Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, October 31, 2016

Menang SEGMEN:BLOGLIST NOVEMBER by CIK NUR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Rezeki hari Isnin..
Sha tersenarai sebagai salah seorang pemenang..
Yang paling ohsem bila tuan blog dan sahabat Sha,
Lea tinggalkan komenmemaklumkan Sha menang..
Pergh!!! Terharu wei..

 
Ini Cik Nur tinggalkan komen..

 
Yang ini lak komen dari Lea..
TQ So much Lea..

Pos Malaysia Mobile Apps

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pos Malaysia Mobile Apps..
Sha dah install dekat HP..
Walaupun tak selalu membeli dan menjual..
Tapi saja suka nak install..

Pada Sha Apps ini mesra pengguna..
Tak susah nak install dan guna..
Just cari dekat Google Play Pos Malaysia Mobile Apps dan install..
Tapi pastikan masih ada memory ye di telefon anda..

 
Bila searching dengan keywords Pos Laju Track and trace dia akan keluar banyak Apps..
Pilih yang ada gambar Pos Malaysia tu..

 
Yang ini ye..
Atau boleh taip je terus Pos Malaysia Mobile Apps..

Antara Features untuk Apps ini:
1. Track and trace (Tracking History)
2. Postage calculator
3. Postcode finder
4. Outlet finder
5. Validate Prepaid

 
Paparan Apps nie di Handphone

 
Untuk jejak bungkusan korang..
Masukkan je tracking no..
Tapi tak boleh masuk banyak-banyak..
Kena jejak satu-satu..
Tapi nanti Tracking no itu akan ada dekat Tracking history..

 
Bungkusan Sha yang berjaya dijejak..
Hehehe.. Ini untuk Bungkusan yang dihantar menggunakan FlexiPack ye..

 
 Inilah dia bungkusan FlexiPack..
Ini harga lama ye..

 
Yang ini pula senarai tracking yang pernah sha cari..
Klik je Tracking History, nanti akan keluar paparan macam ini..
Bestkan.. Mudahkan..
Ke.. Sha je yang rasa best... Hahaha..
Maaflah ye.. Just info untuk korang..

ENCHANTEUR PARIS : Create Magical Moments Every Day

Assalamualaikum..
Hye semua..

Enchanteur datang dengan koleksi Enchanteur Paris yang begitu memikat dan memukau..

Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS


Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.

Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:
ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie.
ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.
Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.

ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang.
Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.
Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.

ENCHANTEUR PARIS Adore
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting.
Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.
Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau.

Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. 

Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di http://www.facebook.com/EnchanteurMY.

Sunday, October 30, 2016

Keywords Blog Kasihku Amani #4

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah search keywords di Nuffnang..
Semoga entry Sha dapat membantu mereka di luar sana..

 
Ini adalah carian untuk minggu ini..
Masih ada yang mencari lirik janam-janam..
Yeah!! Ada juga yang mencari novel seram..

 
Untuk carian bulan lepas pula tetap ada lirik janam-janam..
Minat betul mereka dengan lagu dari filem Dilwale ini..
Selain itu ada juga yang search pasal drama korea..

Hadiah Birthday Giveaway by KasihkuAmani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan penyertaan melebihi 30 orang..
Maka Sha tambah hadiah tau..
So kat sini Sha update hadiah ye.
Jadinya sekarang ini dah ada 7 hadiah..
Untuk 7 orang pemenang..

Buat pengetahuan semua..
Walaupun contest masih berjalan..
Sha dah jumpa sorang pemenang..
Yang ini berjaya memikat Sha dengan entry yang sangat kreatif..
Siapakah dia?? Sila nantikan pengumumannya..
Kalau ada entry lain yang memikat hati Sha, Sha akan tambah hadiah ye..

Nanti masa pengumuman pemenang Sha akan maklumkan..
Pemenang yang sangat comel dan ohsem sila bersabar ye..

 

 

 

Hadiah Birthday Giveaway by KasihkuAmani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan penyertaan melebihi 30 orang..
Maka Sha tambah hadiah tau..
So kat sini Sha update hadiah ye.
Jadinya sekarang ini dah ada 7 hadiah..
Untuk 7 orang pemenang..

Buat pengetahuan semua..
Walaupun contest masih berjalan..
Sha dah jumpa sorang pemenang..
Yang ini berjaya memikat Sha dengan entry yang sangat kreatif..
Siapakah dia?? Sila nantikan pengumumannya..
Kalau ada entry lain yang memikat hati Sha, Sha akan tambah hadiah ye..

Nanti masa pengumuman pemenang Sha akan maklumkan..
Pemenang yang sangat comel dan ohsem sila bersabar ye..

 

 

 

Saturday, October 29, 2016

Ongoing Campaigns From Nuffnang #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nampaknya Nuffnang agak kedekut bulan nie dengan Sha..
Hehehe.. Ada 2 je ongoing kempen yang berlegar-legar di blog..
Sedihnya hatiku..
Nampak gayanya lambat lagilah baru boleh cashout..


Jemputlah click iklan nuffnang sha ye..

Hadiah Giveaway Sakan by Eyqin and Ecah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada sharekan entry
pasal Sha Menang Giveaway Sakan by Eyqin and Ecah.
Hadiah nya dah sampai...

Lambat ye??
Bukan salah penganjur, tapi Sha yang salah..
Silap taip email address..
Sedih.. Mujur penganjur baik hati...
Eyqin tinggalkan komen di chatbox..
terus check email.. lepastu gelak sorang2..
Teruk betul sha nie..

Hari ini 25.10.2016 Hadiah nya sampai ke tangan Sha..
Novel baru tau..
Pembalut plastik pun masih ada..
Terima kasih sangat-sangat pada penganjur Eyqin dan Ecah
untuk hadiah yang ohsem dan marvelous sangat ini..

Sha doakan Eyqin dan Ecah dimurahkan rezeki..
Aamiin..
 
Mesej Eyqin pada Sha..
Thank you tau Eyqin..

 
Inilah novelnya...
Pendamping oleh Zyra Safiya..
Siap ada nota comel dari Eyqin dan Ecah..
TQ so much tau..
Suka sangat..
Ulasan Sha : Novel yang sangat misteri dan mistik.. Kalau nak tau pasal kembar air bolehlah baca novel ini.. Macam2 cara yang manusia sanggup buat demi memuaskan keinginan hati.. Walaupun perkara yang dibuat menyalahi agama. Ibu Bapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anak2. Mengawal, memerhati, memantau,  menasihati dan juga menerima kekurangan anak boleh membantu anak membesar dengan baik.. Walaupun anak angkat, tetap anak.. Kesalahan dan kejahatan mak bapa bukan menjadikan anak itu juga jahat. Jangan terlalu mudah berjanji pada apa yang tidak kita ketahui tapi mohonlah pada Allah jalan penyelesaian yang sepatutnya.

Friday, October 28, 2016

Amani Periksa Untuk Terakhir Kalinya di PASTI

Assalamualaikum..
Hye semua..

Start hari Isnin (24.10.2016) hingga Khamis (27.10.2016)
Hari pertama exam, Amani punya semangat lain macam..
Awal dia dah bangun, jam 5.30pagi..
Tak payah dikejut..

Mandi sendiri.. Kemudian siap kemas tempat tidur tanpa disuruh..
Lepas mandi dan bersiap, Sha buatkan dia roti..
Sarapan dulu sebelum ke sekolah..

Ayah dia yang hantar pergi sekolah..
Bila balik, Sha yang amik..
Kemain seronok lagi Amani bercerita pasal kertas periksa dia..

 
Semangat Bangun pagi..
Mandi sendiri..
Bersiap.. kemas tilam..
Semoga anak mak sentiasa bersemangat ke sekolah..
Aamiin.. Aamiin..

Makan Roti Canai Tampal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila dua beradik makan roti canai tampal telur @ roti tampal telur..
Sementara tunggu Sha siap masak nasi dan lauk untuk makan malam,
mereka berdua makan roti tampal ini.
Bukan main lagi keduanya..

Bila dah kelaparan memang kena standby makanan lain..
Kalau tak mereka berdua akan mengacau Sha di dapur..
Kadang-kadang Sha buatkan roti dengan jem dulu.
Kadang mereka makan biskut je..

Balik kerja memang terkejar-kejar sikit untuk memasak..
Tambah kakak main kat sekolah..
Balik memang laparlah dia..

 
Adik sibuk asingkan roti yang banyak telurnya..
 
 
 Kakak pula sebok makan..

 
Masih sebok mengasingkan roti untuk kakak, dia dan emak..

Jualan Gudang Karangkraf 2016

Assalamualaikum..
Hye semua..

#JualanGudangKarangkraf

Jualan Gudang Akhir Tahun 2016 Karangkraf kini kembali.

Dapatkan pelbagai bahan bacaan seperti novel, buku, majalah dan Al-Quran dengan diskaun yang istimewa. Buku dan majalah SERENDAH RM1 pun ada. Bermula dari 28 Oktober 2016 - 27 November 2016 (SEBULAN!), 9.00 pagi - 7.00 malam bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Inilah masa terbaik untuk membeli buku, majalah dan novel.
Sangat-sangat berbaloi!
 
 
 28 Oktober 2016 - 27 November 2016 (SEBULAN!) 
9.00 pagi - 7.00 malam 
Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor

 
Jangan lupa dapatkan dua buah novel ini..
Peminat novel seram pasti akan menggemarinya..

Thursday, October 27, 2016

KFC Cheezy Onion

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha da try KFC Cheezy Onion Crunch.. 
Sedap tapi cepat muak.. 
X le nak makan banyak..
Sos Cheezy Onion tu sedap..
Buat cicah dengan Kentang goreng pun best..

Amani pun suka sos cheezy onion tu..
Imani tak suka.. katanya tak sedap.. hehehe..
Anak dara sorang tu selera kampung..

 
Sha beli kombo yang ini.. Dapat
Kentang putar dan sayur yang besar 1..
Air dua, ayam 5 ketul dan sos Cheezy Onion tu 3..

Create Your Own Blog

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom buat blog sendiri..
Bukannya susah pun..
Mudah sangat-sangat..




 
Pilih sahaja design yang anda suka..
Pasti ada satu yang menepati identiti anda..

 
Blogspot menyediakan free domain..
Janji ada akaun google mail..

 
Anda juga boleh menjana pendapatan dengan Google AdSense.


 
Anda juga boleh menyimpan kenangan dengan menulis di blog..

 
Cari dan kumpul kenalan dengan ramai orang melalui blog anda..

Wednesday, October 26, 2016

Meriah di Pasar Bulatan UNITEN

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minat makanan??
Suka makan??
Jom shopping makanan..
Bulatan UNITEN nie memang best..
Ada bermacam-macam makanan goreng..
Ada pelbagai jenis nasi, sup dan kuih muih..
Kalau ke Serdang or Putrajaya, jangan lupa singgah tau..
Kopi Chillax memang best..
Sha paling suka coklat chip..
Sedap dan memikat hati..

 

Pelbagai makanan goreng..
Ada sukun, cekodok pelbagai jenis, wadeh, bayam goreng, keropok keping, cendawan dan ubi kayu..

Air mangga kaww..
Coconut shake..

Coklat Chip Chillax yang sedap..

Wadeh goreng.. Masin sikit..
7 ketul seringgit

Sukun - 5 keping dua ringgit

Kole kacang rm3

Wordless Wednesday Special #9

 
Kami Berjaya Sedondon..
Tapi Bukan di Pagi Raya..
Hehehe..

Tuesday, October 25, 2016

Homestay di Putrajaya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu 22.10.2016, Sha ke Putrajaya sempena Konvokesyen adik perempuan Sha..
Kami stay dekat Desa Pingiran, Putrajaya..
Rumah teres dengan dua bilik tidur beraircond..
Dua bilik air.. Ada peti ais, tv dengan astro Njoi..
Ada extra toto.. Sterika..
Baru RM150 semalam..

Ruang tamu..

Ruang berhampiran dapur..
Ada seterika..

Bahagian dapur..

Bilik tidur utama..
Ada aircond..

Bilik air dalam bilik tidur utama..

Bilik kedua..
Ada 2 tilam single dan aircond..

Bilik air kedua..

Tempahan homestay ini adik ipar Sha yang buat..
Keseluruhan yang Sha boleh komen, rumah ini okaylah..
Tapi dari segi pendawaian elektrik tak berapa kemas..
Untuk orang dewasa stay dan bermalam, kira okaylah...
Kalau ada anak-anak memang kena hati-hati..
Nama Homestay ini pun Sha tak tau..
Sebab tak ada pula ownernya letak signboard dan contact di bahagian depan rumah..
Sebelum checkout kami buang siap sampah-sampah dan kemas katil..
Memudahkan tuan rumah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI