Monday, February 29, 2016

Pocong Balik Rumah - Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Novel yang sangat ohsem dari penulis yang ohsem..
Seriouslly memang x berhenti-henti rasa takut dan lucu silih berganti..
Kenapa? Yang tu kenalah baca..
Memang letih nak tunggu penghujung cerita.. kesian pocong tu..
Hahahaha..

Masa mula-mula baca memang seram..
serious.. Seram sangat..
Tambah-tambah bila keluar dialog "Tolong bukakan.."

Tapikan lama kelamaan... Seram tu bertukar lucu..
Yellah.. Bila kena tegur je, macam-macam aksi..
Wakakaka...

Lepas tu agak misteri gak.. 
Kenapa misteri?? Kenalah baca..
Plot yang disampaikan memang ohsem..

Tapikan, kalau baca novel ini jangan baca dekat tempat terbuka tau..
Kang orang tengok kata gila lak..
Yellah.. Tajuk seram tapi yang baca dok gelak-gelak..

Rezeki Encik Suami

Assalamualaikum..
Hye kengkawan.. Entry #throwback sangat..
Rezeki Encik Suami bawa balik..
3 Februari, Encik Suami bawa pelajar gi Kilang Gardenia. 

Suami Sha kan kerja Pemandu..
So bila kena outstation, kadang-kadang adalah buah tangan yang dibawa balik..
Sama ada pemberian Pensyarah / Staf yang dia bawa..
Ataupun dari tempat-tempat lawatan yang dia pergi..

Alhamdulillah.. Murah rezeki mereka yang memberi..
 Roti, waffle dan Coklat Spread dari Gardenia.
Sha memang suka Coklat spread gardenia nie.. Sedap..
Waffle tu pula kegemaran Amani untuk bawa ke PASTI.

Sunday, February 28, 2016

Kedai Abang Man Burger

Assalamualaikum..
Hye kengkawan..
Suka makan Berger??
Berger Abang Man nie memang ohsem..

Sebelum ini Sha ada share pasal Berger abang man nie..

Sekarang Abang Man dah upgrade ke kedai burger..
Boleh makan dan minum di sini..
Abang Man turut dibantu isteri dan anaknya.

Sha memang suka beli berger abang man nie..
Best dan ohsem sangat.. Pada tekak sha la ye..
Tekak korang, sha x pasti la pula..
Tekak lain-lain kan.. Hehehe..

 
 Ada makanan tambahan
Nasi lemak berlauk
Air minuman
 
 
 
 Berger kosong Amani RM1.50 je

 Ini Sha punya.. Tanpa nenas dan bawang.
RM2.50 je..
Sedap, meriah dan best.

Biskut Cornflakes aka Red Pearl Cookies

Assalamualaikum..
Mudah dan sangat senang..
First time sha buat cookies sebenarnya..
Yang paling best bila percubaan pertama menjadi..
Yang buat lagi best bila anak-anak suka makan.. Best sangat rasanya..
Sha dapat resepi nie dari FB Lina Othman..
Boleh klik sini kalau nak tengok resepi penuh berserta gambar.
Satu adunan nie boleh dapat 51pcs.. Bergantung pada saiz biskut..
Sha guna tangan je.. Hehehe..
Bak kata adik Sha, air tangan ibu tu penting.. Hehehe..

Sha derhaka sikit.. Hehehe..
X guna badam strips dan ceri merah..
Sha gantikan dengan badam keping dan coklat cip pink..
Kena berani try and error.. Suhu oven pun sama..

Red Pearl Cookies
Bahan-bahannya
150g butter
75g gula kastor
150g tepung gandum
60g cornflakes
25g badam strips (Sha masuk ikut suka.. Hehehe)
Ceri Merah sebagai hiasan (Sha guna coklat cip pink dan gula hiasan bentuk love)
Sedikit esen vanilla

Cara Membuatnya
Pukul atau kacau gula dan butter. (Sha guna sudu je). Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau. Kemudian masukkan Cornflakes dan badam. Kacau lagi. Masukkan sedikit esen vanila dan kacau. Setelah itu, bolehlah bentukkan mengikut kreativiti masing-masing. Sha gunakan tangan je. Tempek-tempek kat atas dulang pembakar yang dah dilapik aluminium foil. Oh ya, jangan lupa panaskan oven ye. Bakar pada suhu 175c selama 20 ke 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing ye.

Dah siap. Ini percubaan yang pertama. Dapat 51pcs.

 
 Untuk percubaan kedua sha dapat 53pcs cookies.. Macam yang Sha cakap, jumlah cookies bergantung pada size. Owh ya, percubaan yang kedua nie Sha guna badam strips pula

Saturday, February 27, 2016

Congo Bar di Hujung Minggu

Assalamualaikum..
Hye semua.. Jom masak Congo Bar..
Kebetulan kepingan badam dengan biji bunga matahari masih ada lagi, tu yang merajinkan diri..
Dapatlah satu bekas tupperware.
Bolehlah Amani buat bekal ke sekolah.

Alhamdulillah, kali ini Congo Bar sha masak elok je.. Tak hangit..
Sha gunakan apa yang ada dekat rumah je.. Kena kreatif bila jadi mak nie.
Satu lagi, bila buat sendiri lagi puas hati. Boleh bubuh badam, kekacang dan coklat cip sesuka hati. Ce tengok gambar kat bawah tu. Meriahkan dengan badam, biji bunga matahari dan coklat cip? Barulah puas nak makan.

Kalau nak resepi boleh klik entry Sha ini

Sebelum dibakar..
Tips : Nak mudahkan, guna je aluminium foil. Dulang pembakar x kotor, congo bar senang keluar.
 
 Yeah!! dah siap masak..
Suhu 175 dan 20 minit masa.
 
 Dah siap potong, kita bubuh dalam Tupperware. 

Menang Giveaway Cash RM30 Feb 2016

Assalamualaikum..
Betullah kata orang, kalau dah rezeki InsyaAllah x kemana..
Walaupun suka-suka joint Giveaway yang rakan-rakan blogger buat..
Support rakan-rakan.. Bila menang syukur sangat-sangat..

Alhamdulillah rezeki Menang Giveaway Cash RM30 Feb 2016 dari Blogger Ahmad Hasif..
Semoga semakin murah rezeki beliau..

Entry saya boleh tengok SINI.
Semak senarai Peserta dekat SINI.
Pengumuman pemenang dekat SINI.

 No 19 yang bertuah...
Ohsem..

Terima kasih ye Saudara Ahmad Hasif.

Friday, February 26, 2016

Carboot Sale - 21.02.2016

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Sha masih diberikan peluang untuk joint Carboot Sale di Tanjung Malim..
Kali ini Novel-novel Preloved Sha menjadi tumpuan pengunjung..
Lakulah 4 buah novel dan 2 lagi Sha tukar dengan jiran..
Selain dari Carboot Sale Sha juga berjaya melelong novel Sha di Facebook. Alhamdulillah.. Rezeki datang dari Allah..

Sekarang nie memang kena rajin cari pendapatan sampingan..
Suka ke x suka ke, terpaksa..
Kos sara hidup makin lama makin singkat..
 
 Antara barang Prelove yang sha jual
novel
baju kanak-kanak
blouse
jubah
baju kurung kanak-kanak
romper
kasut en suami

Produk makanan - Sambal Hitam Pahang

Sample Free From Kotex

Assalamualaikum..
Hye gurls..
Nak sample free x??
Sample apa??
Sample Kotex Odor Care
Ada dua bauan.. Lavender dan juga Daun Sirih..

Kalau nak juga sample jom klik link or gambar dekat bawah nie..

https://www.kotex.com.my/get-a-sample.aspx

 Step 1 - Isi detail kita

Step 2 - Isi alamat.
 
 Step 3 - Bubuh Verifikasi kod dan jenama yang kita guna skrg..

Mudah je kan step dia.. So jom isi dan dapatkan sample..

Thursday, February 25, 2016

Sambal Hitam Pahang bersama Ulam-Ulaman

Assalamualaikum..
Sambal Hitam Pahang yang ohsem..

Sebelum ini Sha ada sharekan mengenai Sambal Hitam Pahang di entry
Kepelbagaian dengan hanya satu botol..
Memang ohsem, mudah dan mengancam..

Terutama sekali kepada mak-mak yang berkerja dan menjadi suri rumah..
Memudahkan dan menjimatkan masa..

 Buat pencicah dikala tiada sambal belacan..
Memang ohsem dan mengancam.. 

RM15.00 sebotol (150g)
Berminat??
Meh WhatsApp - 0192673703
Boleh pos.. Jangan risau..

Win Applecrumby & Fish Vouchers Worth RM400

Win Applecrumby & Fish Vouchers Worth RM400

http://blog.applecrumbyandfish.com/promotions/1803/

Jom joint..

Klik gambar ye..

Bila Mak Panik

Assalamualaikum..
Hye guys and gurls...
Kepada mak-mak yang ada anak dara lasak..
Pernah x mengalami peristiwa seperti Sha nie..??

Ingat x sebelum ini Sha ada share pasal peristiwa Imani di Taska..
Boleh baca entry Tragedi Menimpa Imani dan Tragedi Imani #2.
Kesan dari tragedi tu, gusi Imani bengkak dan mula menutup gigi Imani..
Dugaan dan ujian.. Kebetulan pula gigi dia da agak rosak..
Makin menambahkan bengkak pada gusi..
Tapi Alhamdulillah dia x merengek dan meragam..
Masih boleh makan dan menyusu..
Cuma disebabkan Sha risau, maka Sha bawa juga pergi Klinik Gigi..
Sha bawa pada 17.02.2016, doktor bagi antibiotik dulu nak kurangkan bengkak..

Peristiwa yang membuatkan mak panik terjadi pada malam 18.02.2016.
Apakah peristiwa itu??
Si kakak ngn adik main-main di ruang tamu..
Mula-mula dia jadikan kusyen tu kuda..
Ok lagi.. Kemudian sorang duduk yang sorang lagi tarik..
Masa tengah main-main tu mulut si adik dah terantuk..
Apa lagi berdarah la.. Gusi memang dah bengkak kan..
Yang buat Sha panik bila darah yang keluar tu bukan setakat cecair tapi cam darah beku..
Berangkai-rangkai dan banyak.. Mak yang kepenatan pun panik la..
Terus bawa gi bilik air dan cuci darah-darah tu..
Suruh Imani kumur-kumur nak buag sisa-sisa darah dalam mulut dia..

Dah jadi macam tu barulah dua-dua senyap..
Mak panik cam orang gila jadinya..
Bila dah bersihkan mulut Imani, bagi makan antibiotik..
Dalam hati berdoa semoga x serius..
Risau la juga sebab tengok gusi dia lebam kebiruan..

Alhamdulillah, pagi esoknya bangun tengok dah surut dan pink balik gusi dia..
Tapi masih ada sikit-sikit kesan lebam..
Bila tanya Imani sakit x gusi tu.. Dia kata x sakit..
Dia siap tunjuk mulut dia bagi tau dah x sakit..
Legalah sikit.. Nak tunggu hari Isnin je..
Buang gigi yang rosak tu.. Harapnya xde la apa..

Moral of the story, mak jangan panik sangat ye..
Hehehe.. Tapi tu lah.. Bila mak je yang ada, panik dia lain macam sikit..
Masa peristiwa nie jadi, encik suami xde kat umah..
So tu yang mak panik melampau.. Hehehe..

Wednesday, February 24, 2016

Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie


http://impianacikyaanie.blogspot.my/

5 Pemenang bertuah akan diberikan freegift serta REVIEW BLOG!
TAMAT PADA BILA-BILA MASA SAHAJA.

Segmen Sesi Mengenali Ahli Blogger 2016

Assalamualaikum..
Hye semua..
Jomlah kita mengeratkan silaturrahim sesame kita...


http://nurnabla.blogspot.my/2016/02/for-blogger-sesi-mengenali-ahli-blogger.html


Sha telah di tag oleh Blogger Sweet Farrah Nadia.
TQ ye Farrah..

Impian anda terhadap blog anda.
Impian saya terhadap blog saya sangat tinggi. Saya punya impian satu hari nanti saya boleh jadikan blog saya nie sebagai punca pendapatan saya. Insya Allah..

Buat biodata anda sikit dalam entri tersebut.
Biodata saya - Saya berkerja sepenuh masa sebagai Pembantu Perpustakaan (S17) - Sudah berkahwin - Ada dua orang anak perempuan - Suka berniaga - Suka membaca (Sekarang tengah addicted dengan novel seram Malaysia) - Suka makan dan berjalan - Partimed Blogger - Sangat suka menikmati makanan - Seorang yang sangat pelik - 

Ajak ahli blogger lain untuk join.
Saya tag Nur Aisyah Sukor, Shikin Razali, Kak Ana dan NurSabrina.

Dalam entri mesti diisi nombor telefon * ikut pada diri nak letak atau tidak*, laman sosial yang korang ada ( Instagram , Twitter dan Facebook )
Saya ada Facebook : Amani Imani
Twitter : shadzul
Instagram : @kasih_shadz
No fon : 0192673703 (WhatsApp Only)

Wordless Wednesday #39

Assalamualaikum..
 Yup.. Jangan menoleh ke belakang..
Sebaliknya teruslah melangkah kehadapan..
Ketika kau berpaling, berpalinglah untuk mengukur sejauh mana langkahmu telah ke depan..

Menang GA di Instagram

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Rezeki Sha menang GA dekat Instagram..
Saje je joint tanda sokongan..
Menang shawl tau..
Sebab shawl nie kena lilit sendiri, belumlah pakai lagi..
Hehehe.. Sha x pandai nak melilit..
InsyaAllah nanti lepas Encik Suami jahit untuk jadikan dia instant baru sha pakai ye..

 Jom follow IG SABoutique

 Pengumuman pemenang.. Ohsem beb..

Inilah dia shawl yang Sha terima..
Memang puas hati.. Kain dia best..
Warna merah yg mengancam..
TQ SABoutique untuk hadiah yang best nie..
Semoga dimurahkan lagi rezeki ye..

Tuesday, February 23, 2016

Keropok Ikan Segera SEAmEQ

Assalamualaikum..
Jam makan kopok Terengganu..
Sedap dan rangup.. 
First time makan, masa beli dekat Kedai Jamilah di Lumut, Perak..
Tapi keropok nie datangnya dari Terengganu..
Seriously memang sedap.. Sesuai dibuat snek semasa menonton tv..
Harga sebungkus RM2.50 tapi kalu beli 5 bungkus jadi RM2.00 Sebungkus..
Memang boronglah..

Keropok nie datang sekali dengan sos pencicah..
Makan macam tu je pun sedap..
Cicah dengan sos dia pun sedap..

 
 Sos yang ohsem

 Keropok yang best..

Kursus Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua.. Harapnya sihatlah ye..

Alhamdulillah.. Kursus lagi..
Kali ini Kursus Sha yang buat..
Diadakan selama dua hari iaitu 16&17 februari 2016
Kursus Microsoft Office Publisher ini anjuran Unit Perpustakaan.
Kursus ini Sha buat 2 hari dengan kerjasama Jabatan Matematik dan Sains.
Menyahut seruan, berkursus secara dalaman je.

Kursus ini Sha buat untuk memenuhi KPI Perpustakaan dan juga membantu staf sokongan mendapatkan Kursus.. Alhamdulillah sambutan yang diterima menggalakkan..
Yang penting semua dapat manfaat..
 Kusyuk mereka mendengar ..

 Top 5 pemain kuiz Kahoot! Best owh.. Lepas kursus buat kuiz dan menang hadiah..
Hadiah utama shawl tu..
(Nanti Sha buat entri yang berasingan pasal Game Kahoot! nie ye..)

 Bergambar kenangan selepas 2 hari berkursus..

Pada 18.02.2016 pula ada Bengkel Pembangunan ebook..
Yang ini pula untuk menyiapkan satu website bagi memuatkan semua ebook yang Perpustakaan ada..
Yang ini kami buat dengan kerjasama Unit ICT, PSAS..
Kalau ikutkan, ini hanyalah perbincangan namun kami tukarkan menjadi bengkel..
So dapatlah satu hari berkursus.. Settle..
Alhamdulillah dapat lagi 3 hari..
 

Sebagai menyahut seruan berkursus secara dalaman, maka terhasillah Kursus-kursus seperti diatas..
Xyah nak fikir transport, dan penginapan..
Baru masuk bulan 2, Sha dah dapat 5 hari berkursus..
Tinggal lagi 7 hari je nak kejar..

Monday, February 22, 2016

Sample Drypers Drypantz

Assalamualaikum..
Hye kengkawan..
Alhamdulillah.. Dapat Sample dari Drypers..
Walaupun lama menunggu, Alhamdulillah..

Nak?? Jom joint Drypers Baby Club..
Boleh request sample macam yang sha dapat nie..

Dapat dua pek..

Dalam 1 pek ada 2pcs..
Total 4pcs..

Macam mana nak request sample dengan Drypers Baby Club??
Mudah je.. jom follow step dibawah..

1. Klik gambar @ link dibawah.

2. Scroll sampai jumpa gambar dibawah. Klik Free drypers sample.

3. Dia akan keluar page macam kat bawah nie, klik continue.

 3. Pilih sample apa yang nak di cuba.

4. Pilih size pula.

5. Bila sampai part yang nie bolehlah login ataupun Sign up.. Mudah je kan..

PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA

Assalamualaikum..
JOM RAMAI-RAMAI JOINT
http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
 

Kala Senja Dia Datang

Assalamualaikum..
Jom membaca..

Kali ini Sha nak Review Novel Seram Kala Senja Dia Datang..
Novel ini mempunyai tiga cerita yang ditulis oleh tiga penulis..
Memang ohsem dan sangat best..
Ketiga-tiga novel dalam nie berkait-kait.. Saya suka cara ketiga-tiga penulis menghubungkan ketiga-tiga cerita ini.. Memang ohsem..

1. Kala Senja Dia Datang - A. Darwisy
Ulasan Saya : Cerita yang sangat ohsem.. Bergerak dari zaman kini ke zaman lampau dengan sangat konsisten.. So perjalanan cerita tidak tergantung.. Sedikit demi sedikit misteri mula terungkap.. Sesunggunya Syaitan memang sentiasa berusaha menyesatkan manusia.. Bayangkan dari zaman dahulu peristiwa terus berlaku membawa ke zaman sekarang.. Makhluk senja berusaha mengganggu keturunan Mustafa demi meneruskan legasi.. Berjayakah makhluk tersebut?? Seram yang ohsem..

2. Marina - Saidee Nor Azam
Berape kali dah pesan.. Barang bukan milik kita, jangan diambil.. Namun x pernah serik.. Semuanya berpunca dari seutas rantai kaki.. Mimpi ngeri yang menghantui Marina. Bila baca cerita ini memang boleh mendatangkan teka teki.. Mencelarukan pemikiran..

3. Penumpang Malam - Zaifuzaman Ahmad
Ok.. Cerita nie memang seram.. Tetibe je ada bau wangi.. Tetibe je ada kelibat.. Eh.. Eh.. Cam main acah-acah lak.. Hehehe.. Ganggu ritma jantung betul citer nie.. 

Sunday, February 21, 2016

Nasi Goreng Kacang Botol

Assalamualaikum..
Menu paling simple bila badan da penat..
Mudah, cepat dan pantas..
Semua boleh makan..

Kebetulan pula pokok kacang botol dekat Perpustakaan dah mula mengeluarkan hasil..
Maka mohle kita kutip dan buat Nasi Goreng..
Banyak manfaatnya bila rajin berbudi dengan tanah..

Nasi Goreng Kacang Botol
Bahan-bahannya

Nasi putih
Kacang botol
Bawang besar
Perencah Nasi Goreng Adabi
Telur 2 biji
Planta Adele

Cara Memasak
Panaskan kuali dan cairkan 1 sudu mentega Adele. Pecahkan 2 biji telur dan kacau. Setelah masak, ketepikan. Panaskan lagi sesudu mentega Adele, masukkan bawang yang telah diricik. Goreng hingga naik bau sahaja, dan bolehlah masukkan perencah nasi goreng Adabi dan sedikit air. Biarkan sebati dan bolehlah masukkan kacang botol dan telur. Kacau dan masukkan nasi.. Kacau lagi bagi sekata.. 

Sha buat nasi goreng nie x pedas sebab anak dara dua orang tu x makan pedas.. Kalau korang nak pedas just tambah cili padi jer.. X pun makan dengan sambal hitam pahang.. Memang sedap..

 Kacang botol ini Sha amik dekat opis..
Hasil bila berbudi dengan tanah..

 Nasi goreng yang dah siap..

Jom Makan Nasi Goreng bersama Sambal Hitam Pahang yang ohsem nie..


Berminat dengan Sambal Hitam Pahang??
Meh WhatsApp - 0192673703
Sebotol RM15 je
Berat 150g

Jalan-jalan Makan Kenduri

Assalamualaikum.. Hye semua..
Ini #throwback entry..
Jalan-jalan gi makan kenduri dekat Dewan Kg. Gajah, Perak..
Kenduri kahwin kawan adik..

Kenapa Sha boleh ikut?? Hehehe sebab temankan adik..
My gurl, ayah mereka yang jaga..
X bawa sebab lepas kenduri nak gi survey katering untuk perkahwinan adik..

So, sambil survey-survey, kami jalan-jalanlah..
 
 Nasi kenduri yang ohsem..

 Kami yang sebok bergambar..

Pengantin yang diraikan..
Semoga jodoh mereka kekal hingga ke Jannah.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI