Thursday, February 4, 2016

Pesanan Khidmat Masyarakat #6 - Senarai Semak Semasa Berpantang

Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian bersama..
Semoga bermanfaat..

Senarai Semak Ini Mesti Ada Kalau Pilih Berpantang Sendiri

Selepas bersalin, wanita perlu menjalani tempoh berpantang. Berpantang bertujuan untuk memulihkan kembali kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan bayi.

Kalau dulu, orang Melayu sahaja yang mengamalkan berpantang selepas bersalin. Tetapi kini, kaum lain turut mengamalkannya kerana kesannya positifnya kepada tubuh badan wanita lepas bersalin.
Biasanya wanita akan memilih untuk balik ke kampung sendiri bagi menjalani tempoh berpantang dan dijaga oleh ibunya. Tetapi kini ramai yang mengambil keputusan untuk berpantang sendiri tanpa bantuan ibu disebabkan faktor kesihatan ibu atau ibu sudah meninggal dunia.

Jika anda memilih untuk berpantang sendiri di rumah, pastikan penglibatan suami dalam memberikan bantuan. Suami perlu menjadi orang kuat yang membantu isteri sepanjang tempoh berpantang.

Pastikan tujuh senarai semak ini memang ada dalam to do list anda.

1. Persiapan makanan
Salah satu faktor penting dalam penjagaan ibu berpantang adalah pemakanan. Ibu lepas bersalin mesti makan makanan yang berkhasiat dan tidak boleh terlepas waktu makan. Tetapi ibu tidak boleh makan sembarangan jenis makanan. Jadi, pastikan beberapa minggu sebelum bersalin, anda sudah buat persiapan menu makanan berpantang dan bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

Ini bagi memudahkan suami membantu menyediakan masakan tersebut. Maklumlah pada minggu-minggu awal, ibu tidak boleh bergerak banyak. Menu orang berpantang mudah disediakan dan ringkas sahaja. Barang basah yang sudah dibeli, simpan di dalam peti sejuk. Pastikan sudah siap dipotong dan dibersihkan untuk satu kali masak.

Pada minggu pertama, ibu digalakkan makan makanan kering bagi mempercepatkan pengecutan rahim. Pastikan juga waktu makan tepat untuk mengelakkan perut masuk angin. Makan nasi ketika panas dalam kadar sederhana.Tetapi ibu perlu makan dengan kerap apatah lagi sedang menyusukan bayi, maka ibu cepat berasa lapar.

2. Peranan suami
Suami adalah orang yang paling rapat dengan anda. Sokongan dan bantuan suami sangat penting bagi membolehkan ibu menjalani tempoh berpantang dengan sempurna tanpa tekanan. Berbincanglah dan terangkan kepada suami bagaimana dia boleh membantu anda semasa berpantang.

Suami mesti membantu menguruskan kerja-kerja rumah seperti membasuh, menjemur dan melipat pakaian, menjaga anak, memasak makanan berpantang isteri dan menguruskan keperluan isteri berpantang.

Oleh itu sebaiknya, suami mengambil cuti yang panjang lebih kurang seminggu atau dua minggu untuk menguruskan isteri dan anak yang baru lahir. Bantuan amat diperlukan terutama jika ibu bersalin secara pembedahan

3. Sediakan jadual berpantang
Rutin harian semasa berpantang amat penting supaya ibu dapat rehat yang cukup. Sediakan jadual rutin waktu mandi, bertungku, bertangas, berpilis, memakai bengkuk, berurut, mengepam susu (untuk stok jika anda bekerja) dan menguruskan bayi. Dengan adanya jadual, anda akan berdisiplin mengikut rutin berpantang supaya cepat kembali cergas.

4. Hantar anak di taska
Sekiranya anda mempunyai anak, pastikan mereka juga mempunyai jadual aktiviti harian supaya mereka tidak membuat 'perangai' dan boleh mengganggu emosi ibu. Jika mereka memang anda tinggalkan di taska atau pengasuh ketika bekerja, maka sepanjang berpantang anda perlu tetap menghantar mereka.

Ini kerana agak sukar untuk anda menjalani tempoh berpantang sendirian tanpa bantuan orang lain dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak-anak lain terutama jika mereka berusia di bawah enam tahun.

5. Mencari bidan/tukang urut

Keperluan ini sangat penting untuk memastikan rutin berpantang dapat dilaksanakan dengan lancar.Oleh itu pastikan anda sudah membuat tempahan awal bidan atau tukang urut untuk mengurut anda semasa berpantang. Sekarang bukan sahaja ada khidmat tukang urut, kalau ada bajet lebih anda juga boleh mengupah confinement lady yang akan membantu menguruskan penjagaan ibu dalam berpantang.

Menariknya, anda boleh pilih pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut bajet anda. Pakej yang ditawarkan termasuk mengurut, memakaian bengkuk, memasak makanan berpantang dan memandikan bayi. Ia lebih mudah dan banyak membantu ibu berpantang.

6. Kelengkapan ibu bersalin dan bayi
Pastikan kesemua kelengkapan untuk anda dan bayi sudah tersedia. Antara kelengkapan ibu yang mesti ada adalah stoking, baju sejuk, kain batik, bengkung, tungku, herba berpantang, pam payu dara, keperluan menyimpan susu ibu perahan, tuala wanita dan coli penyusuan.

Sementara keperluan bayi pula termasuk pakaian, lampin pakai buang, tisu basah, sarung kaki dan tangan, set tilam, minyak telon, bedung dan lain-lain yang penting. Bagaimanapun jika kehabisan stok barangan keperluan tersebut dan tiada sesiap boleh membantu membelikan, anda boleh beli sahaja secar online. Kini ada bermacam kedai barangan ibu dan bayi yang menawarkan khidmat jualan secara online.

7. Persediaan mental, fizikal dan emosi
Anda mungkin fikir anda kuat dan boleh menguruskannya sendirian tetapi selepas melalui tempoh berpantang sendiri, ternyata ia tidak semudah yang disangka. Oleh itu pastikan anda sudah membuat persiapan mental, fizikal dan emosi. Banyakan mencari maklumat dan info daripada pengalaman ibu-ibu lain yang pernah melaluinya.

Berpantang seorang diri memang berisiko. Anda mungkin akan bersedih dan tertekan apabila semuanya perlu dilakukan sendiri kerana biasanya ibu berpantang dilayan seperti 'permaisuri' oleh orang yang menjaganya.

Oleh itu pastikan anda sudah menjangkakan cabaran yang akan dilalui sepanjang tempoh berpantang terutama dalam bab menjaga bayi baru lahir. Elakkan daripada rasa tertekan kerana jika emosi tidak stabil,anda mungkin berasa sedih atau meroyan.

Tetapi kini dengan kecanggihan teknologi internet, anda tak perlu risau kerana boleh sahaja mendapatkan maklumat dan info yang diperlukan dengan sekali klik sahaja di telefon pintar. Yang penting ada khidmat internet!

Info diperolehi di SINI.
boleh baca juga - Bila Isteri Berpantang

3 comments:

  1. MV dulu penjagaan makanan mmg jaga habis just sup sayam smpi hbs pantang...suami alhamdulillah membantu...masa anak ke4 MV jaga kakak nya sekali..syukur tak meragam...elok jer

    ReplyDelete
  2. dr anak no. 3 ni mmg dah start pantang sendiri
    sbb anak2 dh mula sekolah..so menu sminggu sama je haha sbb malas nak masak..anak2 bapak depa handle..nasiblah dpt suami yg byok membantu

    ReplyDelete
  3. boleh guna pakai lagi 6 bulan ni :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com