Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Saturday, October 31, 2015

Monster Hunt

Assalamualaikum..
Nak release tension?
Jom tengok Monster Hunt..
Memang lucu..
Filem Dari negara China nie memang best..
Kalau tengok dengan anak2 lagi syok..
Tambah-tambah time weekand nie..

Filem ini mengisahkan tentang dua dunia iaitu monster dan juga manusia.
Bagaimana manusia dan monster berusaha untuk hidup bersama..
Kalau tengok karekter-karekter monster dia memang comel-comel dan x scary..
Macam tengok cite kartun pun ada.
Watak-watak manusia dia pun memang awesome..
Recommended untuk ditonton bersama anak-anak..
Cuma nanti ada part2 tertentu kenalah explain ye kat anak..
Terutama sekali bila baby monster keluar dari mulut..
Lelaki mengandung..
hehehe... Kelakar dan comel..

Friday, October 30, 2015

Koleksi Novel Seram Dan Misteri #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca Budaya Sehat..
Eh.. tetibe lak.. Bukan apa, sajalah nak share.. Membaca nie bagus..
Tambah-tambah kalau bahan ilmiah..
Kalau x minat yg ilmiah boleh pilih bahan bacaan yang boleh memotivasikan diri..
Tapi yang sha nak share nie bacaan ringan yang baru diperolehi dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Sha rangkumkan sekali.. Bukan apa takut pembaca bosan lak.. hehehe..
Nie dah entry kedua mengenai novel-novel seram dan misteri.. Dekat sini sha share ulasan sha mengenai novel-novel ini ye.. Moh le kita tgk novel apa..


1. Cerita Satu Malam oleh Zaifuzaman Ahmad
Ulasan Sha
: Meremang bulu roma.. hahaha.. gatal lagi pi baca.. Garapan penulis cerita dalam cerita memang menakutkan.. Cerita yang berlaku pada satu malam sahaja.. Mengenai sebuah bangunan yang dikatakan berhantu.. Memang betol2 buat bulu roma meremang..Nak lagi best baca malam2.. Gambaran hantu yang memang boleh buat kita teringat-ingat.. Novel ini menceritakan mengenai bangunan itu yang memang berhantu, tempat parking kereta dan tandas perempuan.


2. Cinta Gadis Pontianak oleh Meor Shariman
Ulasan Saya :
Cerita ini xde la seram sangat. Tapi masih mampu membuatkan bulu roma kita meremang. Berkisarkan mengenai seorang gadis yang mewarisi darah pontianak kerana ibunya berasal dari pontianak. Teringin nak bercinta tapi agak sukar kerana darah pontianak yang mengalir dalam dirinya. Namun dia juga seperti manusia biasa, boleh keluar di waktu siang.. Makan dan minum seperti manusia. Cuma dia tidak menghisap darah..

Thursday, October 29, 2015

KitKat Rubies

Assalamualaikum..
Pepagi dah sarapan coklat..
Akhirnya.. berjaya gak beli KitKat Rubies nie.
Sebelum ini dalam pek besar tuh agak mahal.
Ini baru sha jumpa pek kecil.
Tapi stil mahallah..
Harga untuk pek kecil ini RM3.90 (Pasaraya TF). Dalamnya ada 3pcs.
Rasanya Awesome.. Marvelous.. Deabak..
Sedap giler r..

Wednesday, October 28, 2015

Aiskrim Buatan Sendiri

Assalamualaikum..
Jom makan aiskrim..

Senang jer nak buatnya..
Cuma kena hati-hati dengan sukatan..
Sha buat jadi tapi termanis.. hehehe..
Terlebih susu pekat.. Masa bubuh susu pekat tu bubuh sikit2.. Rasalah dulu sebelum tambah lagi. Bukan apa, nanti termanis x sedap pula..

Tapi tulah.. x sempat nak snap picture, aiskrimnya dah habis dimakan.. hehehe..

Bahan-bahannya
1. Heavy Whipping Cream - 1pint or 473liter
2. Susu pekat manis (agak-agak ye)
3. Kekacang, coklat chips, Oreo hancur, Coklat rice - yang nie bahan sampingan. Nak bubuh buah-buahan pun ok juga. Kepelbagaian bergantung pada citarasa kita.

Cara Membuatnya
1. Pukul heavy whipping cream sampai kembang, pastu masukkan susu pekat manis tu mengikut kemanisan yang dikehendakki. Dah siap bolehlah tambah bahan sampingan lain macam oreo hancur ke, kekacang ke.. coklat chips ke. Ikut kesukaan hati. Kemudian masukkan dalam freezer biar selama 6 jam. Dah siap. Nak lagi best biar semalaman.. Pergh!! Heaven..

 Saya pakai dua kotak jenama ini.

Saya pakai susu pekat jenama ini.

Wordless Wednesday #25

Assalamualaikum..
Rabu tanpa kata kembali lagi..
Sape setuju angkat tangan..

Betulke kenyataan diatas??
Kalau Sha memang selalu share dengan suami..
Kalau x share raser cam x aman.. hehehe..
Lagipun lepas kahwin memang dialah BFF..
Tapi hubby sha akan dengar dan bagi pendapat..
Pastu esok lupa dah.. hehehe..


Tuesday, October 27, 2015

SEGMEN REVIEW BLOG OLEH CERITAEJOY


Jom Joint..

6 True Stories Of People Who Got Rich Just By Losing Weight.

Assalamualaikum..
Betul ke dengan kurus kita boleh menjadi kaya?
Ini adalah cerita mengenai kejayaan mereka.
Meh nak share 6 True Stories Of People Who Got Rich Just By Losing Weight.

1. James from Malaysia, whose friends challenged him to a weight loss challenge, where they would donate RM10 to charity for every kilogram he lost.

6. David Gurnani from Indonesia emerged the winner of a popular reality weight loss show losing almost half his weight in the process 

Disebalik kejayaan mereka terdapat dorongan dan cabaran yang perlu dilalui. Jom baca di Sini. Semoga anda akan mendapat inspirasi selepas membaca cerita mereka.

Pernah Terfikir Tak Kenapa Orang Selalu Cakap Barang Seludup Tak Bagus & Merbahaya?

Assalamualaikum...
Saja nak sharelah..

Pernah Terfikir Tak Kenapa Orang Selalu Cakap Barang Seludup Tak Bagus & Merbahaya?

Ramai di antara kita rakyat Malaysia suka beli barang tak original atau dalam erti kata lain barang yang diseludup secara haram dan dijual secara berleluasa di sini.
Antara barang seludup yang sering mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai ialah pakaian berjenama,rokok, produk kecantikan, telefon bimbit, perfume, dan banyak lagi.
Namun yang menjadi persoalan sekarang, tahan lama ke? Tak merbahaya? Tiada kesan sampingan?
Sha kongsikan info-info penting yang korang patut tahu untuk elakkan diri dari terus beli barangan tidak berkualiti ini. Jom tengok SINI

Memang murah tapi tahan ke? Confirm tak merbahaya?


Apa kata kongsi pendapat korang mengenai perkara ini?
Barang seludup, Murah tapi tak bagus dan merbahaya.

Nasi Goreng Kimchi

Assalamualaikum..
Sebelum ini sha ada share pasal Kimchi yang sha belikan.
Sha juga ada berkongsi resepi menggunakan Kimchi iaitu Ayam Pedas Kimchi.
Kali ini sha nak share resepi nasi goreng pula, juga menggunakan Kimchi.

Nasi Goreng Kimchi
Bahan-bahannya
Ayam dipotong kecil (Ikut suka nak bubuh banyak mana)
Seulas Bawang merah dihiris
4 ke 5 tangkai Cili padi
1 sudu besar Cili giling
2 sudu besar kimchi
1 biji telur
Sepinggan nasi
Sayur-sayuran (saya guna kobis dan juga sawi)
Mentege Adele untuk menumis
Sesudu kecil gula perang
1 sudu besar cili sos

Cara Memasaknya:-
1. Cairkan mentega, masukkan ayam.
2. Setelah ayam separuh masak,masukkan bawang dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan cili giling dan tumis. Kemudian masukkan sos cili sesudu dan juga gula perang. Tumis lagi. Kemudian masukkan kimchi.
4. Masukkan sayur-sayuran, kacau sehingga layu dan pecahkan telur.
5. Kacau sekejap bagi kering, kemudian masukkan nasi. Kacau rata, siap dimakan.

Antara bahan-bahannya




Monday, October 26, 2015

Mission Impossible : Rogue

Assalamualaikum..
Lama dah x review filem..
Malam ini berjaya tengok Mission Impossible sampai habis..
Hari tu tengok separuh, malam ini sambung lagi separuh..

Scene paling best masa Ethan Hunt naik kapal terbang pada permulaan cerita dan juga adegan kejar mengejar menggunakan motor.. Memang awesome.. siap ulang-ulang tuh dua2 part nie..
Mission Impossible ngan jalan citer memang compliment each other. Seriously jalan cite dia kalau ikutkan sama je, kena selesaikan misi mustahil walau dengan apa carapun. Garapan filem yang memainkan peranan besar. Serta aksi dan pembawaan watak yang membuatkan cerita ini tidak jemu di tonton..
Just my 2cents..

Watak yang dibawa oleh Jeremy Renner dalam cerita ini agak cute.. Boleh gitu. Suka aksi yang dilakonkan oleh beliau dalam The Avengers dan bila dia membawakan aksi ala-ala cute dalam Mission Impossible nie lagilah suka..

A graphic promotional film poster

Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? Risaunya!

Assalamualaikum..

Sha nak tanya Pembaca semua,

6 benda yang menyeramkan ini ada kaitan dengan jenayah RASUAH. BIla ada RASUAH pasti akan ada PENYELUDUPAN. Sebut saja tentang PENYELUDUPAN, pasti kita akan terbayang aktiviti haram yang dilakukan secara underground. Ia melibatkan penggunaan laluan yang tidak dibenarkan, pemalsuan dokumen, jual beli barang terlarang, dan macam-macam lagi.


Apa komen anda mengenai perkara ini?
Jom sharekan bersama saya.

http://kasihamani.sharethisstory.net/my-584956-7898

Ruginya! Korang tak pernah tahu ke ada benda-benda BEST ni kat petrol station?

Assalamualaikum...

Hari ini Sha nak share Mengenai Stesen Minyak yang Awesome.
Korang mesti  tak pernah tahu ke ada benda-benda BEST ni kat petrol station? Antaranya..



Apa lagi perkara yang selalu membuatkan korang singgah ke Stesen Minyak??
Jom sharekan di ruangan komen..

lastone

Sunday, October 25, 2015

Nasi Saye

Assalamualaikum..
Mohle kita food hunting.. Cari makanan lain, junpa makanan lain.. Yang penting rasa dia terangkat..

Nama je dah unik.. Nasi Saye.. Kata abang yang jual nie, asalnya dari Nasi Wok @ Nasi Umi.. Dia dah ubahsuai tu yang jadi Nasi Saye..

Rasanya memang Aweaome.. Mungkin sebab gabungan dua jenis gulai tuh kot. Tapi memang bestlah.. Puas hati makannya. Sekarang nie ada promosi RM3 sebungkus, sehingga 30 Oktober 2015. So, apa tunggu lagi, gilah cuba..

Lokasinya berhadapan dengan BHL Computer, Taman U di Tanjung Malim.


Dua jenis gulai yang digabungkan.

Inilah dia rupanya.
Nasi + gulai + ayam berempah + sambal cili + timun = Nasi Saye

Saturday, October 24, 2015

KitKat Green Tea

Assalamualaikum..
Jomlah kurus dengan KitKat Green Tea..
Boleh gitu??? Hahaha..
Main-main jer..
Lama dah nak cuba KitKat ini.
Tapi asyik termiss jer..
Harga jualan bagi KitKat Green Tea nie berbeza-beza..
99speedmart - RM3.50
Supermarket TF - RM3.40
Kedai Mesra Petronas - RM4.35
Pergh!!! Harga.. So kenalah pandai yer..

Rasa KitKat Green Tea ini, okay okay lah..
Sedap sangat tuh x juga.. Nak kata x sedap pun x juga..
Bagi penggemar green tea mungkin akan menyukainya.
Kalau sha pula, sesekali makan tuh kira oklah.
Tapi anak sha Nur Imani sangat suka KitKat Green Tea nie.
Kakak dia Nur Amani pula x sukakan rasanya.
Jadi kena cuba makan dulu baru tau sedap ke x.

Memorial Tunku Abdul Rahman

Assalamualaikum..
#ThrowBack Entry lagi..
Maaflah, lawatan nie dah lama sebenarnya tapi Sha baru berkesempatan nak share dekat sini.
Harapnya sudilah baca ye..
Jom singgah ke Memorial Tunku Abdul Rahman.
Masuk percuma ye.
Kalau nak guide kena call dan request awal.
Kalau nak jenjalan sendiri, boleh walk in jer.
Besar tau tempat dia.
Memula pameran mengenai kerjaya Tunku Abdul Rahman, pastu ada rumah dan juga pejabat beliau. Baju-baju lama, pingat dan macam-macam lagi mengenai Tunku Abdul Rahman.
Memang puas berjalan dan kenyang pengetahuan.

