kambing..
Memang sedap..

 
Kedainya tepi jalan sahaja..

 
Tu ada no fon..

Jalan-jalan Cari Makan #Day2 - Terengganu

Assalammualaikum..
Hye semua..

Aktiviti hari kedua.. Berusaha mendapatkan makanan laut celup tepung..
Kali ini kami ke Kedai Pok Nong..
Memang makanan laut dia segar-segar..
Sotong tu dia goreng seekor-sekor tau.. Kita kerat sendiri..
Tapi kalau pergi cuti sekolah, silalah bertabah ye..
Punyalah ramai orang beratur..
Sha kena beratur sejam suku baru dapat membeli..
Betapa ramainya umat manusia.. Memang kena sabar..
Kalau tak sabar sila jangan beratur..

Kami tak makan dekat situ sebab anak-anak tidur..
Nak lagi best, better makan dekat situ..
Memang terbaiklah..

 
Punyalah panjang orang beratur..

 
Ramai betul umat manusia nak makan Celup-celup tepung ini..

 
Itulah dia Pok Nong nye..
Yang tengah mengira tu..
Dia letak je setalam udang.. Tak sampai 1 minit, habis.. hehehe

Sebelah sini bakar satar..

 
Tangkapan pada petang yang ohsem..
Ikan kembung celup tepung 4 ekor RM2.50 seekor (RM10.00)
Udang galah 12 ekor.. 3 ekor RM5 (RM20.00)
Sotong 4 ekor.. RM42.00

Jenjalan Cari Makan #Day2 di Terengganu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lunch hari kedua dengan Nasi Ayam Yunnan..
Lokasi dekat Medan Selera Batu Burok..
Memang ohsem dan terbaik..
Sedap tau.. Nasi dia best..
Ayam dia sedap.. Sayur baby kailan dia pun ohsem..

Gambar ini dari Facebook Nasi Ayam Yunnan..

Nasi Ayam 6 set..
Sayur Baby Kailan besar 1
Sayur taugeh besar 1

Inilah set seorang makan..

Ini senarai harga..

Lepas makan nasi ayam gi cari anggur nie..
Nampak tak betapa segarnya anggur nie..
Rangup, manis dan ohsem..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI