Tuesday, September 27, 2016

Puyuh Goreng Kunyit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom cuba menu mudah ini..
Disebabkan ini je yang ada dalam peti ais, maka kita belasah je..

Puyuh Goreng Kunyit
Bahan-bahannya

Puyuh 3 ekor (diperap dengan kunyit dan sedikit garam)
Sebiji bawang
Sebiji kentang (potong ikut suka)
Setangkai daun kari
Satu sudu besar cili giling
Sedikit minyak untuk menumis..
Garam secukup rasa

Cara Memasak
Goreng puyuh dan kentang separuh masak dan ketepikan..
Tumis bawang dan daun kari hingga naik bau. Masukkan cili giling..
Tumis hingga pecah minyak. Masukkan puyuh dan kentang.
Masukkan sedikit air.. 
Reneh lebih kurang 5 ke 10 minit ataupun sehingga puyuh masak dan kentang lembut.
Rasakan dengan garam. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi.

Puyuh Goreng Kunyit

Alhamdulillah.. Anak Sha makan bertambah..
Ingatkan Amani tak nak makan.. Sebab Amani nie memilih sikit makan..
Hehehe.. Habis juga mereka makan..
Tapi jenuh jugalah jawab..
Ini apa mak? Kenapa dia kecik mak?
Boleh makan eh mak..
Ayam ke mak? Burung apa mak?
Bebudakkan.. Perasaan ingin tahu tu dasyat.. hehehe..

12 comments:

  1. sedapnye shaa... Nak sikit.. ahahaha..

    ReplyDelete
  2. uihhh sedap nya sha
    lama x makan puyuh ni
    tiba2 teringin lak ni adoiii hahaa

    ReplyDelete
  3. Buat perut saya bergetar malam2 macam ni.. Sha oh Sha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki.. Ampun ye gee ye kerana menggetarkan perut gee..

      Delete
  4. best makan puyuh gini.
    dulu time aida keje melaka, member jual puyuh.
    beli and balik garam kunyit kan.
    panggang dlm piuk ajaib.
    terbaik. ratah gitu aje dek anak-anak... mcm makan ayam goreng.

    ReplyDelete
  5. Puyuh masak kicap pun dapppppp ❤

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com