Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Saturday, September 9, 2017

Bagaimana Anda Memilih Novel?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sembang santai dengan Sha..
Anda minat membaca?
Hari ini Sha nak share mengenai cara Sha memilih bahan bacaan / novel..

Ini dari persepsi Sha ye..
Kalau anda tidak bersetuju, boleh share di komen..
Sha akan bermula dengan tajuk, penulis, dan sinopsis..
Tapi sekarang ada banyak lagi cabang yang membolehkan kita memilih sesebuah novel itu untuk dibaca...
Antaranya design kulit buku, penerbit, genre, review pembaca sebelum ini dan juga cadangan kawan-kawan..

Tajuk : Memainkan peranan penting dalam menangkap mata Sha untuk terus membelek sinopsis buku..

Penulis : Selalunya Sha akan ikut perkembangan penulis yang Sha minat.. Buku-buku terbaru  akan menjadi pilihan awal Sha dalam membeli buku..

Sinopsis & Review : Sha akan baca kalau Sha cari buku baru dari genre yang berbeza ataupun Sha terpaksa buat pilihan.. Masa ini review dan juga sinopsis memainkan peranan yang sangat penting dalam memikat hati Sha untuk membeli.. Review ini selalunya Sha akan search di Goodreads dan juga blog..

Penerbit : Sha memang selalu beli terbitan Buku Prima.. Pada Sha genre seram dari terbitan ini tak pernah menghampakan.. Prolog Media juga dah jadi salah satu penerbit favourite Sha.. Kalau nak kan kelainan Sha akan beli dari Fixi ataupun KarnaDya..

 Genre : Sebelum ini Sha lebih suka baca buku thriller dan paranormal berbahasa inggeris, serta karya Ramlee Awang Murshid.. Namun sejak terbaca Projek Seram Hotel dari Buku Prima, Sha rasa genre Seram Melayu dah mula menampakkan kemajuan dan peningkatan.. Sejak itu Sha mula menerima perubahan dalam karya penulis Malaysia.. Semakin banyak pilihan dan genre yang mengancam.. Novel cinta pun bukan sekadar bercerita mengenai cinta tapi ada je yang buat Thriller cinta, Seram cinta, Psiko cinta.. macam-macamlah.. Kita sebagai pembaca yang kena bijak memilih..

Design Kulit Buku : Ini merupakan obsesi terbaru Sha.. Penerbit dah mula pandai bermain dengan design kulit buku.. Setakat ini ada beberapa buah buku yang Sha tak pasti isinya macam mana tapi reviewnya okay berjaya memikat mata Sha untuk membeli disebabkan design kulitnya yang sangat cantik dan memukau..

Inilah buku-buku yang berjaya memikat Sha melalui
 Genre seram dan penerbit

 Genre Seram

 Tajuk dan design kulit buku

 Tajuknya

Ini kalau Sha.. Kalau anda pula, bagaimana memilih buku bacaan anda?

5 comments:

  1. Kalau kinah, kinah baca sinopsis dengan tengok kulit buku tu. Publisher pulak kinah suka kaki novel. Selalu beli online je dapat murah dari beli kedai

    ReplyDelete
  2. Kalau aku,aku lagi suka baca buku yang macam santai-santai jak cerita dia..Sebab cara penulisan dia best bila dibaca..

    ReplyDelete
  3. Kalu saya plak, saya tengok pada sipnosis dulu, tak kisahlah daripada penerbit yang mana, tapi bila sipnosis tue saya rasa macam best jea, terus beli..

    ReplyDelete
  4. samalah sha...MV akan pilih melalui tajuk..penulis MV tak kisah janji karya yang dihasilkan menarik....sinopsis juga memainkan peranan

    ReplyDelete
  5. tajuk dan cover buku tu memang main peranan tapi bagi saya kalau saya suka dgn penulis tu saya akan beli novel dia yg lain pula.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI