Monday, May 2, 2016

Perasaan Saat Mula Menjadi Seorang Emak

Assalamualaikum..
Hai semua..

Entry ini sebenarnya permintaan dari seorang adik blogger..
Awak tau siapa awak..
Dia minta Sha kongsikan perasaan seorang emak..

Jadi, mari kita berkongsi rasa dan perasaan ya.
Saat mula diberitahu Sha mengandung, macam-macam bermain di fikiran.
Bersediakah Sha? Sungguh ke Sha mengandung ini?
Banyak juga rasa yang dikongsi oleh ibu-ibu mengandung Sha tak rasa..
Namun itu bukanlah penghalang. Sha pegang, Insya Allah semuanya akan 'go with the flow'.
Kalau kita terlalu banyak berfikir pun kita tetap akan melalui situasi itu.

Pengalaman mengandung anak pertama memang berbeza dengan anak kedua Sha.
Masa anak pertama Sha sangat aktif.
Suka makan. suka berjalan. Lasak. Tak macam orang mengandung.
Yang paling tidak boleh Sha lupa masa jatuh motor.
Masa tu usia kandungan Sha 7 bulan.
Mujurlah Encik Suami tidak ke mana-mana masa tu.
Alhamdulillah, Baby kuat dan Sha pun tak ada masalah.
Sempatlah check in satu malam dekat hospital.
(Sila jangan ikut perangai Sha ini ya.)

Saat dan detik ketika melahirkan memang sangat-sangat menginsafkan.
Bukan mudah membawa nyawa lain dalam badan kita.
Kemudian bila dia keluar perasaan protective sangat kuat.
Masa dalam pantang Sha sangat tak suka orang lain pegang anak Sha.
Rasa macam mereka nak ambil anak tu dari Sha.
Lama jugalah nak hilangkan perasaan protective tu.
Rasanya lepas anak Sha dah masuk 2 ke 3 bulan baru Sha ok, orang pegang anak Sha..
Itu pun sebab kena letak anak dekat rumah pengasuh.
Mula-mula itu memang asyik teringat dekat anak je.
Lama ke lamaan, Sha tawakal pada Allah setiap kali hantar anak dekat pengasuh.
Sha cuba mudahkan pengasuh menjaga anak Sha..
Sha mandikan dahulu pagi-pagi sebelum hantar anak ke rumah pengasuh.
Bagi anak Sha bersih, wangi.. Supaya orang senang dan suka..

Cabaran yang sangat besar bila dapat anak ke dua..
Pengalaman mengandungkan Nur Imani memang berbeza dari kakak dia.
Sha tak boleh nak makan.. Lembik.. Sampai kena tahan wad..
Puasa pun banyak tinggal.. Tapi lepas check in hospital, terus paksa diri..
Paksa juga makan.. Paksa juga minum.. Cari makanan yang boleh tekak terima..
Cuma satu je kesilapan Sha, Sha x gagahkan diri makan ubat dan vitamin.
Yang ini memang tak boleh masuk. Kesannya pada Imani..
Kulit dia sensitif.. Mudah gatal-gatal dan merah-merah..
Dugaan menunggu Imani dua tahun memang banyak tapi sayangnya seorang emak tiada tandingan..

Bila sudah punya anak sendiri baru Sha faham perasaan mereka yang bergelar emak.
Bukan mudah menjaga anak. Saat mereka mula ke sekolah perasaan risau lain datang bertandang.
Okay ke anak aku di sekolah? Cikgu bagi perhatian tak dekat dia?
Bolehkah dia bergaul dengan rakan-rakan? Dia belajar ke main dekat sekolah?
Macam-macam kerisauan seorang emak.
Kena kentalkan jiwa dan raga. Kena yakinkan diri yang anak kita akan ok.
Kena selalu positifkan diri. Tapi memang bukan senang.
Macam mana marah pun seorang emak, malam mesti dia renung dan peluk anak..
Kasih sayang yang tiada batasnya..

5 comments:

  1. lain2 orang lain2 "peel" masa pregnant kan?

    ReplyDelete
  2. anak ni adalah dugaan
    kena kuat even kdg2 terlajak emo kan
    biasalahh hehehe

    ReplyDelete
  3. ohoii ! tak sabarnya nak rasai pengalaman jadi mak ni.. cuma tak mau kena sindrom mak2 ja... heh2

    ReplyDelete
  4. memang bila nak tinggalkan anak2 dengan pengasuh dan anak2 mula bersekolah macam2 perasaan yg timbul, tapi sebagai emak kita kena fikirkan yang baik2 saja, sebab apa yg kita fikir tu umpama doa buat anak2 kita

    ReplyDelete
  5. MV satu jer yang sama..tiap kali pregnant...tiap kali tue lah morning sickness dan mengurus..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com