Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

Tuesday, February 28, 2017

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Amani

Assalammualaikum..
Hye semua..

Hari ini dalam sejarah..
Sha pergi Mesyuarat Agung PIBG sekolah Amani..
Ada ucapan, pembentangan aktiviti dan kewangan, pembubaran dan pelantikkan AJK baru, pembentangan cadangan ibu bapa dan akhir sekali cabutan bertuah..
Masa daftar kedatangan, ibu bapa diberi sarapan mee hoon goreng dan air mineral.. 
Sedap mee hoon goreng yang.. Rasa tomyam.. hehehe..

Sha memang allergic duduk lama-lama.. Mujurlah masa perlantikan AJK baru dilaksanakan dengan cepat.. Tiada bantahan langsung.. Lepas cabutan bertuah, dah boleh balik.. Mesyuarat berlangsung lebih kurang 4 jam.. Kira okaylah Sha berjaya duduk tanpa bangun selama 4 jam tu.. Hehehe..

Tak ramai ibu bapa yang datang.. Sedih juga tengok sambutan ibu bapa.. Tak salah datang beri sokongan.. Sha pun bukannya datang berdua.. Sha seorang je yang pergi.. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku sepanjang tahun 2016..

Masa inilah baru tahu sekolah tu dapat sumbangan buku untuk Perpustakaan Sekolah bernilai belas ribu juga.. Kemudian sumbangan dari Adun kawasan lagi.. Aktiviti pelajar sepanjang tahu 2016.. Kejayaan dan pencapaian sekolah.. Bangga la juga, walaupun anak Sha baru sekolah dua bulan je di sekolah itu.. Sekadar pendapat Sha..

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Amani 

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Amani

11 comments:

  1. lah napa tak rmai...kadang2 ibubapa ni bab mengomel pandai bab mcm ni tak nak dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal MV.. Komplen kemain..
      bila panggil Mesyuarat PIBG, tak nak pula datang..

      Delete
  2. Betul tu, kalau tak pergi takkan tahu, ingat PIBG tak da buat apa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Encik Azlan.. Patutnya hadirlah sebagai sokongan pada sekolah.. Boleh amik tahu apa yang dah dibuat.. ye tak..

      Delete
  3. Sekolah anak Mrs. A yang kecik tu mesyuarat PIBG depa last Saturday tapi tak pergi pun sebab Adik terlewat bagi borang RSVP dah closing date.

    Sekali-sekala tak hadir ok kot ngeh!ngeh!ngeh! ayat nak sedap hati sendiri

    ReplyDelete
  4. Biasalah Sha....bab bab gini mmg jarang dapat sambutan. Sepatutnya gitulah, ibu ayah kena bagi sokongan. Tp hakak sendiri pun kadang tak datang huhu...

    ReplyDelete
  5. Hmmmm pernah join pibg meeting sekali sebagai cikgu praktikal. rasa sedih tengok kehadiran ibu-bapa. tak ramai langsung and banyak tempat yang kosong. tapi yang tak hadir tu la yang complain itu ini cakap belakang. Bila mesyuarat tak reti nak datang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Syed.. Sedih juga tengok sambutan ibu bapa..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI