Tuesday, January 31, 2017

Bila Saudara Datang Bertandang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti Tahun Baru Cina kemana??
Sha balik umah Abah di Ayer Tawar..
Ada saudara dari Melaka nak datang..
Abah dah call dua, tiga kali ingatkan..
Walaupun kaki sakit dan tak kuat..
Balik tetap balik.. Cuti lama kan..
Hari Jumaat Sha dah start cuti..
Sha gi berubat di Batu Gajah..
Kemudian jenguk rumah kat Ipoh..
Baru gerak balik rumah abah..
Malam tu dalam pukul 10 lebih saudara dari Melaka sampai..
Meriah rasanya rumah bila sepupu-sepupu Sha, Mak sedara dan anak buah berkumpul..

Sabtu pagi lepas sarapan, adik bongsu Sha bawa mereka jenjalan di Pulau Pangkor..
Malam baru sampai rumah..
Malam tu sepupu Sha masakkan Asam Pedas Ayam..
Melaka dan Asam pedas berpisah tiada..
Jangan marah ye.. hehehe..

Ahad pagi kami main masak-masak..
Gi pasar cari lauk untuk masak tengahari..
Malangnya tak banyak pilihan..
Beli ikan pari dan sotong je..
Ikan pari buat asam pedas..
Sotong lak buat sambal..
Lepas lunch beramai-ramai, mereka pergi mandi laut di Teluk Batik..
Pergh!! Jem dan sesak..
Malam pukul 10 baru sampai rumah..
Sambung pula aktiviti BBQ..
Memang syoklah.. Makan ramai-ramai..
Bersembang sampai lewat malam..

Isnin lepas lunch, kami ke Lumut..
Mak sedara dan sepupu nak beli hasil laut..
Lepas memborong, lepak makan cendol dan ABC yang tak berapa best di Marina Wing..
Kemudian mereka gerak balik Melaka..
Dalam pukul 2 pagi camtu baru mereka sampai rumah..

Cuti yang memang ohsem dan best..

Bila Saudara Datang Bertandang
BBQ time..
Sepupu Sha perap ayam tu pakai
Serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, kicap manis, gula, sos tiram dan garam..
Pergh!! Marvolous..

Bila Saudara Datang Bertandang
Jom.. jom bergambar dulu..
Masing-masing sebok mengemas..
Bersiap dan bersembang..

Bila Saudara Datang Bertandang
Sesi bergambar sebelum berpisah..

Ceritera Cinta oleh Syah Shah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritera Cinta adalah Kompilasi Cerpen dan Mini Novel oleh Syah Shah..
Sha beli direct dengan penulis..
Buku siap ada tandatangan penulis..
Dalam ini ada 2 cerpen, 2 mini novel, 1 cerpen bonus dan 2 cerpen sambungan dari novel sebelum ini..
Memang berbaloilah..

Yang Lebih Indah (cerpen)
Cerpen yang ohsem.. Walaupun pendek je, tapi maksudnya sampai.. Yang lebih indah.. 

Si Mamat Jambu (cerpen)
Cerpen yang sangat comel.. Rush dan Amal.. Dua watak yang ohsem.. Memang boleh buat pembaca tersengih-sengih.. hehehe..

Awek Pisang Goreng 2 (sambungan novel tajuk sama)
Sambungan dari novel.. Kisah selepas berumah tangga.. Tolak ansur antara suami dan isteri..

Isteri Soleh, Suami Solehah (mini novel)
Citer yang sangat sempoi dan Ohsem.. Bagaimana perempuan keras berkahwin dengan lelaki lembut.. Serta hubungan kekeluargaan..

My Slurpee Slurpee! (mini novel)
Alahai sweet amat citer nie macam air Slurpee.. Hahaha.. 

Lelaki Sedingin Dia 2 (sambungan novel tajuk sama)
Yang ini Sha skip baca sebab Novel Lelaki Sedingin Dia tak baca lagi..

Jimmy & Boleh (cerpen bonus)
Cerpen mengenai realiti.. Tak semua kita nak kita dapat.. Kadang-kadang kita perlu terima hakikat hidup ini tak mudah.. Memang simple habis cerpennya..

Ceritera Cinta oleh Syah Shah
Start baca pada 29.01.2017
Selesai baca pada 30.01.2017

Monday, January 30, 2017

Kompilasi Travelog : 7 Benua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi Travelog : 7 Benua
Ditulis oleh Badrul Hisham, Ida Yunus, Meor Farid Asyradi, Nazri Arshad, Nordin Yahaya, Rafiee Ghani, Siti Noridah, Wazari Wazir.

Buku ini Sha dapat sebagai hadiah GA..
Buku yang mengisahkan mengenai perjalanan ke negara luar..

Badrul Hisham - Lembah Mati California, Amerika Syarikat
Mengisahkan pengalaman beliau semasa ke Feather Valley..
Memaparkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca..

Nordin Yahaya - Refleksi Machu Picchu (Cusco, Peru)
Catatan yang mampu membuatkan pembaca rasa kagum dengan keajaiban Machu Picchu.. Sha turut tertawan dengan gambar dan penerangan mengenai Machu Picchu ini.. Ohsem sangat..

Ida Yunus - Gigi oh Gigi...Kenapa Engkau Sakit (Ulaanbaatar, Mongolia)
Ngeri owh.. Berjalan di negara orang dalam keadaan gigi sakit.. Perkonsiang yang semua orang patut tahu bila nak travel..

RAFIEE Ghani - Enam Kali Yasin (Maghribi, Morocco)
Perkongsian pengalaman yang paling indah dan menginsafkan.. Bagaimana kekurangan manusia lain memberi kesedaran pada kita.. Perjalanan yang indah..

Nazri Arshad - Pasti Ada Hikmah Disebalik Yang Terjadi (Hanoi, Vietnam)
Pengalaman yang sangat berharga.. Mengembara dengan kewangan yang terhad dan tempoh waktu yang suntuk.. Penerangan mengenai Nem, sejenis popia tempatan.. 

Siti Noridah - Perjalanan Gilgit ke Chitral, Pakistan
Perkongsian perjalanan ke Mastuj dari Gilgit.. Perkonsian ringkas mengenai perjalanan yang panjang.. Pada akhir catatan ada sesuatu yang juga berjaya membuat Sha berfikir.. Macam amanah manusia yang mewah tidak mampu bersyukur seperti mereka yang tidak mewah tapi mampu tersenyum dan berpuas hati..

Wazari Wazir - Saint Petersburg, Aku Datang ( St. Petersburg, Rusia)
Penerangan mengenai perjalanan sebaik sampai di airport menuju ke tempat penginapan.. Berada di negara orang kita memang kena berhati-hati dan peka keadaan sekeliling..

Meor Farid Ashrafi - Oh, Malaishia... (Xining, China)
Perjalanan melihat kawasan xining di China secara berkumpulan..

Kompilasi Travelog : 7 Benua, review
Baca pada 27.01.2017
Tamat pada 29.01.2017

Resepi Asam Pedas Melaka

Assalammualaikum..
Hye semua..

Suka makan asam pedas??
Tak suka pun tak apa..
Boleh baca je entry ini..
Sha memang peminat Asam Pedas..
Tapi tak pandai sangat masak..
Selalu kalau nak makan memang gi ke Melaka..
Atau pun kirim kat Encik Suami kalau dia outstation ke Melaka..

Resepi Asam Pedas ini dari sepupu Sha kat Melaka..
Memang mantap dan sedap..
Sini Sha sharekan resepi..
Tutorial lain kali ye..
Terlupa nak amik gambar masa sepupu Sha masak..

Resepi Asam Pedas
Bawang besar
Bawang Merah
Halia
Bawang putih
Lada hitam
Serai
Cili giling
Minyak
Air asam jawa
Bahan-bahan kat atas ini main agak-agak je kuantiti dia.. Tak ada kuantiti khas.. Ikut citarasa masing-masing..

Sayur ikut nak masak asam pedas apa..
Ayam/daging pakai kentang
Ikan pari/selar/parang pakai bendi@terung dan tomato

Cara memasak
Tumbuk bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.. kemudian baru masukkan lada hitam.. lada hitam tak nak halus sangat..
Panaskan minyak.. masukkan bahan tumbuk tadi.. goreng bagi wangi, masukkan cili giling.. Masak sampai cili garing.. masukkan ikan/ayam dulu.. Dah agak separuh masak, masukkan air asam jawa.. Air asam jawa ikut kuantiti ikan/ayam.. Biar mendidih sampai pecah minyak.. Dah siap..

Tips memasak..
Kalau pakai ayam atau daging kena bubuh serai.. daun limau ikut suka.. nak bubuh boleh.. tak bubuh pun takpe.. Ikan xyah buh serai pun takpe..

Main Teng Teng di Kampung

Assalammualaikum..
Hye semua..

Jom main teng teng.. Bila sesekali balik kampung.. Cengginie lah aktiviti mereka bila di kampung.. Seronok bermain dilaman umah atok.. Yang buatkan tengok tengok nie Encik Suami.. Jangan hilang ditelan arus pemodenan..

Main Teng Teng di Kampung
Seronok sungguh mereka..

Main Teng Teng di Kampung
Tak tunggu giliran langsung..
Dua-dua nak jalan sekali..

Sunday, January 29, 2017

Limau Bali

Assalammualaikum..
Hye semua..

Balik kampung jenguk pokok Limau Bali ini dulu.. Sha memang tak sangka masih berbuah.. Yelah usia pokok ni dah lama kot.. Masa zaman Sha kecik-kecik lagi pokok ini dah besar ini tau.. Tapi Alhamdulillah.. Sampai sekarang masih berbuah.. Buahnya pun Alhamdulillah, cantik-cantik.. Isi pun masih manis..

Ini antara salah satu buah kegemaran Sha.. Kupas kulitnya, bubuh dalam peti ais bagi sejuk.. Kemudian makan depan tv @ sambil baca buku.. Pergh!! Memang tak merasalah orang lain.. hehehe.. Sedap tau..

Limau Bali

Limau Bali

Limau Bali
Buah yang tinggal..
Banyak dah bagi orang..

Lazada Outdoor Clothes Hanger

Assalammualaikum..
Hye semua..

Baru-baru ini Sha tolong Encik Suami shopping di Lazada.. Beli barang yang Encik Suami target.. 

Dalam banyak-banyak tu, ada satu barang yang Sha rasa best.. Outdoor Clothes Hanger.. 
Memang mudah sangat nak pasang.. Barang sampai dalam keadaan okay.. Buka je plastik.. Terus pasang..

Lazada Outdoor Clothes Hanger
Sha beli pada 24.01.2017..
Barang sampai pada 26.01.2017..
Cepat kan.. Sebab stock ada agaknya..
Kalau lambat tu biasanya stock tak ada..

Lazada Outdoor Clothes Hanger
Senang gak pasang ampai nie..
Tak sampai 10 minit pun..
Abaikan gangguan tepi gambar tu ye..

Musim Hujan di Awal Tahun

Assalammualaikum..
Hye semua..

Musim hujan kat tempat Sha.. Sesetengah negeri dah banjir..
Sama-sama kita doakan keselamatan saudara kita yang menghadapi ujian..

Musim-musim hujan nie.. Baju lambat sikit kering.. Ye dak.. Disebabkan kaki payah nak turun naik tangga bawa barang.. Maka tak adalah ke dobi.. Cara paling mudah nak bagi baju cepat kering cam kat gambar bawah ini..

Korang pula, buat macam mana??
Tempat korang hujan tak..?

Musim Hujan di Awal Tahun
Pasang kipas dan halakan kat baju..

Musim Hujan di Awal Tahun

Saturday, January 28, 2017

Hadiah Giveaway Planner & Calendar

Assalammualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Hadiah dah selamat dipos pada 26.01.2017..
Harapannya sampai pada pemenang seawal 27.01.2017..

Yeah!! Ada yang beri maklum balas dah terima..
Lega rasanya..
Tapikan sedih lah juga..
Ada seorang pemenang tak respon pun..
Takpelah.. Mungkin bukan rezeki beliau..

Terima kasih sekali lagi pada yang joint GA Sha..
You guys memang Ohsem!!! 

Hadiah Giveaway Planner & Calendar
Hadiah sampai pada 27.01.2017

Hadiah Giveaway Planner & Calendar
Hadiah sampai pada 27.01.2017

Hadiah Giveaway Planner & Calendar
Hadiah sampai pada 27.01.2017

Tinggal seorang je lagi belum update mengenai hadiah..
Maybe lepas cuti kot baru sampai..

Rawatan di Bomoh Patah Batu Gajah, Perak - #2

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sampai je, semerbak bau ubat cina..
Kali ini Sha sampai lagi lewat..
Dapat no 80.. Hahaha..
Keyakinan yang urusan perubatan berjalan cepat..
Nak sihat kan.. Kena sabar..

Sampai lebih kurang pukul 11 lebih rasanya..
Menanti dengan sabar bersendirian..
Encik Suami dengan anak-anak tunggu dalam kereta..
Selamat
Kaki Sha dah makin kuat untuk berjalan..
So gi sendiri jelah..

Alhamdulillah.. Ada perubahan pada kaki Sha..
Kita berusaha.. Allah yang menyembuhkan..
Pukul 12.40 baru settle.. Hehehe..
Masa dia tekan kaki Sha bagi lurus tu, rasa cam nak tendang dia je.. Hahaha..
Sakit oi... Tapi sabarlah kan..
Kata nak baik..
Dia suruh buat exercise tu dua minit setiap sejam..
Sha buat ikut dan je.. Hahaha..
Kena lagi rajin nie..

Kena datang lagi nanti..
Kita tengok dulu macam mana..
Kalau dah okay.. Tak pergilah kot..

I'm A Backpacker : Europe oleh Khairul Abdullah

Assalammualaikum..
Hye semua..

Lama dah buku nie dekat Sha..
Hadiah giveaway dari Linda tuan tanah Blog Nota dan Kopi..
Ini hadiah dari Giveaway Kedua Blog Nota dan Kopi.
Baru berkesempatan nak belek dan menelaah..

Pada yang nak jenjalan ke Europe, Sha cadangkan buku ini..
Dalam ini ada banyak tips dan panduan..
Malah penulis juga menerangkan dengan terperinci mengenai Europe..
Ada diterangkan mengenai benua Eropah - Schengen Area, musim, cuaca, suhu, bahasa, budaya dan acara-acara besar..

Memang menarik..
Sangat ohsem.. Mengenali negara Eropah melalui buku..

Memang Sha cadangkan buku ini untuk kengkawan..
Untuk Sha pula, sekadar bacaan sahajalah..
Tak tau bilanya nak ke Eropah tu..
Fobia pun tak hilang lagi..

Selain dari buku ini, kengkawan boleh ke laman web beliau :- Khairul Abdullah

I'm A Backpacker : Europe oleh Khairul Abdullah
Sha baca dan selesai pada 27.01.2017
Cepat sebab buku ini banyak gambar dan tips..
Kajilah membaca.. hehehe..

Friday, January 27, 2017

Cerita Seram Komedi - Mak Lampir

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha nak share dengan korang..
Cerita ini asalnya cerita seram..
Tapi penulis ini berjaya membuat pembaca ketawa apabila membaca perkongsian beliau..

Sha terjumpa cerita ini masa scroll Facebook..
Cerita ini dikongsi di Fiksyen Shasha
Tajuknya Mak Lampir..
Ada tiga bahagian
Mak Lampir
Mak Lampir 2 : The Origin
Mak Lampir 3 : Saying Goodbye

Cerita dia memang kelakar..
Seram tapi kelakar tau..
Trylah baca..
Memang boleh buat korang gelak-gelak..

Selamat bergelak ketawa guys..

Oishi Mini Mooncakes

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teringin nak makan Moocakes??
Sha ada kawan yang buat Mooncakes..
Owh ya, ini bukan review berbayar ye..
Sekadar perkongsian untuk memajukan perniagaan Orang Melayu..

