Pancake Versi Sha - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Tuesday, September 19, 2017

Pancake Versi Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari itu Sha ada terbaca dan tertengok resipi pancake dekat blog Busyra..
Terus tanam tekad nak buat..
Sebab resipi yang Buyra share itu, senang sangat..
Bahan pun tak banyak..
Resipi asal boleh tengok dekat SINI.
Hari ini Sha berjaya buat..
Senang dan semudah ABC je..

Pancake
Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu HL
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
4 sudu planta adele (dicairkan)

Cara membuat
Satukan tepung, susu, telur dan baking powder dalam mangkuk..
Kacau hingga sebati..
Cairkan planta adele dan masukkan dalam bancuhan tepung tadi..
Kacau bagi sebati dan tidak berketul-ketul..
Panaskan kuali dan bubuh sesenduk bancuhan tepung tadi..
Masak ikut selera masing-masing..
Siap.. Bolehlah hidangkan bersama madu ke.. Peanut butter ke.. Ataupun aiskrim.. Nak lagi best bubuh buah-buahan potong..

Selamat mencuba..

Tutorial Versi Sha

Bahan-bahannya.. 
Sha pakai ikut apa yang ada dekat rumah.. 

Satukan tepung, telur, susu dan baking powder.. Kacau bagi sebati.. 

Cairkan planta Adele dan masukkan ke dalam adunan tadi.. Boleh je nak guna jenis lain.. Sha suka Adele sebab wangi.. 

Adunan yang dah siap.. 

 Goreng atas kuali yang dah dibubuh mentega..
Buh sikit je tau mentega itu.. Untuk tak bagi melekat je..

 Amani makan dengan peanut butter..

 
Sha pula makan dengan Aiskrim.. Pergh!!

12 comments:

  1. lempenglah ni.
    Kalau lempeng kosong sedap makan dengan serawa durian.

    ReplyDelete
  2. Uish menarik makan dgn aiskrim... Boleh try nnt..

    ReplyDelete
  3. Sedap dan mudah nk buat kan sha. Anak2 confirm suka.

    ReplyDelete
  4. nampak mudah, tapi Rose nak buat takut tak jadi. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah jadi Cik Rose.. cubalah buat..

      Delete
  5. dgn eskrem???!!! marbeles!
    terkenang kan a&w lah ha ha ha...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..