Monday, October 23, 2017

Filem Melayu | Yasmine (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini memang ohsem..
Sha tengok dekat TV2
Yasmine adalah filem produksi internasional yang pelakon dan kru filmnya berasal dari Brunei Darussalam, Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Australia, dan Polandia.

Rupanya drama ini diterbitkan dah lama..
Tahun 2014..
Ditayangkan di TV2 pada Sabtu (21.10.2017) baru ini..

Kisah pasal Yasmine..
Seorang anak gadis yang jatuh cinta dengan Adi.. Pesilat antarabangsa..
Namun Adi berkawan dengan musuh Yasmine, Dewi..
Maka Yasmine ambil keputusan untuk masuk kelab silat bersama kawan dia Adi dan Nadia..
Yasmin belajar silat ini tanpa pengetahuan ayah dia Fahri tapi akhirnya ayah dia tahu juga..
Masa kejohanan Silat, Yasmine telah melakukan jurus yang berbahaya dan mencederakan pihak lawan serta berjaya membawa kumpulan dia ke final..
Tapi malangnya kawan-kawan Yasmine tidak bersetuju dan mereka bertengkar..
Yasmine juga telah bertengkar dengan ayah dia..
Masa ini barulah rahsia terbongkar mengenai ayah Yasmine dan silat..
Rahsia apa ye? Kenalah tengok..

Sha suka sebab cerita dia lain dari biasa..
Mengenai silat,persahabatan dan hubungan kekeluargaan..
Sesuai ditonton bersama anak-anak..
Imani tengok cerita ini bersama Sha..
Memang menonton sambil menjawab soalan Imani.. Hehehe..

Kalau nak tengok boleh klik link INI.

Pelakon-pelakonnya ialah Liyana Yus, Nadiah Wahid, Arifin Putra, Aryl Falak, Reza Rahadian, Carmen Soo, Dian P. Ramlee, Nabila Huda, Roy Sungkono, Agus Kuncoro, Mentari De Marelle, M. Nasir, Jazz Hayat, Lim Ching Miau, Soo Wincci & Maharasyi..

9 comments:

  1. saya tgk part last jer..hahaha sebab layan bola

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a.. masa filem ini ada bola live kan.. Sha tak minat bola.. hehehe

      Delete
  2. Selamat hari isnin sis Sha

    Semoga urusan kita minggu ni Allah permudahkan semuanya

    Amin


    Layan drama nampak

    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan nie.. terbuka tv2 dan tertengok.. hehehe

      Delete
  3. Oh, drama baru ni.. Lea bukak siaran drama ni tp x tgk.. hehe

    ReplyDelete
  4. rtm selalu jugak tayang citer best, tapi tulah x dapat exposure.thanks share!

    ReplyDelete
  5. Sekarang sejak ada Astro mmg jarang tgk TV2... hakak kalau nak tgk drama kena tengok pelakon dia Sha.... Kalau terkenal dan hakak suka baru hakak layan hihi

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..