Perkongsian Ilmu (Ejaan) - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, September 15, 2017

Perkongsian Ilmu (Ejaan)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini.
Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri. Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul. Indahnya bahasa kita.

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian - Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔
19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔
21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔
60. murtabak❌martabak✔

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi  ke-4.

6 comments:

  1. Yg ejaan tu byk juga Yg slalu kita guna dlm ayat.. Rupanya slh

    ReplyDelete
  2. Sha ni cikgu bahasa melayu ke?

    Mama baca sejak 2 menjak ni banyak tajuk bahasa

    ReplyDelete
  3. wahhh dapat ilmu baru kali ni. tq!

    ReplyDelete
  4. betul tu sya byk mengelirukan... dulu masa kita belajar lain skang dah tukar lain lak...

    ReplyDelete
  5. selalu jumpa ejaan yg salah macam taasub jadi taksub dll. thank you for the info, Kak Sha :) bila menulis memang kena peka dengan ejaan dan tatabahasa

    ReplyDelete
  6. Perkataan swafoto tu bunyi cool..mmg lately ada dgr kat radio. Lg satu nurin perasan yg pasal sebutan. Radio rtm bahasa melayu, dia bakukan perkataan viral..jadi vee-ral, bukan vai-rel. yg tu bunyi pelik lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..