Shoplinks.Asia

Friday, May 6, 2016

Projek Seram Cermin oleh Zaifuzaman Ahmad, Illya Abdullah, Suzani Nadzir dan Julie Jasmin

Assalamualaikum..
Projek Seram, sebuah novelet yang menggabungkan 4 penulis dalam setiap temanya.. Kali ini menjadikan cermin sebagai subjek utama..

Perjanjian Tanpa Rela oleh Zaifuzaman Ahmad
"Kecantikan yang dilihat, belum tentu kau yang punya.."

Isi hati yang tersembunyi, tiada siapa yang tahu.. Sekali lagi penulis berjaya menyampaikan cerita dengan cara tersendiri.. Puaka pada cermin tak akan hilang selagi ada perasaan dendam dan marah dalam hati manusia..

3 Permintaan oleh Illya Abdullah
"Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada Korban perlu dipersembahkan..."

Kerana dengki manusia menjadi gelap.. Kerana teraniaya manusia berpaling dari Allah.. Sedangkan ujian patutnya merapatkan manusia pada Allah.. Kerana percayakan syaitan nyawa ibu dan adik jadi taruhan.. Kejamnya hati Sofea Jane, namun kerana sayangnya pada Damien akhirnya dia berkorban.. Kesian, marah, geram dan sedih bersatu dalam hati saat membaca cerita ini.. Sofia Jane nasibmu sangat sedih..

Rasukan Ayunindya oleh Suzani Nadzir
"Ku bawa kau dalam matiku!"

Sedih lah cerita ini.. Hanya kerana dengki dan tidak disukai, Ayunindya telah berpaling kepada syaitan.. Kesian Andika dan Rahsetia serta keturunan mereka, hanya kerana dengki yang tidak berdosa jadi mangsa.. Adoi.. Ngeri owh nak tengok cermin..
Ada satu lagi cerita.. Mujurlah memang x suka merenung cermin.. Sekadar memandang.. Bila baca cerita2 dalam ini, lagi kuranglah nak mengadap cermin.. Terbayang-bayang kot.. Kikikiki..

Sirna Seri oleh Julie Jasmin
"Tenung aku, puja aku, naik Seri ke mukamu pasti jiwamu milik aku!"

Adoi.. Ngeri baca macam mana Wina dengan Rozie mati.. Memang ngeri dan sadis.. Cermin dipandang supaya nampak cantik, malangnya lain pula yang jadi.. Bila Iman tiada, yang salah dijadikan pegangan. Berjanji pada yang tak sepatutnya mengundang petaka yang sangat dasyat. Nyawa juga jadi taruhan..

Hai la cermin.. Banyak sungguh mala petaka yang kau bawa.. Sedangkan kau hanyalah sekeping kaca.. Mujurlah memang tak suka tengok Cermin.. Tapi Projek Seram Cermin memang ohsem.. Tahniah buat semua penulis..

Tarikh baca : 01.05.2016
Selesai baca : 02.05.2016

1 comment:

  1. baca entry ni pun dah rasa seram..kalau real mak ai

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI