Shoplinks.Asia

Tuesday, February 21, 2017

Bila Elektrik Tiada

Assalammualaikum..
Hye semua..

Ahad (19.02.2017) umah Sha tak ada elektrik.. Dari pukul 9 pagi sampai 7 petang.. Lama tu.. Setelah bermesyuarat, maka kami ambil keputusan balik kampung.. Ziarah MIL dan abah Sha.. Gerak dari umah pukul 8 pagi.. Settlekan dulu jemur baju dan gosok baju.. Mujur Baju sekolah Amani, Encik Suami dah tolong gosokkan separuh malamnya.. Alhamdulillah.. Tak adalah lama sangat Sha berdiri menggosok baju..

Kami singgah sarapan di Sungkai.. Lupa pula nak amik gambar kedai ini.. Memang meriah makanannya.. Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak, kuih muih.. Memang best.. Kami sampai umah Mil kul 10 pagi.. Jalan dah main dekat so cepatlah sampainya.. Lepak dan kemas mana yang patut.. Kul 4 baru gerak umah abah Sha pula.. Singgah dulu kat pasar petang di Titi Gantong.. Pasar ini start lebih kurang kul 3 lebih damai kul 7 je.. Sebab tu Sha panggil pasar petang.. Sha beli putu mayam.. My Feveret..

Gerak balik kul 8 malam.. Ziarah mak ayah nie, kalau ada kesempatan memang kami buat.. Walaupun balik hari.. Sekurang-kurangnya kalau tak dapat balik, Sha or suami akan call.. Sementara ada nie, kenalah berbakti.. Esok esok dan tak ada, tak adalah menyesal..

Bila Elektrik Tiada
Teruja nak balik kampung..

Bila Elektrik Tiada
Sampai umah MIL memang inilah kerjanya.. Mengadap channel Ceria.. Tak boleh tukar channel lain..

Bila Elektrik Tiada
Atok bagi buku.. Kemain suka lagi mereka..
Amani dapat buku mewarna..
Amani lak dapat buku Pop-up

Bila Elektrik Tiada
Jom layan dan aji.. Hehehe..
Atok tunjuk skil depan cucu..
Dam nie adik Sha buat sendiri..
Buahnya pakai kulit kerang je..

Bila Elektrik Tiada
Yeah!! Koleksi buku Sha bertambah..
Abah Sha bagi ini..

Bila Elektrik Tiada
My Feveret.. and my abah feveret..
Putu mayam.. Kalau yang ori warna putih dan ada kelapa serta gula merah..
Sha suka makan dengan gula je.. hehehe..

Bila Elektrik Tiada
Adik ipar masak..
Jamu perut dulu sebelum gerak balik..

Bila Elektrik Tiada
Abah bagi.. Sha guna kat Opis..
Radio nie guna bateri AA 4 biji..
Boleh cucuk pendrive tau..

9 comments:

  1. Nampak klasik pulak radio yang abah akak bagi tue..

    ReplyDelete
  2. lama tu..kenalah p mana2 dulu..hehe

    ReplyDelete
  3. Banyaknya ayah kak sha bagi hadiah.. Teringat atuk saya dulu, suka beli macam2 untuk kami.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sha,

    Seronok balik kampung Sha. LZ pun kalau ada masa balik hari pun x kisah semata-mata jenguk mak abah kat kg.. Senang hati sikit bila nmpk diaorg depan mata walaupun sekejap.

    Alhamdulillah, sihat abah Sha..

    ReplyDelete
  5. btl2, bbkti la selagi ibu dan ayah masi ada =') oldschool radio tu, mgamit kenangan lama =D

    ReplyDelete
  6. Syoknya dapat buku pop up tu! Syed pulak yang teruja hahaha.

    ReplyDelete
  7. Wah untung lah dapat ole2.... mesti seronok jumpa atuknya....

    ReplyDelete
  8. seronok jer dorang sedondon..makanan tu sedap...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI