Fisioterapi Pinggang - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Sunday, June 18, 2017

Fisioterapi Pinggang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang ada masalah dekat bahagian pinggang dan tulang punggung..
Kebetulan bulan dua hari tu Sha jatuh motor..
Lepas tu kena buat fisioterapi untuk lutut..
Lutut dah okay tapi pinggang pula sakit..
Teruk juga kali ini.. Sebelum ini pun ada juga sakit..

Cuma kali ini berlarutan lama sangat..
Dekat seminggu jugalah sakit berdenyut-denyut..
Tak tahan, Sha pergi klinik untuk cucuk tahan sakit..
Doktor suruh X-Ray dulu.. Risau patah or retak..
Alhamdulillah, tak ada apa..
Jadinya doktor tulis surat rujukan ke bahagian fisioterapi..
Lepas tu dapat cucuk tahan sakit..
Tak sampai 10 minit, sakit pun lega..
Malam tidur lena.. hehehe..

First fisioterapi Sha pada 29.05.2017..
Rawatan sama macam masa fisio lutut..
Terapi menggunakan hotpad, elektrik, kayuh basikal dan juga senaman..

Kali kedua pula pada 15.06.2017..
Kali ini ada kelainan sikit..
Sha mulakan rawatan dengan hotpad selama 15 minit..
Lepas tu, dalam keadaan menerap, doktor tu tekan/urut belakang pinggang Sha..
Pergh!!! Kena kat tempat yang sakit memang rasa macam nak menjerit...
5 minit juga dia urut.. Lepas tu baru letak terapi elektrik..
Memang legalah lepas tu.. Serius best..
Last sekali Sha buat kayuhan basikal..
Berpeluh-peluh kali ini sebab kayuh guna mod lost weight... Lega..
Next fisio lepas raya..

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..