Kalau korang berminat nak order..
Boleh add Facebook Nasyrah Mansor
ataupun WhatsApp di 019-4445007

 
Mini Mooncakes
Flavour yang ada ialah:-
Premium Red Bean
Durian
Chocolate
White Coffee
White Lotus
Portugese Custard

 
Memang seal dengan baik okay..
Beli Mooncake dapat Tuppurware..

 
Moon cake buh dalam kotak comel ini..

 
Ini Mooncakes Sha.. Sha beli
2 pcs Premium Red Bean
2pcs Chocolate
1pcs White Lotus
1pcs Portugese Custard

Sasaran Kerja Tahunan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengah buat apa tu??
Sasaran Kerja Tahunan dah isi ke??
Apa perancangan untuk tahun 2017 ini??
Sha masih lagi belum update baru 'copy paste' tahun lepas punya..
Buat siap-siap.. Katanya nanti nak disemak ujung bulan 2..

Buat sikit-sikit perancangan kerja untuk tahun 2017 ini..
Lama-lama siaplah dia.. Ye tak..

Apa mende Sasaran Kerja Tahunan ini?
Untuk pekerja kerajaan mesti tahu kan..
Setiap awal tahun kita kena merancang kerja yang akan dilakukan untuk tahun semasa..
Selalunya tambahan aktiviti bila hujung tahun..
Sebelum hantar SKT ini sekali dengan LNPT..

Kalau awal-awal tahun ini biasanya sama je macam tahun lepas..
Cuma aktiviti ataupun projek je yang kena difikirkan..
Tahun ini Sha macam tak rajin sangat nak buat aktiviti..
Rasa cam malas je.. Hahaha..
Tapi biasalah awal tahun..
Enjin tak panas lagi..

Tapikan bulan 3 Library tempat Sha ni kena buat Program Galakan Membaca..
Tak taulah nak buat aktiviti apa..
Masih difikirkan lagi..

Jomlah kita fikir sama-sama.. hehehe
Psst.. Sha cuti hari ini.. Sambung rawat kaki..
Doakan Sha ye kengkawan..

Thursday, January 26, 2017

Rawatan di Bomoh Patah Batu Gajah, Perak

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha jatuh motor last week..
Pastu lutut Sha cam problem..
Kaki tak boleh nak tegak dan bengkok..
Usaha yang ketiga Sha dalam nak memulihkan semula kaki ialah ke Bomoh Patah nie..
Sebenarnya bukanlah bomoh, tapi Tabib Cina..
Punyalah ramai orang.. 
Ada juga yang macam Sha..

Tapi memang berbilang kaum..
Cina, Melayu dan India.. Muhibbah okay..
Sha sampai da nak dekat pukul 11..
Jadinya lambatlah giliran Sha..
No 50 tau.. Sabar menunggu.. Gitu..
Kebetulan hujan pula.. Sejuk wei..
Kaki yang sakit pun rasa makin sakit..

Sha pergi hari Selasa (24.01.2017)
Sampai jam 10.44pagi...
Nombor giliran Sha dipanggil pada jam 11.12pagi..
Rawatan untuk Sha selesai jam 11.20pagi..

Tabib tu tengok je dia cakap..
Ini masalah sendi...
Kena luruskan kaki.. Bengkok-bengkok..
Kalau tak nanti tak boleh cangkung..
Lepas tu kaki akan cacat bila jalan..
Lutut tu akan timbul.. 
Ngeri tau bila dengar dia cakap..

Dia dah cakap dan terang apa masalah dan apa yang Sha perlu buat, pembantu dia datang tampal ubat..
Bau ubat dia.... 
Pergh!!! Memang menusuk ke hidung...
Hahahaha.. Nak baik, kena tahanlah..

Dengan izin Allah, lepas je dia bubuh ubat tu Sha dah boleh jalan sendiri..
Tak payah paut-paut encik suami..
Lutut pun kurang sakit dari sebelum tu..
Alhamdulillah.. dengan izin Allah..
Jumaat kena pergi balik untuk buka balutan ubat tu..

Mandi tak boleh bagi balutan tu kena air..
Nampak gayanya mandi ala kadar je lah..
Takpe.. Takpe.. Nak baik kan..
Kenalah berkorban sedikit..
Bayaran?? Sha kena RM43.00

Usaha.. Usaha.. Usaha..
Dengan izin Allah, sembuhlah nanti..

 
tu lah tabib yang mengubat..
Yang perempuan tu, asisstant dia..



 
Alamat dan no fon

 
Alamat..

BLOGLIST FEBRUARI BY IRAZULKEFFELE

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint..
http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-februari-2017.html?m=1
Bermula 25 JAN – 30 JAN 2017 dan perserta yang bertuah untuk menceriakan ruangan bloglist februari akan diumumkan pada 31 JANUARI 2017

Kursus Awal Tahun

Assalammualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Walaupun baru berapa minggu berkerja Sha dah berjaya mengumpul 3 hari kursus..
Harapnya berjayalah Kursus tanpa perlu pergi jauh-jauh..
Zaman tengah gawat-gawat nie payah kalau kena kursus jauh-jauh..

Kursus yang first buat dekat Perpustakaan je..
Kursus Pengurusan Fail Pentadbiran Perpustakaan - 2 hari..
Yang satu lagi tu bahagian pentadbiran PSAS yang buat..
Kursus Penyediaan Fail Meja - 1 hari je..

Tinggal lagi 9 hari je Kursus yang perlu dicari..
Awal-awal ini memang kena merancang kursus..
Perpustakaan Negara Malaysia pun belum mengeluarkan senarai kursus..
Kalau tak ada juga memang Sha pergi dekat INSTUN jelah..
Senang, dekat dan tak payah nak keluar duit banyak..

Kawan-kawan dah ada yang pergi berkursus ke??

Pengalaman Berurut

Assalammualaikum..
Hye semua..

Kaki Sha masih lagi tak Okay..
Isnin dah nak kena kerja..
Petang Ahad baru sebok nak cari tukang urut..
Hahaha.. Mujurlah zaman teknologi..
Search je dekat Facebook..
Jumpalah nombor telefon tukang urut..
Sha jumpa tiga nombor..
Dua tak wujud dah..
Mujurlah nombor terakhir masih ada..

Setelah bersembang dan bersoal jawab..
Makanya temujanji pun dibuat..
Esok (23.01.2017-isnin) Sha akan pergi berurut..

Alahai.. ingatkan dia urut kaki..
Sekali dia urut satu badan..
Urut urat saraf bagi pulih..
Kaki masih lagi sakit..
Tapi badan Sha rasa ringan..
Lega wei.. Dah lama tak berurut..
Urutan satu badan selama 1 jam hanya RM70 je..
Memang berbaloi..

Kalau korang ada dekat-dekat dengan Behrang 2020, dan teringin nak berurut bolehlah call Mama Ains di 014-224 0892.. Kedai Mama Ain dekat Behrang 2020, bersebelahan dengan kedai gunting rambut.. Kedai yang mengadap Masjid Biru..

Wednesday, January 25, 2017

Planner & Calendar Pejabat

Assalammualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Tahun nie masih dapat Planner & Calendar PSAS..
Bukan apa.. Budget dah makin kurang..
Banyak peruntukkan yang dipotong..
Ingatkan tak adalah Calendar & Planner dah..
Rupanya ada lagi..
Cantik juga design kali ini..
Simple dan menawan..

Pejabat kengkawan ada buat ke Planner & Calendar rasmi nie?

Inilah dia Planner & Calendar tu..
Cantik la pada mata Sha..
Abstrak tau..

Dalam Planner tu ada ruangan kotak-kotak kosong untuk setiap bulan..

Ada tarikh cuti-cuti umum..

Yeah!! Ini yang best..
Ruangan untuk menulis..

Ini pula paparan untuk Calendar..
Simple je..

