Sunday, December 31, 2017

Happy New Year 2018

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Esok menjelang tahun baru 2018

Buat Keluarga :
Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya


Buat Yang Tersayang :
Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu


Buat Kawan-Kawan :
Maaf Ya Kalau Saya Ada Silap & Salah, Tak Disengajakan


Buat Sahabat :
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah


Buat Yang Tak Sependapat :
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu


Buat Yang Sayang Pada Saya :
Saya Juga Sayang Pada Kamu


Buat Yang Tak Kenal Dengan saya:
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya  Dekat Contact anda...


Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya... 
Yang Menjadikan Tahun 2017Saya Sebuah Coretan Hidup Yang Lebih Bermakna...

Harap tahun 2018 menjadi lebih indah buat kita..

Sorry And Thanks For Everything...

Promosi Akhir Tahun Petronas

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Petronas buat promosi akhir tahun.. Dengan isian minyak RM20, anda akan dapat sekeping voucher.. Sha dah isi dan dah dapat lebih kurang 8 keping voucher.. Voucher ini kita boleh dapat lepas isi minyak dengan nilai RM20.. Maklumkan dekat petugas.. Nanti petugas Petronas akan print resit dan bagi voucher ini sekali.. Kalau voucher habis, kita masih lagi boleh dapatkan voucher ini dekat Petronas lain, yang penting resit isian minyak tu ada.. 



Senarai penaja voucher

 
Antara voucher yang Sha dapat ialah dari Zalora (3pcs) Minyak Petronas RM5 (4pcs) dan Kenny Rogers (1pcs)..

The Swindlers (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Best juga filem ini.. Lakonan Hyun Bin dan Park Sung-woong.. Memang mantaplah..
Filem ini pasal seorang anak (Hyun Bin) yang ingin membalas dendam atas kematian ayah dia.. Semuanya kerana penipuan seorang lelaki.. Demi menangkap si Penipu (swindler) makanya kenalah bergabung dengan beberapa lagi penjenayah.. Dia berjaya memerangkap penjenayah yang membunuh ayah dia dengan penipuan yang terancang bersama rakan-rakannya.. Memang sangat menarik..
Tapi filem ini macam akan ada sambungan sebab penipu besar belum ditangkap.. 


Sinopsis : Ji-Sung (Hyun-Bin) is an intelligent swindler who only deceives fellow swindlers. To catch Jang Doo-Chil, he forms a plan. He first recruits Prosecutor Hee-Soo (Yoo Ji-Tae) and then other swindlers Suk-Dong (Bae Sung-Woo), Choon-Ja (Nana) and Chief Kim (An Se-Ha). They throw bait at Jang Doo-Chil's right-hand man Seung-Gun (Park Sung-Woong).

Romantis oleh Nuril Basri

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

 Sha berjaya juga guna aplikasi PNM e-Reader.. Sebenarnya sebelum ini Sha dah pernah install.. Tapi lepas tu uninstall. Ini install balik.. Kikiki.. Sebabnya kena puasa beli buku dulu.. Rak buku dah melimpah ruah.. Pastu budget cam tight sikit.. Tu yang Sha guna balik apps ini.. Banyak juga novel-novel melayu yang best-best.. Keluaran Fixi pun ada..

Buku pertama yang Sha baca guna apps ini bertajuk Romantis oleh Nuril Basri (penulis Indonesia).. Ingatkan memang romantis habislah ceritanya.. Tapi tidak pun.. Kikiki.. Menarik juga baca novel ini.. Memang menguji minda bila baca novel ini.. Ada cerita dalam cerita.. Mengikuti perjalanan watak utamanya yang merupakan seorang penulis.. Berimaginasi dan bercerita.. Pengakhiranya memang tak terduga.. Tapi menarik.. 

Sha baca pada 27.12.2017 dan selesai pada 30.12.2017.. Yeah!! Habis seksa.. Kikikiki..

 
(ebook - PNM e-Reader)
Sinopsis : Pram is an Indonesian writer who can't seem to write. Poppy is a beautiful girl who can't seem to care (about Pram). So he distracts himself by spinning a romantic tale of vengeance and karma to the customers at a bourgeois cafe. When Poppy goes to Kuala Lumpur, he decides to follow a few days later, although he has no way of contacting her.

Drama Korea Terbaru 2017

Assalamualaikum..
hye semua..

Lama tak tengok drama Korea.. Baru-baru ini masa tengah google mengenai drama Korea, Sha terjumpa beberapa tajuk yang nampak agak menarik untuk ditonton.. Tapi Sha holds dulu sebab masih ongoing lagi sirinya.. Tak suka menunggu, jadi biar dia habis tayang baru Sha tengok.. Hehehe...

Antara drama yang pada Sha agak menarik ialah:-
  • Bad Guys: City of Evil - Kisah mengenai penjahat yang bersatu untuk menangkap penjahat yang lebih jahat.. Sha suka cerita aksi yang macam ini.. Pelakonnya pun okay-okay.. Antaranya ialah Park Joong-hoon, Joo Jin-mo, Yang Ik-june, Kim Mu-yeol & Ji Soo..
  • Two Cops - Cerita pasal polis dan juga con artist.. Hehehe.. Sorang hidup, yang sorang lagi roh.. Bila baca sinopsis macam menarik.. Mesti ada kelakar-kelakar punya.. Pelakonnya pula ialah Jo Jung-suk, Lee Hye-ri & Kim Seon-ho..
  • A Korean Odyssey @ Hwayugi - Drama ini dibuat berdasarkan drama China Journey To The West.. Yang Korea ini versi moden sikitlah.. Yang bestnya watak Sun Wukong dibawa oleh Lee Seung-gi.. Rating yang menonton pun tinggi.. Walaupun baru dua episod.. Lepas tu ada Cha Seung-won pula.. memang menariklah kan..
  • Black Knight: The Man Who Guards Me - Sha nak tengok cerita ini sebab genre yang sama dengan Goblin.. Lepas tu ada pula hero handsome si Kim Rae-won.. Memang lagi syok lah nak tengok.. Senyuman dia manis.. hehehe..
Ada antara drama ini dah nak habis tayangannya.. Ada yang baru episod dua masa Sha buat entry ini.. Nanti kalau dah habis dan Sha dah tengok Sha up entry dekat blog ye.. 

 Bad Guys: City of Evil - 16 episod

 
 Two Cops - 32 Episod (1/2 jam setiap episod)

 A Korean Odyssey @ Hwayugi - 20 episod

Black Knight: The Man Who Guards Me - 16 episod

Saturday, December 30, 2017

Cinta Paling Agung oleh Umie Nadzimah

Assalamualaikum..
hye semua..

Novel ini Sha ambil masa dua hari untuk habiskan.. Sebab agak berat juga topik yang dibawakan oleh penulis.. Hubungan suami isteri yang hambar.. Kedatangan orang ketiga dan usaha isteri dalam menambat semula hati suami..

Kisah yang dipaparkan penulis memang sangat menarik.. Perubahan sikap seorang suami yang kononnya mencari kebahagaian.. Namun tanpa sedar telah merosakkan hati isteri.. sedangkan tanggungjawabnya sebagai suami tidak dilaksanakan.. Memang memberi kesan novel ini.. seronok baca usaha seorang isteri dalam memikat hati suami.. Setelah pelbagai cara digunakan namun tak berjaya sehinggalah bertemu dengan lawannya.. Dari situ timbul kesedaran untuk berubah dan kembali kepada Allah.. dan semuanya memberikan kebahagian pada si isteri..

Ada beberapa petikan yang Sha suka dalam novel ini:-
"Aku terima nikahnya itu.. Maksud tersiratnya ialah aku tanggung dosa-dosa isterimu dari kedua-dua orang tuanya, apa sahaja dosa yang mereka buat, bukan menjadi tanggungjawab orang tuanya lagi dan kamu juga akan menanggung dosa anak-anakmu"

" Akulah orang yang bertanggungjawab dalam memberi nafkah lahir dan batin, memberinya ilmu dunia dan akhirat dan juga memegang tangannya bersama-sama berlari bertemu-Mu, Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal menunaikan tanggungjawab, maka aku menjadi suami yang gagal dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan menyeksa aku hingga pecah hancur badanku"

"Akad nikah itu bukan cuma perjanjian aku dengan si isteri dan kedua-dua orang tua isteri kamu tetapi juga perjanjian dengan Tuhan."

Perkahwinan bukanlah satu percubaan tapi satu tanggungjawab..

Sha baca novel ini pada 26.12.2017 dan selesai pada 27.12.2017

Erased @ The Town Where Only I Am Missing (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha share pasal filem Jepun pula.. Filem ini dibuat berdasarkan siri Manga yang bertajuk Boku Dake ga Inai Machi oleh Kei Sanbe.. sebelum ini Sha ada share pasal drama bersiri dengan tajuk yang sama.. Boleh baca di SINI.. Kali ini kita tengok dalam versi filem.. Owh ya, dalam bentuk animasi pun ada tapi Sha tak jumpalah pula..

Filem ini agak berbeza dengan drama.. Mungkin sebab tempoh masa yang singkat kot.. Tapi jalan cerita ada sedikit persamaan.. Tak jauh sangat bezanyalah.. Masih lagi mengenai budak lelaki yang cuba mencari pembunuh dan penculik pada masa dia sekolah dulu hingga kawan sekolah dia terbunuh.. Okaylah.. Sha suka versi drama yang ditayangkan dekat Netflix tu..



Selesai Yuran Sekolah Agama Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Yuran sekolah agama Amani dah selesai.. Sha bayar pada 27.12.2017.. Keluar kejap dari pejabat, dengan kebenaran ketua pejabat.. Mujurlah Sha orang pertama yang sampai.. Cepatlah selesai urusannya.. Sha cuma perlu bayar RM139 untuk setahun termasuk yuran bulanan (RM5 sebulan).. Lepastu belikan Amani buku tulis 10 buah (RM6) dan lencana sekolah agama 5 keping (RM3).. Lega rasanya dah bayar yuran.. Tinggal sekolah pagi je belum selesai lagi.. 

Ubahsuai dan naik taraf sekolah agama masih lagi sedang berjalan.. Rasanya sempatlah tu siap sebelum sesi persekolahan bermula.. Tengok bilik guru dan koperasi dah siap.. Cuma bilik darjah masih tengah ubahsuai.. Makin cantik dan selesa sekolah agama Amani.. Alhamdulillah..

Friday, December 29, 2017

Erased (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha layan cerita Jepun lagi.. Kali ini ditayangkan di Netflix.. Ada 12 episod dan setiap episod hanya 30 minit sahaja.. Tajuk Jepunnya ialah Boku Dake Ga Inai Machi.. Drama ini diadaptasi dari manga dengan tajuk yang sama.. Drama ini juga ada dalam bentuk animasi.. Pada 2016, ada filem dengan tajuk yang sama.. Nanti Sha nak cari filem dia..

Cerita pasal seorang budak yang mulanya hanya dapat kembali ke 10 @ 5 minit awal sebelum kejadian buruk.. Namun lepas dia terjumpa mayat mak dia, dia berjaya kembali ke masa dia berumur 11 tahun.. Masa ini ada 3 rakan sekolah dia yang diculik dan dibunuh..

Penyiasatan budak ini dalam mencari pembunuh mak dia dan juga penculik yang membunuh kawan dia memang suspen.. Mang ohsem sangat bila tengok budak ini berusaha bersungguh-sungguh melindungi kawan-kawan dia yang akan jadi mangsa penculikan dan pembunuhan.. Sampailah dia jumpa penjahat sebenar.. Masa ini memang thrill habislah.. Memang tak sangkalah penjahat tu sangat dekat dengan mereka.. 

Tonton tau.. Best.. 


Sinopsis : The story follows Fujinuma Satoru, an aspiring manga artist man who has the ability to travels back in time moments before a life threatening incident, in which he is able to prevent those incidents from happening. When his mother is murdered by an unknown assailant, Satoru’s ability suddenly sends him back eighteen years to when he was still in elementary school, giving him the opportunity to prevent a kidnapping incident that tookthe lives of three of his childhood friends, two classmates and one young girl studying at a school nearby.

Beli Alat Tulis di Kedai ECO

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha beli alat tulis Amani di kedai ECO (RM2.12) je.. Buat masa ini, Amani belum pandai lagi menjaga alat tis.. Makanya beli sahaja di kedai ECO.. Kalau hilang takdelah frust sangat.. Mulanya nak beli bundle je dekat Mydin.. Tapi tak terjumpa pun Mydinnya.. Jadinya ECO jelah dulu.. Tak adalah beli banyak pun.. Beli untuk dua, tiga bulan je.. Nanti kalau banyak pun tak boleh juga..
Minggu ini pula dah nak kena settlekan yuran sekolah agama dan sekolah pagi.. Lambat pula kali ini..

Sha cuma beli pensil (12pcs) 5 kotak, pensil warna 2, pensil case 2, gam 3pcs.. Pemadam, pembaris, pengasah pensil dan gunting masih ada.. Kita bagi habis dulu baru beli lagi.. Sha dah kira budget siap-siap.. Kalau 5 barang RM10.60 jadi kita ambil 10 barang baru RM21.20 je.. Setiap kali nak ke ECO memang Sha akan budget siap-siap 5 barang sekali beli..

Balm Bayi Tok Syed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin banyak pilihan Balm untuk bayi dipasaran sekarang.. Yang semakin mendapat tempat di hati pengguna sudah tentulah yang berasaskan bahan semulajadi.. Balm Bayi Tok Syed ini antara produk yang menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan ramuannya.. Antara bahan yang digunakan ialah Lilin Lebah (Beewax), Minyak Kelapa Dara, Minyak Bunga Matahari dan Minyak Essential.. Ramuan ini menghasilkan bau yang wangi dan menyegarkan bila di pakai atau disapu pada kulit..

"Kebetulan Sha memang ada rasa tak sedap didada sekarang ini disebabkan cuaca yang sejuk dan hujan dimalam hari.. Maka Sha cubalah sapu balm ini dibahagian depan dada dan belakang dada, alhamdulillah dada rasa lega dan selesa.. Yang paling Sha suka tak panas tapi melegakan..Sesuai dipakai oleh semua peringkat umur."


Cara mengunakan Balm Bayi Tok Syed
Sapukan SEDIKIT / NIPIS pada dada depan,kiri, kanan dan belakang badan (di bahagan paru-paru) serta betis dan tengkuk.

Sapukan 2 kali sehari selepas mandi jika bayi tidak selsema (maksimum 4 kali sehari sahaja).

Jika bayi selsema : sapukan nipis di batang hidung.
Jika batuk dan berkahak sapukan SEDIKIT / NIPIS dan KERAP (ulang lebih kerap).

Boleh sapu Balm dan buat teknik percussion (tepukkan pada bahagian paru-paru) untuk melonggarkan kahak.

 
Packaging yang sangat menarik dan eksklusif.. Boleh dijadikan hadiah buat kawan-kawan yang menimang cahaya mata..

Testimoni Mereka yang telah menggunakan Balm..



Balm Bayi Tok Syed - RM80 (tidak termasuk penghantaran). Untuk pembelian boleh terus ke http://bit.ly/BBTokSyed Atau bagi sebarang pertanyaan sila SMS/WA 016-826 2990

Thursday, December 28, 2017

Sicario (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Filem in Sha tahu secara tak sengaja.. Ada orang kongsi dekat Group Movie Addict di Facebook.. Kalau ikutkan Sicario tu maksudnya Pembunuh Upahan..
Ceritanya agak sadis dan kejam ye.. Tak sesuai menonton bersama anak-anak.. Sha tengok filem ini sorang-sorang dalam bilik.. Hehehe.. Permulaan cerita je dah jumpa mayat dalam dinding.. Pergh!! Lepas tu Kate (Emily Blunt) digunakan untuk menumpaskan ketua dadah.. Memang sadis la kalau tengok perjalanan cerita ini.. Bayangkan selamba je mayat yang dah dicacatkan digantung untuk tontonan umum.. Pegawai polis yang korup.. Serangan secara terbuka depan orang awam.. Pergh!! Seram sejuk badan Sha tengok filem ini.. Gigihlah tengok sampai habis.. Adoilah.. Tapi habislah juga tengok.. Ganas dan sadis..


Menang Contest Book Review "Budak Kelas Belakang"

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Alhamdulillah.. Rezeki Sha untuk bulan Disember ini.. Sha menang contest review buku bertajuk Budak Kelas Belakang.. Sha menang tempat kedua.. Alhamdulillah.. Bolehlah Sha tambah novel dengan duit kemenangan ini.. Kikikiki..
Sha menang wang tunai RM100.00 dan Tshirt istimewa Budak Kelas Belakang.. Yeah!! Rezeki.. Semoga penganjur dimurahkan lagi rezeki.. Aamiin.. Semoga buku Budak Kelas Belakang akan semakin laris dipasaran.. Aamiin..

 Pengumuman di Facebook semalam..

Nak dapatkan Buku Budak Kelas Belakang?? Cuma perlu hubungi admin Facebook : Catatan Kaizan Nazlan, Pena Padi ataupun Instagram : Kaizannazlan.. 

Tudung Terkini di ZALORA

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tudung merupakan aksesori kepala yang kebiasaannya dipakai oleh wanita Muslim di Malaysia. Malah dengan kemunculan hijabista dalam kalangan wanita Muslim moden yang gemar akan fesyen, begitu memberi impak dalam dunia fesyen. Semakin banyak jenis dan gaya tudung yang ada di pasaran sekarang..

Selain itu tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat. Pada masa yang sama, tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai asalkan aurat anda ditutup sempurna.

Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau blouse longgar serta skirt labuh agar nampak lebih santai namun elegan. Jika anda sedang mencari tudung yang sesuai untuk koleksi anda di rumah, dapatkan tudung terbaru wanita secara online di ZALORA. Banyak butik fesyen Muslimah online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi tudung terbaru untuk hijabista.

https://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

https://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

https://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

https://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

https://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

https://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

https://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/
Jom layari https://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/ untuk dapatkan tudung pilihan anda..

Wednesday, December 27, 2017

The Dragon Spell (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sambil-sambil teman anak, jomlah layan sama animasi denfan mereka.. Asyik tengok filem kegemaran je kan.. Sesekali kena layan juga kegemaran anak..
Kisah yang sangat menarik.. Seorang budak yang ingin membantu ayahnya menyelamatkan dunia, perlu mencari bunga "Fire Blossom" untuk mengelakkan dunia dari dimusnahkan naga..Bunga itu boleh mengembalikan roh naga ke dalam kulitnya yang dismpan oleh bapa budak itu.. Budak itu mengembara ke dunia magic dengan ditemani kelawar yang boleh melakukan sihir.. Pengembaraan yang sangat berwarna warni dan menarik.. Imani suka menonton animasi ini.. Seronok melayan soal jawab beliau.. Hehehe..


Apa Jadi Dengan Sekolah Kita? oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..


Novel ini novel remaja.. Tapi masih seronok dibaca.. Kisah remaja yang belajar di sekolah genius.. Kemudian datangnya makhluk asing yang cuba mengganggu dan membuat kacau di sekolah namun berjaya dihalang oleh 3 pelajar.. Semangat setiakawan dan juga cinta pada sekolah membantu mereka menangkap makhluk asing tu.. Semua selamat..

Sha baca dalam masa sejam je.. Sebab teruja nak tahu apa yang berlaku.. Dari satu page ke satu page.. Memang tak sedar.. Tahu tahu je dah tamat.. Mengujakan membaca kisah 3 remaja menyiasat dan mencari punca masalah..

Sha baca dan selesai pada 25.12.2017..

Koleksi Sha

Diterbitkan oleh Gempakstarz

Wordless Wednesday #Actofkindness


Tuesday, December 26, 2017

Kecubung Sari oleh Shukriah Md Rodzi

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Kisah mengenai bunga kecubung dan juga saka warisan.. Kerana mengingkuti perkhemahan di Gunung Jerai, Nurin Cahya diganggu sehingga disahkan sebagai pesakit mental.. Gangguan demi gangguan, malah keluarga Nurin turut diganggu.. Mujurlah kakak Nurin berjaya meyakinkan ibu dan ayah mereka untuk membawa Nurin berubat cara perubatan Islam.. Akhirnya Nurin berjaya dipulihkan..

Namun berlaku satu peristiwa yang membawa kepada pembongkaran perkara yang sebenarnya.. Apa kaitan Ida dan juga Ustazah Nazeera dengan gangguan Nenek Kebayan Wan Sari? Siapa pula lelaki dan perempuan yang Nurin jumpa semasa perkhemahan di Gunung Jerai..

Novel ini novel seram remaja tapi masih seronok dibaca Sha.. Ada pengajaran dan juga tauladan buat pembaca.. Sesungguhnya Jin dan Syaitan akan sentiasa berusaha menyesatkan manusia..

Sha baca dan selesai pada 24.12.2017..

Terbitan Layar Pena

WantedCoffee Safwan di Jalan Teluk Muroh, Perak

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Sebelum ini Sha dah pernah share pasal coffee dan ayam goreng RM1 ini.. Boleh baca SINI dan di SINI.. Kali ini Sha share balik sebab ada penambahan dan perubahan harga.. Rasa masih lagi sama dan tak berubah.. Cuma menunya dah bertambah.. Dari jual minuman seperti Mocha, Green Tea, Latte dan sebagainya.. Sekarang dah ada Cendol, Laksa, Mee Kari.. Gerai ini letaknya di Jalan Teluk Muroh, arah nak ke Teluk Batik.. Bolehlah visit FB beliau iaitu Wantedcoffee Safwan.. Biasanya beliau akan update gerai ini buka atau tak di FB.. Owh ya, gerai ini dan gerai Ayam Goreng RM1 bukan kepunyaan tokey yang sama ye.. Cuma gerai keduanya terletak sebelah menyebelah..

Sudah ada papan tanda Cendol Utara.. 

Kesukaan Sha.. Mocha.. 
Sha panggil kopi gemuk sebab cup dia besar.. 
Harganya RM4.50 sahaja.. 

Dah banyak meja dan kerusi.. 

Ayam goreng ini seketul RM1 je.. 
Gerainya bersebelahan dengan gerai air kopi tu.. Kalau peha je RM1.50.. Tapi memang berbaloilah.. 

Tempe ini dia dah siap pek.. Satu pek RM2 dab ada sambal kicap sekali.. 

Air, ayam dan tempe ini memang kesukaan Sha.. Murah dan sangat berbaloi.. Puas makan tau.. 

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint
http://kebaikankeindahan.blogspot.my/2017/12/year-end-giveaway-by-husnieyhusain.html
Tarikh Berlangsung
23 Dis 2017 sehingga 05 Jan 2018 Jumaat, 11.59 pm

Anak Buah Baru

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Weekand Sha balik kampung.. Rumah MIL dan juga rumah ayah.. Sempatlah melawat adik ipar yang masih dalam pantang dan bertemu anak buah yang ketiga.. Kali ini Sha dapat anak buah perempuan..

Bertambahlah cucu Atok Mamat.. 2 lelaki dan 3 perempuan.. Adik ipar Sha terpaksa bersalin secara operate sebab laluannya tak buka-buka.. Tapi Alhamdulillah, masa Sha datang melawat beliau nampak kuat.. Baby pun sihat dan dah tak kuning.. Sempatlah tengok baby di tahnik oleh Imam.. Comel dan merah kulitnya..

Monday, December 25, 2017

Pukau oleh Muhammad Fatrim (Zine)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Kisah yang sangat menarik dan memberi info tambahan pada pembaca.. Bahaya pukau dan cara mengatasinya.. Penulis memang berjaya menyampaikan mesej.. Walaupyn hanya 75 muka surat sahaja, novelet ini sangat best dibaca..

Baca dan tamat pada 24.12.2017..

Jepun | Midnight Diner (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini filem Jepun ye.. Tajuk yang sama untuk drama Jepun 3 season dan satu drama Korea.. Drama Korea tu Sha dah tengok.. Saja tengok versi Jepun.. Tapi drama macam panjang sangat je.. So Sha tengok filem je.. 

Kisah bermula bila mereka terjumpa abu mayat yang ditinggalkan di dalam paper bag.. Tak siapa tahu abu mayat itu kepunyaan siapa.. Mulanya Master, pemilik Midnight Diner bawa abu mayat tu ke balai polis dan buat laporan.. Tapi lepas tu Master ambil balik abu mayat dan letak kat restaurant beliau semula dengan harapan, pemiliknya akan datang ambil balik.. Sepanjang menunggu tu, beberapa perkara terjadi pada pelanggan Master.. Memang seronok filem ini sebab cerita pasal makanan kan.. Sha teringan nak rasa Napolitan (spaghetti yang dimasak di kuali lain kemudian di letak dalam hot plate).. Macam best je bila tengok menu-menu makanan dia.. Hehehe.. 

Kuda Merah Masuk Bengkel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Kuda merah masuk bengkel untuk servis pula.. Nak tukar minyak hitam, minyak power stering, brake pad dan tensioner bearing.. Tensioner tu patutnya dah tukar tapi budget tak ada, tu yang baru tukar.. Kali ini punya servis major sikit sebab dah 100000km kan..Encik suami buat sendiri je dengan pertolongan dari kawan mekanik dia.. Jimat kos sedikit dan boleh belajar-belajar.. Encik suami Sha memang macam tu.. Kalau dia ada masa, semua nak buat sendiri.. Sha okay je..

 
Buka tayar untuk penukaran Brake Pad..

 

Brake pad belah kiri.. Habis dah.. 

Brake pad yang baru..

Beza kanan dengan kiri.. Belah atas tu sebelah kanan.. Yang bawah tu sebelah kiri.. Encik Suami cakap sebab Sha kuat drift belah kiri tu yang brake pad belah kiri haus teruk.. Sabar jelah..

Tensioner lama yang dah dibuka.. Benda inilah yang menyebabkan bunyi ketak ketak bila Sha memandu.. Hehehe.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com