Monday, January 2, 2017

Membersihkan Kepala Amani

Assalammualaikum..
Hye semua..

Meneruskan misi membuang kutu di kepala Amani.. Sebelum sesi persekolahan bermula, kena pastikan Amani tak ada kutu.. Supaya Amani selesa belajar.. Kali ini kami beli ubat kutu jenis syampu..

Cara penggunaan, basahkan kepala kemudian bubuh syampu.. Biarkan 15-30 minit sebelum dibilas.. Kemudian gunakan sikit yang disertakan didalam kotak untuk proses membuang telur-telur kutu pula.. Memang berkesan tau.. Berkesan disini bukanlah syampu tapi sikat tu..

Sikatnya besi dan rapat sangat.. Bila lalukan di rambut memang melekat telur-telur kutu tu.. Dua kali proses menyikat dilakukan dalam kepala Amani bebas dari telur kutu dan kutu.. Barulah lega Sha melihat Amani tidak lagi menggaru-garu..

Proses menyikat dan membuang telur kutu..

Inilah dia kotak syampu nya..
Percuma kanta pembesar (Imani dan Amani buat main.. hehehe), Sikat kutu yang ohsem dan topi kepala (1 je pun-untuk sekali penggunaan)

Syampu yang tak berapa nak berkesan..
Sebab elok je kutu tu hidup masa Sha sikat.. kena penyekkan baru kutu tu mati..

Sikat besi yang di beri..
Memang rapat giler..
Terbaiklah sikat nie..

Inilah telur-telur kutu yang berjaya diperolehi..
Nampak tak berapa banyak.. ini sesi pertama..
Kalau nak cari manual guna tangan, tak taulah bila nak habis..

3 comments:

  1. kutu klu dah melekat kat kpla mmg sukar nak buang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. memang kena kerja keras nak membuangnya..

      Delete
  2. huhu pernah dulu kena kat anak2..pergh meroyan juga nak urus..;hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com