Friday, December 8, 2017

Drama Mandatori di Astro First

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi buku Ramlee Awang Murshid telah diadaptasi menjadi drama.. Pelakon yang membawakan watak Carlos ialah Aeril Zafril.. Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini..

"UNDANG-UNDANG CARA AKU!" DRAMA MANDATORI, DIINSPIRASIKAN DARIPADA KARYA NOVELIS THRILLER NO.1 MALAYSIA, RAMLEE AWANG MURSHID... BAKAL DISIARKAN 14 DISEMBER INI DI ASTRO FIRST.

Pastikan anda jangan ketinggalan untuk menonton drama MANDATORI sebuah siri mini crime thriller dibintangi oleh pelakon yang tidak asing lagi, Aeril Zafril, Siti Saleha, Alvin Wong dan Iedil Putra, akan bersiaran hanya di Astro First & Astro On Demand pada 14 DISEMBER 2017.


Sinopsis Drama Mandatori Astro First

Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

6 comments:

  1. Thanks for sharing! Kalau sudi,jom join segment Hana :D

    http://pululudreams.blogspot.my/2017/12/segment-friendly-by-hana.html

    ReplyDelete
  2. Wah! mesti nak tengok ni.
    Minat karya RAM tapi Mandatori tak baca pula huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Takut plak baca sinopsis pendek ni. haha

    ReplyDelete
  4. Wahhh ada lagik adaptasi.. Kena tengok ni.. Mesti best.. NOvel dia x baca agik..

    ReplyDelete
  5. ala...MV takda astro huhu..melepas lah tgk tapi aeril memang sesuai utk watak tue

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..