Perjalanan Sebagai Seorang Blogger

Assalamualaikum..
Hye semua..

https://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-blog-baru.html?m=0 
Tempoh segmen berlangsung
13 Januari 2017 hingga 13 Februari 2017

 Perjalanan sebagai seorang Blogger
Sha pun tak sangka akan berkecimpung dalam dunia penulisan blog ini.. Sha tak ingat apa yang mencetus Sha untuk buat Blog ini.. Tapi memang permulaannya sekadar nak mencoret kisah si kecik Amani.. Sebab tu nama Blog ini KasihkuAmani.. Tetapi lama kelamaan isi kandungan blog ini mula berubah seiring dengan peningkatan usia Sha..
Banyak Sha belajar dan makin banyak Sha jumpa perkara baru.. Dua tahun kebelakangan ini Sha semakin rajin update blog. Sha rasa blog sangat berguna pada pembaca.. Sebab dalam blog ada macam-macam perkongsian yang pembaca boleh dapat.. Google je.. Keluarlah macam-macam entry..
Kebetulan pula Sha terfikir kenapa tak Sha share perkara yang Sha suka macam tempat makan, makanan best, resepi mudah, novel yang Sha baca, Drama yang Sha tonton dan macam-macam lagi info menarik untuk paparan di Blog.. Maka berubahlah dari sekadar ingin bercerita mengenai Amani kepada bermacam-macam perkara..
Alhamdulillah, tahun lepas juga Sha berjaya memperolehi sedikit pendapatan dari Blog Sha yang biasa-biasa ini.. Review produk, menang contest dan giveaway..
So blog masih lagi releven tau.. Majulah blogger untuk blog.. Hehehe..

Sha telah ditag oleh Mai yang comel..
Aci tak nak tag Mai balik.. hahaha

Tag sahabat

Keluang Man Masih Relevan

Assalammualaikum..
Hye semua..

Siapa peminat animasi Keluang Man?? Sep sikit.. Sha memang minat.. Tak sangka bila TV9 mainkan semula, anak-anak Sha pun minat juga.. Keluang Man ini setiap hari, jam 7.00 malam di TV9..
Paling best lagu tema dia.. Legend owh.. Mengimbau kenangan masa zaman kanak-kanak.. Hahaha..

Keluang Man Masih Relevan
Tengoklah betapa seronoknya mereka menonton Keluang Man..

Jom layan lagu Keluang Man..

Keluang Man - Krisya (OST Kluang Man) 

Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yg tiada upaya

Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara
Dialah satria

Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia

Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera

Keluang man 3x

Segmen Ice Breaking by Mellya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint segmen ohsem nie..
http://mellyacrayola.blogspot.my/2017/01/segmen-ice-breaking-version-10-by-mellya.html
Start : 24th January 2017
End : 31th January 2017

Facebook : Sha Mohamed
Instagram : kasih_shadz
Twitter : shadzul
Wattpad : shahida_amani
Goodreads : Shahida Dzulkafli

Entry pasal diri Sha pula, boleh baca kat sini:-
Day 1 - Cabaran 5 Hari Blogging : Siapa Anda ?
Cabaran 7 Hari Blogging - #1 Kenapa buat Blog?
 
Kalau korang nak tau.. Sha memang sangat suka pada buku...
Dalam blog Sha nie banyak review pasal buku dan juga penulis..
Selain dari itu.. Sha juga sangat suka Drama Korea dan Rancangan Realiti Korea..

Wordless Wednesday Special #20

Assalammualaikum..
Wordless Wednesday Special #20

Tuesday, January 24, 2017

Pudina Cinta oleh A. Darwisy

Assalammualaikum..
Hye semua..

Jangan tertipu dengan tajuknya...
Bukan cerita cinta biasa tau..
Banyak yang dikupas dalam novel ini..

Sha punya pengharapan masa mula membaca novel nie..
Tapi jujur Sha cakap apa yang Sha harapkan tu melebihi..
Ingatkan Sha hanya akan dihidangkan dengan kisah cinta biasa tapi Sha tersilap..

Banyak kupasan yang dibuat oleh penulis ini..
Dalam cinta ada juga diselitkan perkara mistik..
Hubungan antara anak dan mak ayah..
Hubungan persahabatan..
Masalah manusia yang percaya lebih pada perkara syirik bukan Allah..
Melakukan perkara yang menyalahi undang-undang..
Perkahwinan juga dikupas dalam novel ini..

Memang terbaik..
Kawan-kawan mesti puas hati baca novel ini..

Baca pada 21.01.2017
Selesai pada 22.01.2017

Terpilih Untuk Review Novel Baru Ilham Karangkraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa pos ini secara tak sengaja di FB Cik Ilham Karangkraf.. Pos ini menawarkan 3 buah buku kepada 3 orang bertuah untuk direview.. Sha pun tak tunggu, terus e-mail dengan harapan akan terpilih.. Sha e-mail pada 12 Jan 2017 tu juga..
Alhamdulillah.. rezeki.. Sha terpilih.. Sekarang menanti ketibaan buku Penanda Kubur Anira oleh Hafiz Aziz sahaja..

Terpilih Untuk Review Novel Baru Karangkraf
Pos yang menawarkan buku percuma untuk direview oleh Cik Ilham Karangkraf..

Terpilih Untuk Review Novel Baru Karangkraf
Buku inilah yang akan Sha terima.. Buku seram dengan konsep baru.. Nantikan review Sha ye kengkawan..

Terpilih Untuk Review Novel Baru Karangkraf
Sha dapat emel balas dari Ilham Karangkraf pada 20.01.2017 mengatakan yang Sha terpilih.. Alhamdulillah.. Tak sabar nak terima buku..

Pemenang Planner & Calendar Giveaway

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan penyertaan yang tak terduga walaupun tempoh masa yang singkat.. Makanya Sha dengan berbesar hati menambah satu lagi hadiah iaitu planner..

Dan seperti yang dijanjikan..
Berikut ialah pengumuman Pemenang bagi Planner & Calendar Giveaway..

Planner
Pemenang Planner & Calendar Giveaway

Pemenang Planner & Calendar Giveaway

Calendar
Pemenang Planner & Calendar Giveaway

Pemenang Planner & Calendar Giveaway

Pemenang Planner & Calendar Giveaway

Tahniah pada yang menang..
Mohon bagi details seperti Nama, Alamat dan No Fon di e-mail Sha iaitu coklat.funky@gmail.com ye..

Kepada yang tak menang jangan bersedih..
Insya Allah.. Ada rezeki, Sha buat GA lagi ye..
Terima kasih pada semua yang support GA Sha..
Awak semua memang ohsem sangat-sangat..

Monday, January 23, 2017

Suara Tengah Malam oleh Maria Kajiwa

Assalammualaikum..
Hye semua..

Pencarian Adam mencari Liyana membawa Adam ke Melaka..
Ke rumah Mak Minah yang penuh misteri..
Bertemu dengan Soffy, Rafiq dan juga Mazni..

Pelbagai misteri mula terungkai satu persatu..
Kehilangan yang menjadi misteri..
Suara nyanyian yang juga menjadi misteri..
Rumah yang sangat usang dan misteri..

Novel ini memang ohsem..
Sha suka isu yang disentuh..
Kesetiaan seorang isteri dan kesungguhan seorang suami..
Sikap masyarakat yang tidak mahu membantu masalah kejiranan..
Hubungan persahabatan yang saling membantu..
Banyak isu yang dikupas dalam novel ini..

Baca dan selesai pada 20.01.2017

Suara Tengah Malam oleh Maria Kajiwa

Tutorial Sup Sayur

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sup sayur paling simple dari Sha..

Tutorial Sup Sayur
Bahan-bahannya..
Sayur sawi bunga (biasanya Sha dah siap potong cengginie, pastu simpan dalam peti ais.. petang balik kerja basuh terus masak)
Telur sebutir
Bawang merah, bawang putih dan cili merah dihiris..

Tutorial Sup Sayur
Panaskan periuk yang dah dibubuh air..
Sha kalau masak sup sayur memang tak tumis..
Guna air je.. hehehe..

Tutorial Sup Sayur
Setelah air mendidih, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili merah yang dihiris..

Tutorial Sup Sayur
Kemudian baru masukkan sayur sawi..
(Feveret Sha sawi bunga nie.. sebab sayur sawi nie manis.. tak macam sawi panjang tu..)

Tutorial Sup Sayur
Setelah sayur agak masak, baru pecahkan telur..
Dah siap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI