Telur Dadar Asam Jawa - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, June 12, 2017

Telur Dadar Asam Jawa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lamanya tak makan telur dadar asam jawa nie..
Ingatkan Sha je yang rindu..
Rupanya encik suami pun rindu juga​..
Selalunya ayah mertua Sha akan buat masa bersahur..
Memang berseleralah kami makan..

Resepinya
2 biji telur
Bawang dan cili padi
Asam jawa
Sedikit garam

Cara Membuatnya
Pecahkan telur dalam mangkuk
Masukkan bawang dan cili padi yang dah dicincang.
Pukul telur sampai berbuih.
Masukkan Asam jawa..
Pukul lagi kemudian baru buang biji asam jawa..
Masukkan sedikit garam dan pukul lagi..
Panaskan kuali dan minyak, masukkan bancuhan telur tadi..
Masak dan siap dimakan..

Telur yang telah dipukul dan dibubuh cili padi dan bawang potong serta sedikit garam..

Masukkan asam jawa sedikit dan pukul lagi..

Dah siap pukul dan biji asam jawa dah dibuang.. Bolehlah digoreng..

Dah siap.. Jom makan..

8 comments:

  1. Sedap ni makan dengan nasi panas-panas :)

    ReplyDelete
  2. pelik tp menarik ni sha.. nanti lea cuba..

    ReplyDelete
  3. eh baru tahu telur bole dadar kan dgn asam jawa..nnt nak try..btw dah follow blog akak...hihih

    ReplyDelete
  4. Nnt mau cuba lah...mcm sedap.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba resipi ni. Boleh cuba sekali nanti

    ReplyDelete
  6. boleh cuba ni semua bahan ada kat rumah tu

    ReplyDelete
  7. Baru tau telur dadar boleh diletak asam jawa, tak penah rasa lagi.. nanti nak cuba la buat...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..