Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, April 6, 2017

Sambutan Harijadi Sekolah Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha masih lagi dalam sindrom mak first time anak sekolah.. Hehehe..
Disebabkan itu, apa sahaja aktiviti Amani dan sekolah.. Sha joint..
Isnin (03.04.2017) Sekolah Amani buat Sambutan Harijadi Sekolah..
Ada jemputan untuk ibu bapa datang..
Mulanya Sha macam nak amik half day je..
Tapi bila fikir balik, baik amik cuti je..
Mujurlah amik cuti.. Lama juga rupanya..
Jam 1.30petang baru habis..

Antara aktiviti yang ada, ucapan dari wakil Jabatan Pendidikan..
Ucapan Guru Besar..
Pastu ada upacara potong kek.. Makan pagi..
Kemudian ada persembahan dari pelajar, cikgu dan guru besar..
Guru besar dia sporting dan ohsem tau.. Hehehe..
Yang paling menyengat persembahan dari adik Pra-Sekolah..
Nyanyi lagu Aiman Tino.. Memang bergegarlah sekolah.. Hehehe..

Lepas persembahan ada aktiviti bersama Jabatan Statistik Malaysia..
Untuk Tahap 1 (darjah 1, 2 & 3) aktiviti mewarna..
Untuk Tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) fun matematik..
Dalam kul 12.30 tengahari mereka buat penyampaian hadiah..
Habis dah aktiviti..
Tapi tak boleh balik lagi.. Belum pukul 1..
Makanya ustazah pun buatlah test beramai-ramai..
Suruh baca Al-Fatihah, Bacaan Tahiyat Awal dan Akhir.. Berselawat..
Pelajar dilepaskan sekitar jam 1.25pm camtu..

Pergh!! Penat mak menunggu.. Hehehe..

 

 

 

 

 

6 comments:

  1. Meriah..hehe..macam adik ipar PC,masa anak pertama mula-mula maduk sekolah..ibu excited..sampai anaknya cakap ibu kenapa gembira sangat..hihi..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya kak! supportive betul hehehe.
    Okay lah tu kak involve dalam aktiviti sekolah macamni.
    At least kita tahu perkembangan anak-anak kan

    ReplyDelete
  3. seronoknya amani sambut besday dekat sek. acik ana tak pernah merasa dulu2. hehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya sha ...
    best la budak2 ni dapat celebrate birthday di sekolah,
    then lagi seronok parents pun support ...
    semoga ada memori indah dalam diri anak anak kita kelak once mereka dah besar :))
    cheers.

    ReplyDelete
  5. Meriahnya amani pandai mewarna

    ReplyDelete
  6. MV masih sampai skg kalau ada program sekolah memang akan attend itu yang sampai dilantik jadi pibg

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI