Shoplinks.Asia

Tuesday, April 25, 2017

Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu

Assalamualaikum..
Hye semua..
http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/04/segmen-blogwalking-bloglist-by-miss-banu.html
Ucapan Birthday buat Miss Banu : Selamat ulangtahun.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin.. Aamiin..
Segmen ini tamat pada 28 April 2017, 11:59 malam. 

Minyak Dagu oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel kedua oleh Ida Anuar yang Sha baca..
Cerita yang ohsem..
Diterangkan details cara pembuatan minyak dagu, pantang larang dan juga jenis-jenisnya..
Memang menarik dan memberikan pengajaran..

Betapa manusia ini lemah dan selalu terpedaya dengan nafsu..
Bila cinta ditolak, perasaan marah menyebabkan akal tak berfikir dengan waras..
Manusia tak bersalah menjadi mangsa..
Mustika menjadi mangsa..
Kerana marah juga syaitan akhirnya menang..

Memang ohsem buku Ida Anuar nie..
Sha baca dan selesai pada 23.04.2017..
Yeah!! Berjaya habiskan satu buku sempena Hari Buku Sedunia..

SERTAI FOTO JOM BACA JAWI BERSAMA


السلام عليكم ورحمة الله

Mari kita Membaca Bersama Selama 10 minit pada 25 April 2017 (Selasa), jam 11.00 pg – 11.10 pg dan sertai “Foto Jom Baca Jawi Bersama”. Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua warga Malaysia
2. Muat naik gambar kreatif selfie atau wefie anda membaca Jawi pada jam 11.00 pagi, 25 April 2017 (Selasa) ke facebook Klinik Jawi.
3. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 April 2017 (Jumaat), jam 10.00 pagi
4. Keputusan pengadil muktamad
5. Hadiah menarik menunggu 5 penyertaan yang kreatif

ماري كيت ممباچ برساما-سام سلاما 10 مينيت ڤد 25 اڤريل 2017 (ثلاث)، جم 11.00 ڤاڬي – 11.10مينيت ڤاڬي دان سرتاءي “فوتو جوم باچ جاوي برسام“. شرط ڤڽرتاءن اداله سڤرتي برايكوت:

1. تربوک كڤد سموا ورݢ مليسيا
2. موات ناءيق ڬمبر كرياتيف سوافوتو (سيلفي) اتاو بركومڤولن (ويفي) اندا ممباچ جاوي ڤد جم 11.00 ڤاڬي، 25 اڤريل 2017 (ثلاث) کموک بوكو كلينيک جاوي
3. تاريخ توتوڤ ڤڽرتاءن اياله ڤد 28 اڤريل 2017 (جمعة)، جم 10.00 ڤاڬي
4. كڤوتوسن ڤڠاديل معتمد
5. هديه مناريق منوڠڬو 5 ڤڽرتاءن يڠ كرياتيف1

SELAMAT MENCUBA
#JOMBACABERSAMA
#BANGSAMEMBACABANGSABERJAYA
#SEMARAKJAWI

https://www.facebook.com/klinikjawi/?ref=br_rs

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walau dimana-mana anda berada, apa jua sedang anda lakukan, berhentilah sejenak dan marilah kita membaca bersama-sama selama 10 minit pada dari jam 11.00 hingga 11.10 pagi. Baca 10 minit ini sebagai meraikan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Muat naik gambar atau video membaca anda dan hashtag #jombaca #BangsaMembacaBangsaBerjaya
#PerpustakaanNegaraMalaysia

Strong Woman Do Bong Soon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Korea yang ohsem..
Patutlah ramai yang puji..
Memang best..

Cerita pasal Bong Soon yang ada kekuatan yang luar biasa..
Sha suka cerita ini sebab ada yang menarik walaupun ceritanya agak fantasi..

Muka yang handsome jangan disangka baik..
Ada sebab kenapa rakyat tak percaya polis..
Rukun tetangga patut mainkan peranan dalam melindungi kawasan dari ancaman jenayah..

Yang best bila Bong Soon jadikan budak-budak nakal sebagai manusia berguna..
Pergi sekolah, belajar dan memberi khidmat dengan mengutip sampah di kawasan kejiranan supaya bersih..

Percintaan Bong Soon pun menarik..
Meminati dalam diam tapi akhirnya berakhir sebagai kawan..
Menemui cinta sejati pada lelaki lain bila, lelaki tu sanggup berkorban nyawa untuknya..
Cerita romantik, komedi dan thriller yang ohsem..

Monday, April 24, 2017

Kisah Rumah Tangga - P. Ramlee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka lagu-lagu lama ini..
Lirik dan muzik dia best..
Ada makna tersirat lagi..

Kisah Rumah Tangga - P. Ramlee (Lagu oleh P. RAMLEE, Lirik oleh AINUL JAMAL ABD RAHMAN)

Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri

Kadangkala terdapat si isteri memerintah suami
Oh disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu handsome rambut panjang dah jadi botak

Oh la la
Kalau memilih isteri alah abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih alah abang
Kena queen control

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la

Kisah rumahlah tangga
Ada-ada saja

Oh kadang pula terdapat suami jahat isteri budiman
Isterinya cukup sabar
Perangai suami, Ya Allah!
Macam setan

Kalau di belakang isteri
Hai joli sana joli sini
Kalau di depan isteri
Amboi pijak semut pun tak mati

Oh la la
Kalau memilih suami alah adik
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih alah adik
Kena kaki botol

Rumah tangga yang cantik
Suami isteri hidup aman
Kalau salah sedikit
Lekas-lekas diselesaikan

Oh perkara kecil-kecil jangan suka dibesarkan
Itulah satu contoh perlu kita buat pedoman

Oh la la
Kalau melepas tangan alah puan
Biarlah berpadan
Supaya hidup aman alah puan
Di sepanjang zaman

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la

Kisah rumahlah tangga
Itu semestinya

Tutorial Masak Lemak Kulat Sisir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kulat sisir @ cendawan Shisaw..
Memang sedap..

Semangkuk ini Sha beli RM3

Rendam dulu tau.. Bagi buang pasir dia..

Potong bawang, cili dan kunyit untuk ditumbuk..

Hiris bawang dengan cili merah..

Kerang ini Sha beli yang dah siap kopek.. Semangkuk ini RM2.40..
Tapi lagi sedap kalau beli kerang, rebus dan kopek..
Lagi umph rasa dia..

Sha pakai santan kotak je..
Pekat juga santan dia untuk sekali masak..

Masukkan semua bahan dalam kuali, gaulkan dengan tangan.. Renehkan sampai kerang dan cendawan masak tau

Yeah!! Dah siap..

FORUM ANAK MUDA "BANGKIT DARI BLUR"

Assalamualaikum..
Hye semua..

 
FORUM ANAK MUDA "BANGKIT DARI BLUR"
& PELANCARAN BUKU @ Perpustakaan Negara

Panelis : Fedtri Yahya & BONDA NOR
Tarikh : 25 APRIL 2017 (Selasa)
Masa : 2 petang - 4:00 petang
Tempat : Auditorium, Aras 2
Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak KL

Semua dijemput hadir.

Sunday, April 23, 2017

Info Penting #PBAKL2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

INFO PENTING #PBAKL2017
1) #PBAKL2017 akan berlangsung dari 28 April - 7 Mei 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. MASUK ADALAH PERCUMA!

2) Masa Operasi: Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam) | Jumaat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 malam)

3) Anda digalakkan untuk mengguna pengangkutan awam (LRT Ampang Line – PWTC Station ST8) ke #PBAKL2017 di PWTC bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

4) Sentiasa mengawasi anak anda! – Hujung minggu biasanya #PBAKL akan menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai, sehingga mampu ‘mewujudkan kesesakan lalu lintas’ di dalam PWTC! Oleh itu, sekiranya anda membawa anak kecil, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengawasi pergerakan anak anda.

JOM KE #PBAKL2017 DI PWTC!

Hari Buku Sedunia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom luangkan masa anda hari ini dengan membaca sempena Hari Buku Sedunia..

Pre-order KarnaDya Publishing

Assalamualaikum..
hye semua..

Minat membaca??
Suka genre seram? Cinta?
Ingin berjumpa dengan penulis?
Nak pergi PBAKL 2017 tapi tak terdaya?

Jangan risau.. jangan bimbang..
Buat semua pencinta novel,
KarnaDya Publishing ada yang istimewa untuk anda sempena PBAKL 2017..

Ini bukanlah iklan berbayar ataupun promosi berbayar ye..
Sha tak ada share pun dengan KarnaDya Publishing..
Sha kongsikan ini sebab Sha juga pencinta novel..
Ini juga menjadi rujukan kiranya Sha nak beli novel.

Kombo seram
3 buku dengan harga RM70
Free postage
Tapi ini pre-order ye.. 

Kombo cinta
3 buku dengan harga RM80
Free postage
Tapi ini pre-order ye.. 

Kalau nak jumpa penulis, kenalah pergi PBAKL2017..
Ini ada tarikh dan masa..
Setkan temujanji anda..

🎉🎉🎉PRE ORDER DI BUKA🎉🎉🎉

Bagi yang tak dapat datang ke PBAKL 2017, Anda semua jangan risau...KarnaDya akan buka pre order untuk pembeli2 Online. Tetapi Pengeposan di buat pada 9/5/2017.

Pre Order Di buka Sehingga 8/5/2017.

Nak order satu2 pun boleh, tetap FREE POSTAGE.

NAK LAGI JIMAT BUAT PEMBELIAN KOMBO.

FREE POSTAGE🚛

PM @ WHATSAPP UTK ORDER 019-6174343

Teman Roh oleh Muhammad Fatrim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang memaparkan perempuan bernama Suraya yang boleh melihat roh.. Cerita yang agak kompleks tapi masih menarik dibaca.. watak-wataknya saling berkait rapat.. Pembunuhan dan penculikan yang berpunca daripada kekejaman seorang manusia.. Namun pelaku yang sebenar memang tidak disangka-sangka..
Kena baca sampai habis barulah berjumpa dengan jawapannya.. Jawapan yang akan mengejutkan pembaca..

Baca dan selesai pada 21.04.2017

Saturday, April 22, 2017

Sample Susu Sustagen 3+

Assalammualaikum..
Hye semua..

Jom dapatkan Sampel Susu Sustagen percuma di SINI.
Tapi susu ini untuk 1 tahun hingga 12 tahun ye..




Sustagen kini dengan Opti-Nutri Blend..
Sha dapat sample ini pada 20.04.2017..


Ada 3 pek susu berperisa original untuk Sha cuba..

Datang Pada Waktunya oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang sangat ohsem..
Sha jatuh cinta.. 
lagi dan lagi dengan kak Maria nie..
Lama dah Sha mencari novel ini sebenarnya..
Hati meronta-ronta nak tahu..
Bila dah ada dalam genggaman tak mampu pula nak baca..
Tak mampu sebab sayang.. Nanti dah habis, camne..
Tapi baca juga sebab nak tahu..

Memang tak dinafikan novel ini sangat unik..
Misteri dan keseramannya bukanlah pada watak hantu..
Tapi pada jalan cerita dan garapan kak Maria..
Penuh nilai tersirat dan tersurat..
Kerana maruah yang dipermainkan..
Sumpahan pun bermula..

Perjalanan cerita yang penuh misteri berakhir dengan baik kerana keberanian dan sikap bertanggungjawab seorang lelaki..
Nafsu dan manusia memang tak pernah berpisah..
Kitalah sebagai manusia yang mempunyai akal harus menjaga dan mengawal nafsu kita..

Tahniah buat penulis atas naskah yang bagus ini..
Sha baca pada 20.04.2017 dan selesai pada 21.04.2017

Pokemon Pikachu Keychain and Snacks Pack dari EzBuy

Assalamualaikum..
hye semua..

Akhirnya barang-barang ini sampai..
Sha pun tak tahu kenapa Sha beli mende ini pakai EzBuy..
Sengal kan.. hehehe
Punyalah lama menunggu, baru dia sampai..
Adoilah..
Dari 04.04.2017 menunggu, akhirnya penantian berakhir pada 20.04.2017..
Barang selamat sampai..Tapikan tak sama macam dalam gambar..
Sepatutnya dapat TamTam dan Keychai tapi..
TamTam tak ada, Keychain ganti dengan luggage tag..

Barang ni sampai pun lepas Sha email pihak ezbuy tanya..
Kenapa order Sha yang ini tak sampai-sampai..
Sha email mereka pada 17.04.2017..
So kalau rasa macam lama sangat parcel still tak de progress,
korang email je diorang dekat supportmy@ezbuy.com

Ini order Sha tu..
2 set pula tu..
 Dari 04.04.2017 tak gerak-gerak..

Bila tekan track details, dia keluar cengginie..

Hari ini check baru keluar Out for delivery

 
Akhirnya barang sampai pada 20.04.2017

 
 Skittles 2pek
Sweet & Spice Maruku 5pek
KitKat 2pcs
TicTac 2pcs
Mamee (Ayam) 2pcs

 
 Mentos 2 pcs
ChupChup 2 pcs
Ribena Pastilles 1pcs

 
Pikachu Luggage Tag 2pcs

 
YanYan (Coklat) 2pcs

Friday, April 21, 2017

Tips Membeli Buku Lebih Murah Dari Kebiasaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meh Sha nak share tips menarik

Tips Membeli Buku Lebih Murah Dari Kebiasaan
1. Beli buku secara digital (e-book)
    - anda boleh menjimatkan masa & wang untuk pergi kedai-kedai buku
    - harga lebih murah daripada buku fizikal

2. Menggunakan kad keahlian
    - Anda boleh mendapatkan kad keahlian di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH Bookstore,
      SMO Bookstore & Karangkraf Mall
    - Dengan kad keahlian, anda boleh mendapat sekurang-kurangnya 10% diskaun.

3. Kunjungi kedai buku terpakai
    - Anda boleh kunjungi kedai buku terpakai di Malaysia
    - Harga yang ditawarkan lebih murah dari kedai buku yang lain

4. Pembelian melalui penerbit
    - Anda boleh terus membeli melalui penerbit & penerbit juga kekadang memberikan diskaun
      20%-30%.

Senarai Buku Terbaru di PBAKL 2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah buat list ke?
Kalau belum, nah Sha bagi tajuk-tajuk buku yang akan keluar masa PBAKL 2017 nanti.

Karya Seni/Penulisan2u
1.Lelaki Lingkungan Cinta - Lily Haslina Nasir
2. Lelaki Kiriman Tuhan - Umie Nadzimah
3.Mr.Grey - Syamnuriezmil
4.Mua Mos Wanted - Aifa Batrisya
5.Aku Shark - Ameera Ameer
6. Dr.Alpha Male - Anjell Homosapien II
7.Suamiku Si Mata Biru - Evelyn Rose
8.Novel baru Rehan Makhtar
9.Pak Cik Kerek Semanis Pavlova - Aliesha Kirana
10.Cik Juliet & Encik Romeo - Airisz Novelis
11.Bahagia Yang Tertangguh - Rissa Ahdiya


Alaf 21 / Buku Prima
1.Kerana Kasih - Aisya Sofea
2.Projek Seram Kolej (antologi)
3.KIUB - Arifful Baqi

Kaki Novel
1.Ti Amo Sweetheart 100 hari! - Suri Ryana Full
2.Best Father Ever - Sha Ibrahim
3.Mencari Hilang - Hanni Ramsul

Idea Kreatif
1.Wanita Terakhir - Nur Ezzah Maisarah Mokhtar
2.Hey, Mister! - Farah Husain
3.Ku Tunggu Dudamu - Emy Roberto
4.Biar Kita Terus Setia - Nani Yuhanna
5.Kekasih Depan Mata - Lily Suriani
6.Teman Lelaki Cik Bos - Illa Shanahila
7.Aku Harus Memilih - Hani Fazuha

Penerbitan Kaseh
1.Dia Dato... Terlajak Sengal - Cik Tet
2.Jodohku Mamat Dot Dot...Dot... - Nurul Jannah Jen NJ
3.The Misadvantures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek - Maya Adira
4.Encik Pengacau - Rafina Mimi Abdullah

Penerbitan Anaasa
1.Suami Tuan Isteri - Wardina Aisyah
2.Dikaulah Seluruh Cinta - Adnil Zaff
3.Hessa Its Me! - Jaja Ahmad
4.Bukan Kemahuan Fikiran - Dilla Ahmad

Penerbitan Love Novel
1.Adel... I Love You! - Dhiyana Novelist
2.Bukan Encik Sempurna - Yumi Hyra
3.Sweet & Dangerous - Fazlyn Ridz
4.Bibik Milenium - Aein Dhiyauddin
5.Cinta Asma & Ferhad - Shima Awang
6.Mr.Babe Magnet??? Not! - Lynn Safiya

Penerbitan BesQ
1.Dimensi - Ida Anuar
2.KHAN - Wawa Taufik
3.Mencintai Satu Nama - Rose Aleyna
4.GIO - Shamien Basit

Intens Idea
1.Honey Bunny - Ammara Ayash
2.Tuah Kasihnya Teja - Anarif
3.Cikgu, Kan ku Gari Hatimu - Sophilea
4.Berarak Awan Cinta - Syina Hamdan
5.Akulah Aryana - M Mariam

DearNovel/Fajar Pakeer
1.Sarangheyo Arumi & Mianheyo Aiyani - Rose Harisa
2.Cik Diari Hati - Hanny Esandra
3.Kahwin- kahwin (antologi cerpen)
4.Uwan Konah- Haida Hassan
5.Ganggu- Ayumi syafiqah
6.Cermin- Hasrudi Jawawi
7.Suntik- Zarini Mansor
8.Lelaki Versi Hero Novel - Shazie Kamaruzaman
9.Duda Dara (antologi mini novel)
10.Encik Inspektor Cik Drama - Emma Mariam
11.Jodoh oh Jodoh - Aunie Ayunie
12.Setelah Aku Pilih Dia - Eyla Hime

SR Publication
1.Jangan Menangis Cinta - Siti Rosmizah Semail

KarnaDya
1.Pemangsa (Revenge 2) - Muhammad Fatrim
2.Kerana Kau... Aku Kembali - Sophilea
3.Penunggu - Siti Rozilah
4.OH! My hubby... Mr Dentist - Bunga Amani
5.Terus Mencintaimu - Eliza AB
6.Bulan Cinta - Mimie Afinie

Prolog Media
1.Jika Aku - Anna Lee
2.Infiniti - Farrah Izzlorna
3.NADI - Pasha

Penerbitan Mania
1.Kompilasi novel BELLA & Love Unlikely - Acik Lana & Lynn Safiya

FIXI
1.Asrama (hardcover edisi terhad) - Muhammad Fatrim
2.Amsterdam - Fahmi Mustaffa
3.Nota 3 - Shaz Johar
4.Ponteng - Mim Jamil

Tebook Press
1.Man katang - Uu Syaurah , CikPuan U Syaurah
2MIgau - Azani Quasha, Fatinilam Sari Novelis, Arisa Eriza
3.Aku, Nora & Adenocarcinoma - Zubayry Abady
4.KRISIS 1 - Syauqie MK, Alif Elyas, Ahmad Erhan
5.KRISIS 2 - Khairul Nizam Anarkis, B. MARYANI - Maryani Araz
6.NOOR - Regina Ibrahim

Jemari Seni
1.Lapan Tahun Itu - Fizziany
2.Dia.A - Ednin
3.Fir & Anne - RodieR

Cute Publication
Dia duda fresh - Arriya miruza
Babak Cinta - Shiroe Sherry
Renggut - Yin Yeen
Gelora - Hayati Ahmad

Update (25.04.2017)
Novel yang Sha crossed tu Sha dah berjaya beli.. Hehehe..
Beli online je sebab tak dapat gi PBAKL2017

Nalar oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

"Biar dia rasa, harga sebuah dosa."

Cerita mengenai cip yang sangat ohsem..
Ditanam dalam kepala seorang budak..
Memang gempaklah bila budak umur 4 tahun tahu banyak perkara..
Tapi orang jahat ada je..

Memang menarik sebab hampir 75% mengenai budak umur 4 tahun..
25% lagi baru cerita bila budak tu dah besar.. Menarik tau..
Cerita yang sangat ohsem..
Baca dan selesai pada 19.04.2017

Thursday, April 20, 2017

Kau Kuseru oleh Hasrudi Jawawi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini sebenarnya sambungan dari Tangisan Berdarah..
Tapi Sha redah je..
Tak jumpa la pula Tangisan Berdarah..

Novelnya ohsem..
Cerita pasal membalas dendam yang tak terlunas..
Kerana perasaan sayang yang tidak berbalas, kekejaman pun berlaku..
Akibat kekejaman, roh mula tidak tenteram..
Yang menjadi mangsa generasi seterusnya..

 
Bacaan bermula pada 16.04.2017 dan berakhir pada 18.04.2017

Segmen Tonton Ucing Nak Try Irama Melayu

Assalamualaikum..
Hye semua..
http://ucingkadayan.blogspot.my/2017/04/segmen-tonton-ucing-nak-try-irama-melayu.html
Tamat Segmen 26-4-2017

Tanda Penghargaan Penulis Kepada Sha

Assalamualaikum..
hye semua..

Alhamdulillah..
Syukur sangat..
Hari ini (18.04.2017) Sha terima sepucuk surat..
Teruja rasanya..

Sha dapat dua bookmark yang sangat cantik..
Penulis Syasya Bellyna kirimkan kepada Sha sebagai tanda penghargaan atas sokongan..
Alhamdulillah.. Terharu rasanya bila penulis menghargai pembaca..

 
Sampul yang mengundang seribu persoalan..
Siapakah pengirimnya.. Hehehe
 
 
Bookmark yang sangat cantik dari penulis Syasya Bellyna..

 Antara hasil Karya beliau ialah
Projek Seram: POKOK - published 2017
#SERAMSHIT 1.5 - published 2015            
Resipi Cinta Volum - published 2014

The Universe's Star (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama korea ini dari siri "Three Color Fantasy:
Warna putih mewakili drama ini..
Ada 6 episod..

Cerita pasal budak sekolah yang sangat meminati artis bernama Woo-joo..
Budak nie kemudian mati dan jadi Grim Reaper..
Bila dia tahu artis kesayangan dia akan mati dalam waktu terdekat..
Dia gi pantau pergerakan artis tu dan cuba membantu..

Berjaya atau tak, kenalah tengok..
Dan ada rahsia tersembunyi disebalik kematian dia..

Ending dia sedih dan happy..
Kenapa?? Kenalah tengok ye.. hehehe



 
THREE COLOUR FANTASY SERIES 2017

WHITE: The Universe's Star
GREEN: Romance Full Of Life
 GOLD  : Queen Of The Ring

Takut Ke Baca Novel Seram?

Assalamualaikum..
hye semua..

Sha memang peminat novel-novel seram, thriller, psiko dan ganas..
Selalunya baca novel Bahasa Inggeris..
Tapi kebelakangan ini sha pilih untuk baca Novel melayu..
Novel-novel melayu sekarang pun makin dasyat..
setanding novel Bahasa Inggeris..

Selalunya sha baca dan habis..
Tak adalah terbayang ke or apa ke..
Tapi kerana satu komen ini.. Sha mengalami kekacauan jiwa.. hehehe

Sha baca komen ini kebetulan suami Sha outstation..
Selalu tu memang tak ada apa..
Tapi kali ini komen tu berjaya mengganggu..

Sha baca komen tu, kemudian Sha baca novel seram bertajuk Mannequin..
Malam tu Sha alami peristiwa aneh..
Nak tidur tu terdengar-dengar bunyi bukan-bukan..
Tapi buat tak layan je..
Kul 3 pagi, Sha bangun buatkan Imani susu..
Masa ini tetibe nampak lampu bilik belakang menyala..
Terus masuk bilik.. sedapkan hati, encik suami balik kot..
Padahal Encik suami baru je pergi malam tu..

memang kelakar lah bila ingat balik..
Padahal Sha lupa nak tutup lampu tuh..
Adoilah.. Komen tu memang berjaya buat Sha rasa seram..
Hahaha.. Sadis rasanya..

 Inilah komen yang bertuah tu..
Hehehe..

Wednesday, April 19, 2017

Penulis - Rohani Deraman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha belum pernah baca lagi novel penulis ini..
Tapi Sha nak berkongsi mengenai karya beliau disini..
Beliau menggunakan dua nama pena ye..
Rohani Deraman dan juga Fida Rohani..

Mengikut kata penulis, untuk cerita-cerita ringan beliau guna nama Fida Rohani dan untuk novel berat guna beliau guna nama Rohani Deraman..
Sha baru nak beli bukunya..

Antara karya beliau
Fida Rohani
  • Atas Lantai Takdir - published 2013
  • 7 Warna Cinta - published 2014
  • Gulai Siput Daun Kaduk - published 2015
  • Jihad Mardina - published 2012
  • Kuserahkan Kasih - published 2009
  • Kemahuan Hati
  • Jihan, Terimalah Cintaku!
Rohani Deraman
  1. Lukanya Merah - published 2013 
  2. Pada Luang Peluang
  3. Pelayaran Kasih
  4. Takdir Berkasih
  5. Air Mata Asyimah
  6. Jogho Yang Tewas
 
Kalau nak beli, boleh WhatsApp Penulis..
Membeli Sambil Menyumbang..

Maggi Royale : Thai White Seafood Tomyam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga masak dan makan Maggi ini..
Maggi ini Sha dapat dari Lazada Box..
Mujur tarikh luput lambat lagi.. 

Suami Sha memang tak berapa suka perisa tomyam..
So tak de sapa lah usik maggi ini..
Tetibe rasa cam semangat lak nak makan..
Sha masak biasa je..

Kalau ada udang ke, sotong ke best juga..
Tapi takde.. Makan kosonglah..
sedap.. kena dengan tekak Sha..
Rasa masam dia tak delah masam sangat..
Mungkin sebab bubuh krimer kot..

 

 

http://www.lazada.com.my/maggi-royale-thai-white-tom-yam-4x88gbuy-2-free-1-white-tomyamrm1650-25665538.html?ff=1&rb=14451
 Lazada tengah buat sale ini..
Beli dua bungkus, percuma lagi sebungkus..

Goodreads - 2017 Reading Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah nak penghujung April..
Setakat artikel ini ditulis, Sha dah baca 60 buah buku..
Masih berbaki 90 buah buku untuk tahun 2017 ini..

Hopefully dapatlah capai target 150 buah buku untuk tahun 2017..

 
Target dah tak jauh dah..

Antara buku yang berjaya Sha baca..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI