Shoplinks.Asia

Friday, February 17, 2017

Membaca dan Kerjaya Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat pengetahuan semua.. Ewah..
Suspen tak?? Hehehe..
Buat yang tak tahu.. Sha ini kerja dekat Perpustakaan..
Sebagai Pembantu Pustakawan.. Dulu jawatan ini nama dia Pembantu Perpustakaan..
Sekarang dah sedap sikit.. Gred pun dah jadi S19..
Dunia Sha memang dengan buku je..
Masa memula masuk kerja, memang meminjam novel je kerja Sha..
Sampai habislah semua novel dalam Perpustakaan ini Sha baca..

Awal-awal masuk kerja dulu, adalah juga buat pembelian novel..
Sekarang memang tak ada dah... Start tahun 2014..
So kami amik keputusan buat pinjaman berkelompok di Perpustakaan Negara Malaysia..
Setiap 3 bulan sekali pergi pulang dan pinjam..
Oleh kerana permintaan banyak pada buku kanak-kanak dan novel..
Maka itulah yang kami pinjam.. Kalau rezeki kami, dapatlah novel yang baru-baru..
Kalau tak memang dapat yang lama-lamalah..

Oleh kerana Amani dah pandai membaca dan dah mula meminjam di Perpustakaan Sekolah..
Lepas tu takut nak pulang buku sebab lewat..
Makanya Sha buat keputusan untuk tak bagi dia pinjam lagi..
Nanti dia dah berani dan faham makna tanggungjawab baru Sha bagi dia pinjam balik buku dekat Perpustakaan Sekolah..

Sebagai alternatif untuk dia terus membaca, Sha pinjam dekat tempat kerja Sha..
Sekurang-kurangnya dia akan terus membaca..
Pilihan adakan.. Lagipun membaca ini perlu diterapkan dari kecil..
Bila tengok dia suka membaca, Sha pun happy..

Membaca ini banyak kelebihan sebenarnya..
Menambah bilangan perkataan..
Membantu untuk membina ayat..
Boleh buat kita berimaginasi...

Korang minat membaca??

 
Buku yang Sha pinjamkan untuk Amani..
Ini Sha bagi dia baca masa hujung minggu je..

 
Mak pun nak juga..
Hehehe.. 3 buku..

9 comments:

  1. Wah banyaknya buku, kalau buku kanak-kanak kat rumah saya, mesti ada halaman yang akan tak da... tak tahu mana pergi.... (anak koyakkan lah tu)... hehe....

    ReplyDelete
  2. Seronok lah amani mak dia keje dekat pustakaan. Banyak buku boleh baca. Ana jarang ke pustakaan so alternatif kena lah beli buku sendiri. 😅

    ReplyDelete
  3. samalah ...mv pun pembantu pustakawan..tapi library mv masih buat pembelian novel..so kdg listkan novel yang MV nak baca haha

    ReplyDelete
  4. Library saya pun buat pinjaman berkelompok jugak, dan sama macam situasi kak Sha.. Buku komik dan novel menjadi pilihan kami di sini.. =)

    ReplyDelete
  5. Wahhhh bestnya keje dikelilingi buku.. Bosan2 bole baca novel kan, hehe~

    ReplyDelete
  6. Best keja perpustakaan. Senang nak pinjam buku.

    ReplyDelete
  7. seronoknya kak.boelh pinjam buku stiap hari. :)

    ReplyDelete
  8. Minat kak sha ! Tapi apakan daya - tidak mampu dari segi masa. Mungkin kalau ank dh besar skit bleh kot nk mmbca balik ;)

    ReplyDelete
  9. Sesuai sangat kerjaya akak dengan minat akak :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI