Tumis Pucuk Paku - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Saturday, April 1, 2017

Tumis Pucuk Paku

Assalammualaikum..
Hye semua..

Masak apa hari ini?
Encik suami memang suka pucuk paku nie..
Kebetulan masa amik anak sekolah terjumpa orang berjual di tepi jalan..
Bila Sha singgah tengok, pucuk pakunya cantik-cantik..
Murah pula tu.. RM2 je seikat..
Belilah seikat..

Balik masa potong tu memang seronok..
Sebab pucuk paku nya memang lembut..
Banyak pula tu RM2 tu..
Puas makan dan meratah..

Jom tengok macam mana Sha masak..
Ini resepi paling ringkas dan cepat..

 
Bahan-bahannya..
Bawang merah seulas dihiris
Bawang putih seulas dihiris..
Cili merah sebiji dihiris @ cili padi 2 biji kerat dua..
Kiub ikan bilis sedikit atau ikan bilis ditumbuk..
Seikat pucuk paku yang dah dipotong-potong..
 
 
Memula, tumis bawang merah, bawang putih dan juga cili..
Tumis sampai naik bau..
 
 
Masukkan Pucuk paku yang dah dibasuh bersama kiub ikan bilis..
Tutup dengan tudung periuk.. biar dia masak secara stim..
 
 
Bila pucuk paku dah masak.. kacau ratakan dengan kiub tadi..
Dah siap.. Makan macam nie je pun sedap..

12 comments:

  1. pucuk paku memang murah..sedap lagi tu..

    ReplyDelete
  2. Pucuk paku buat kerabu pun sedap juga.

    Hari ni ana mkn free dekat kenduri kahwin je. Dapur off. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kenduri memang syok Ana.. boleh gantung periuk.. hehehe..

      Delete
  3. Sedapnya pucuk paku kak!! kalau banyak lada kecil lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Syed.. Akak pencen dah makan lada banyak2 nie.. hehehe

      Delete
  4. suka juga makan pucuk paku ni. harga pon murah. kengkadang dpt RM1.50 seikat, kengkadang RM2 seikat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. seikat tu boleh makan berdua kan Nour.. Sayur yang paling ohsem.. hehehe

      Delete
  5. tapi yang makannya bertiga di rumah tu. tu yg kena beli 2 ikat :')

    ReplyDelete
  6. ni febret ayu anak kedua MV..dia makan syur kampung jer

    ReplyDelete
  7. Wooow Woooo feberet lea ni ye.. lama dh tak masak ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..