Waktu Lawatan


Kereta Perdana Menteri


Ruang-ruang dalam rumah Tunku Abdul Rahman




 Pejabat Tunku Abdul Rahman

Friday, October 23, 2015

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium & Galeri Seni Bank Negara

Assalamualaikum...
#ThrowBack Entry ye..
Sabtu 10.10.2015, Sha bawa pelajar untuk sesi lawatan sambil belajar.
Sebelum ini Sha ada buat entry mengenai Muzium & Galeri Seni Bank Negara kan.
Kali ini sesi penuh mengenai lawatan kami.
Alhamdulillah walaupun pelajar yang joint x ramai, namun lawatan tetap diteruskan.

Buat pengetahuan pembaca, sekiranya datang pada hari berkerja aktivitinya lebih banyak dan ada taklimat berserta guide sepanjang lawatan. Tapi kena hantar permohonan awallah ye melalui email infomuseum@bnm.gov.my ini. Kalau datang Sabtu dan Ahad kena lawat sendirilah ye..
Lawatan boleh dilakukan setiap hari bermula jam 10.00pagi - 6.00petang.
Tiada bayaran masuk dikenakan.

Sebelum Sha cerita apa yang menarik di Muzium & Galeri Seni Bank Negara, Jom layan dulu gambar-gambar kami.. Hehehe...

Sampai sudah.

Terowong sejuta

Bergambar bersama duit-duit lama dan terkini.

Tangga berpusing yang tinggi dan memeningkan.

Keratan-keratan akhbar berkaitan ekonomi.

Kontena-kontena yang memaparkan Negara yang berdagang dengan Malaysia.

Cari dimana saya??

Pameran seni. 
(Boleh bergambar tapi tidak boleh memakai flash dan tidak boleh sentuh)

Jom kita sembang apa yang menarik di Muzium & Galeri Seni Bank Negara.
Highlight kali ini adalah mengenai
1. Program Pendidikan Hari Kanak-kanak (1 Oktober 2015 - 28 November 2015)

  • Susun Suai Gambar Si Kijang (9-15 tahun) 
  • Apa itu Wang? (9-17 tahun) 
  • Jom Buat Tabung (4-9 tahun)
  • Sejak bilakah Ringgit digunakan? (13-17 tahun)
Program Istimewa sempena Hari Kanak-kanak (every Tuesday, Thursday and Saturday : 1 Oktober 2015 - 28 November 2015)
  • Bengkel Membuat Boneka ASEAN (7-12 Tahun)
  • Karya Agung Ku(4-6 tahun)
  • Mengumpul Mata Wang: Hobi dan Warisan (7-17 tahun)
  • Detektif Matawang (7-17 Tahun)
  • Mata Wang Lama ASEAN yang Pelik dan Ganjil (7-12 tahun)
  • Aktiviti Menghias Kek (Bendera Negara-Negara ASEAN) (7-17 tahun)
  • Kenali Duit Syiling Peringatan (13-17 tahun)
  • Warna-warna ASEAN (3-6 Tahun)
  • Terokai Dunia Kewangan (7-12 tahun)
  • Beg Seni Saya (7-12 tahun)
  • Kenali Mata Wang Anda (7-12 tahun)
  • Kelas Melukis – Tugu dan Bangunan Ikonik Negara-negara ASEAN (7-12 tahun)
  • Penjagaan Koleksi Seni Visual (7-12 tahun)
  • Susun suai Duit Syiling Peringatan Gergasi ASEAN 2015 (7-17 tahun)
  • Kenali ASEAN Melalui Seni (13-17 tahun)
  • Aktiviti Menghias biskut Duit Syiling (7-17 Tahun)
  • Ceramah Mengenai Keselamatan Kanak-Kanak dan Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri (7-17 Tahun)
  • Sesi Bercerita : Cerita Rakyat Negara ASEAN (Terbuka kepada Semua)
Maklumat lebih terperinci boleh klik SINI.



2. Pameran LATerasi Kewangan (29 September 2015 - 28 April 2016)
    Dipenuhi dengan karikatur LAT yang bersaiz besar dan aktiviti-aktiviti pengurusan kewangan             yang menyeronokkan seperti Buka akaun bank untuk anak anda Aktiviti mewarna Permainan             silang kata dan CongkakPameran LATerasi Kewangan ini terbahagi kepada 3 syeksen iaitu :-

  • Seksyen 1 : Buku Wang Saku
  • Seksyen 2 : Rancang Kewangan Anda
  • Seksyen 3 : Jadilah Pengguna Bijak dan Urus Kewangan Anda
Maklumat terperinci boleh klik SINI.

Thursday, October 22, 2015

Ini Mungkin 10 Taktik Paling Power Yang Digunakan Oleh Rakan Korang Bila Nak Ajak Teman Makan

Assalamaualaikum...
Ingat lagi tak masa zaman uni dulu, kita mesti akan ada kawan yang tak pernah lunch atau dinner sorang-sorang. Dia ni akan cuba sedaya upaya ajak kawan-kawan untuk makan sekali dengan dia.

Lepas tu kawan kita ini sangat pandai bagi alasan semata-mata nak ajak kita makan sekali dengan dia. Alasan yang digunakan kadang-kadang tu paling rare. Macam kat bawah ini.

4. "Makan kat kedai ni lagi sedap weh. Aku dah try dah. Kedai yang kau nak pergi tu tak best sangat. Jom follow aku."

Nak tau alasan lain?? Jom tengok sini.

Genting Highlands Strawberry Farm

Assalamualaikum..
#Throwback Entry
Jom kita gi jenjalan..
Sempena cuti 1 Muharram (14.10.2015)
Sha bawa anak-anak ke Genting Strawberry Farm.
Sebelum ini Sha ada buat review ringkas mengenai Strawberry Farm nie.
Tapi masa tuh x masuk dalam pun..
Just duk kat luar jer.. Singgah sebab tunggu masa berlalu..
Kali ini kita jalan-jalan dekat dalam pula.

Bayaran tiket RM8.00 (Dewasa) RM5.00 (Kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas)
Free (Kanak-kanak 3 tahun ke bawah). 
Jadi jumlah bayaran kami RM21.00 (2 dewasa & 1 kanak-kanak)
Bayaran untuk buah Strawberry handpick RM8.00 / 100gm
Kalau dah siap packing RM15.00
Kami x beli apa pun sebab tujuan utama adalah jalan-jalan, lagipun mahal dan x berbaloi.

Dalam Strawberry Farm nie ada
1. Strawberry
2. Taman Lavender
3. Taman pelbagai bunga.
4. Ladang Lebah
5. Ladang Cendawan
6. Cafe
7. Toilet
8. Bergambar bersama Ular dan burung kakak tua (Dikenakan bayaran)

Jomlah layan gambar-gambar di Strawberry Farm.





Review - Homemade Soap oleh Kathy's Homemade Soap

Assalamualaikum..
Homemade Soap..
Wangi.. Best di pakai..
Tapi bukan sha yang pakai..
Belikan sabun nie untuk En. Suami..
Tapi seriously bau dia memang awesome..

Testimoni dari pemakai iaitu En. Suami.
"Best pakai sabun nie, sebab lepas bilas dengan air masih rasa kelembapan di kulit tak macam pakai sabun biasa. Kelembapan dia lagi best dari sabun cecair yang memang ada pelembap. Bau dia wangi dan menyegarkan."

Sha beli sabun jer.. Lemon Grass
Gambar ehsan dari Cik Alia..
Biasalah bila dah excited sangat nak bagi kat En. Suami, lupa nak snap gambar.

Bukan hanya untuk dipakai sendiri..
Kalau nak buat doorgift pun boleh..
Cantik-cantik tau design dan warna dia..

Kalau nak cuba bolehlah hubungi Cik Alia kita 
di IG : @kathyshomemadesoap
call Alia di 0133363775

Wednesday, October 21, 2015

Toko Kopi Al-Wali

Assalamualaikum..
Jom minum..
Kali ini kita cuba Toko Kopi Al-Wali pula..
Baru sahaja beroperasi pada 20 Oktober 2015.
Jom sokong anak muda kita.
Sha beli dua perasa Walioka (Mocha) dan Green Tea Paradise..
Green Tea memang Awesome.. Seriously fall in love..
Walioka masih boleh deperbaiki.. Sedap cuma kurang kick..

Ok.. Camne nak cari stall nie??
Senang jer..
Stall ini terletak di tepi jalan..
Berhadapan dengan Pasaraya TF, Behrang 2020..

Stall berada di hadapan Pasaraya TF, Behrang 2020


Walioka - RM4.00
Green Tea Paradise - RM3.00

Setelah dicampurkan.. Pergh!! Awesome..

Boleh joint IG mereka iaitu @tokopialwali
Gunakan juga #tokopialwali ye bila post gambar anda di IG.

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!

Assalamualaikum..
Sahabat-sahabat semua..

Apakah dia?
Salah satunya ialah Senaman Zumba Bersama..
Memang selalu kami lakukan bersama..
Gunakan muzik yang mampu menarik minat mereka..
pasti mereka akan seronok berzumba bersama kita..
Memang awesome.. Sambil berseronok bersama anak, dapat juga mengeluarkan peluh kita..
Apa lagi ye??

Jom kita tengok..





Jadi tunggu apa lagi jom berseronok bersama anak-anak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI