Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, August 29, 2014

MERDEKA!!!

Malaysia,
Disini Lahirnya Sebuah Cinta...


Warisan
Dato' Sudirman Haji Arshad

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa...
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku...
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Credit Lyric : http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com/2013/09/warisan-dato-sudirman-haji-arshad.html



Semalam jumpa abg askar.. semangat nak pegang mendealah tu.. tp dalam hati cuak giler..



Sambutan kemerdekaan di tempat keje saya...

Raya 2014

Cerita Lama lupa Nak Update

Alhamdulillah...

Tahun nie beraya dekat rumah baru kg Mak mertua.. 1st time raya tanpa bapa mertua.. Terasa sayu..
Tahun nie banyak gak sedara yang x sempat nak jumpa.. Tradisi dah dipecahkan.. Xpelah.. InsyaAllah panjang umur kita jumpa tahun depan.. Seperti tahun-tahun sebelum nie, En. Suami masak lemang.. Tahun nie buat 9 batang.. Alhamdulillah habis semuannya...



Yang paling seronok dah tentulah Amani dan Imani... Beraya sakan mereka.. hehehe... Kita layan gambar dulu...




 Beraya di kampung..


Jamuan Raya di Tempat kerja saya..

Bila dua pupu bertemu... 

Warna Warni Kumpulan Inovatif & Kreatif (eXTREMe)

Memula dulu gi kursus jer.. Lama dah Tahun 2012.. Pastu senyap.. hilang dari ingatan..
Kemudian awal tahun 2014 nie ada lagi Kursus tapi yang nie untuk Wakil-wakil dari bahagian Pengurusan...
Kemudian April 2014, tetibe bos cakap kena buat Projek KIK nie...
Warghhhhh.... raser cam nak pitam...
Separuh jalan, disebabkan banyak sangat rintangan bos tanya sape yang nak stay??
So saya cakap saya macam x boleh joint.. Disebabkan kekangan waktu dan juga jadual kerja en.suami yang bersimpang siur.. (pilot darat kan).. Tapi bos xbagi tarik diri...
suh kami pun struggle r nak buat Projek KIK kami nie...
Giler r.. balik jer penat... balik jer penat... Tido awal tiap2 malam...
Sampailah masa yang ditunggu-tunggu... Pertandingan KIK PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA 2014 DI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA.

Tarikhnya 12-14 Ogos 2014...
Lama tuh nak tinggal anak dan juga suami... hehehe...
Alhamdulillah.. walaupun baru pertama kali masuk.. Tanpa pengalaman apa2 kami berjaya mendapat Anugerah Perak bagi tajuk @ permasalah kami iaitu KELEWATAN PELAJAR MENERIMA NOTIS PERINGATAN PERPUSTAKAAN.. Alhamdulillah..
Banyak jugak belajar dari KIK nie...
Tapi kalau suruh joint lagi mungkin tidak.. Cukuplah nie.. letih...





Thursday, August 28, 2014

Patriotikkah kita???

Saya berkongsi apa yang saya rasa namun saya x pandai nak luah.. jadi saya petik dari beliau...

Credit kepada : Adlan Harith

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi. Temanya tahun ini: 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta'. Mungkin maksudnya ialah cinta sayang atau semangat patriotisme pada negara akan lahir pada hari-hari istimewa ini apabila kita akan kembali mengenang perjuangan pejuang tanahair yang dulu-dulu. Sebab biasanya untuk meraikan hari-hari ini macam-macam konsert patriotik akan dianjurkan tapi memandangkan menghormati tragedi MH370 dan MH17, mungkin tiada konsert yang akan diadakan atau dibatalkan. Walaupun saya terbaca Konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan pada 29, 30 dan 31 Ogos ini.

Jadi saya google untuk lihat-lihat senarai filem tempatan yang akan ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini di sinema kita.

1. ADNAN SEMPIT SAWADIKAP (7 Ogos) - Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana.
2. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA (14 Ogos) - Filem komedi seram mengenai seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya.
3. JIN (21 Ogos)- Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin.
4. MAMAK CUPCAKE (28 Ogos) - Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake.
5. LAGENDA BUDAK SETAN 3 - KASYAH (11 September) - Drama, kisah cinta dan penutup trilogi Lagenda Budak Setan.
6. NASI TANGAS (18 September) - Filem seram dan ngeri tentang kehebatan nasi tangas atau nasi kangkang.
7. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (25 September) - Filem aksi komedi tentang pengikut ahli kongsi gelap yang mahu insaf.

Filem komedi, seram, hantu mewarnai hari kebangsaan.

Sementara itu:

Saya google lagi untuk membuat perbandingan kecil dengan Indonesia yang menyambut kemerdekaan mereka pada 17 Ogos yang lalu. Sekitar pertengahan Julai hingga hujung September bioskop mereka menayangkan banyak juga filem tapi antaranya filem-filem ini yang menarik perhatian.

1. HIJRAH CINTA - Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, dan pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia.
2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) - Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail.
3. NEGERI TANPA TELINGA - Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar putih dan skandal seks.
4. HAJI BACKPACKER - Ini filem spiritual tentang perjalanan seorang anak muda didalam mencari makna diri dan makna kewujudan tuhannya. Juga tentang kegigihan apabila pemuda itu berkeinginan menunaikan ibadah haji dengan keterbatasan yang menghambat. Mengikut info filem ini dirakam di sembilan buah negara antaranya India, Iran, Arab Saudi, Indonesia. Dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Raya 'Idiladha.

Beza kan.. Saya fikir pembikin filem mereka sangat sayang dengan negara dan penonton mereka dan semacam ada satu tugas sosial yang mereka fikir patut mereka pikul. Maka terus lahir filem-filem yang mengangkat semangat patriotisme dan semangat jati diri di negara sahabat kita ini. Sementara kita disini terus hanyut dengan filem komedi, gangster, rempit, hantu dan sebagainya.

Google lagi.. dan baca satu artikel Pembentangan Belanjawan 2010 oleh Perdana Menteri tentang peruntukan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi,pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan. (http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2009/10/24/dana-industri-kreatif-gembirakan-penggiat-seni/)

Juga tentang Geran Industri Kreatif Negara yang diperkenalkan dibawah Rancangan Malaysia ke-Sepuluh (2011-2015) iaitu sebanyak RM120 juta diperuntukkan melalui KPKK bertujuan untuk merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan supaya mampu bersaing dan lebih kompetetif di peringkat antarabangsa. (http://www.industrikreatif.gov.my/dana-dan-geran/pengenalan)

Rancak tu memanglah rancak tapi persoalannya dari tahun 2011-2014 ada berapa filem tempatan yang mampu bersaing dan kompetetif di peringkat antarabangsa. Ya la.. Upin Ipin tapi itu setakat tembus pasaran Indonesia saja.

Mengambil sisipan kata dari Ketua Pegawai Eksekutif Global KRU Studios, Norman Abdul Halim, tentang dana RM200 juta itu.

“Untuk bergerak maju, kita harus bersedia dengan keterbukaan pasaran untuk penerbitan bahan-bahan dan diketengahkan kepada pasaran dunia.

“Untuk membawa perkembangan ke pasaran dunia, kita perlu sediakan modal dan dengan adanya peruntukan RM200 juta ini sedikit sebanyak ia membantu karyawan kita membangunkan produk kandungan bertaraf dunia,” kata Norman.

BERTARAF DUNIA!
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014. Sayang Malaysia.

Wednesday, August 27, 2014

Sejenak bertafakur sempena MH17 - 22.08.2014


Pada 22.08.2014, Di Perpustakaan Politeknik Sultan Azlan Shah... Tempat saya bertugas..

Malaysia hiba.

Akhirnya kau pulang juga.
17.07 penerbanganmu tergendala.
22.08 mendarat di Tanahair tercinta.
Tapi sayang tanpa nyawa.
Hanya jasad di dalam keranda.
Kami pasrah dah kami sudah sedia.
Penghormatan negara untuk kalian semua.
Malaysia pilu.
Melihat anak kehilangan bapa dan ibu.
Menjadi yatim menjadi piatu.
Si isteri menjadi balu.
Hilang sudah tempat mengadu.
Si suami kehilangan teman beradu.
Mengharap di syurga akan ketemu.
Di kampung si ayah dan ibu.
Hiba melihat anak mereka pergi dulu.

Kami sayu.







Saya Sayang Tun Mahathir Bin Mohamad

Credit kepada : www.prihatin.net.my
MAHATHIR BERGADAI NYAWA MELETAK MALAYSIA DI PERSADA DUNIA
Ramai yang tidak tahu “Dendam Amerika dan Britain” Pada Tun Mahathir sepanjang usaha beliau meletakkan Malaysia di persada dunia. Kita bersyukur beliau masih selamat dan sihat untuk boleh berbicara dan hidup bersama dengan kita seadanya hingga ke saat ini.
Bukan kita tidak tahu licik dan teganya Amerika dan Sekutu Barat dalam menyempurnakan dendam kesumat mereka terhadap seseorang. Mereka sanggup membunuh secara sulit maupun terang terangan.
Ingatkah lagi bagaimana King Faisal yang telah dibunuh CIA pada 1975 kerana mempertahankan Palestine dan mengugut barat secara terbuka? Masih ingatkah peristiwa September 11 yang mereka taja untuk robohkan Sadam dan Iraq? Dan hari ini konspirasi MH370 dan MH17 yang kita semua boleh agak angakara siapa?
Pada tahun 1981 dahulu Tun dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membeli Gutrie ‘secara percuma’ yang dengan strategi ‘Dawn Raid 81’ hanya selepas 2 bulan beliau jadi Perdana menteri. Mereka telah melalui pelbagai cabaran dari negara bekas penjajah yang telah 160 tahun menguasai tanah-tanah di negara ini dan memerangkap Raja-raja serta Umat Melayu dengan pelbagai tipu muslihat.
Selepas kejayaan ‘merampas Gutrie’ itu Tun Mahathir terpaksa ‘mengajar Britain’ dengan polisi ‘Buy British Last’. Beliau alihkan pula kiblat teknologi dan ekonomi kepada ‘Look East Policy’. Bagi kami inilah kejayaan nasional dari jasa mereka yang tidak ternilai harganya. TSKI hanyalah ‘kenderaan’ negara untuk misi ini. Semua saham atas nama beliau telah pun dijual semula. Mungkin kerana itu RM 70 juta bakinya dihapus kira… wallahuaklam.
Hari ini admin ingin kongsikan pula perit jerih dan cabaran yang dialami oleh Tun sehingga berjaya meletakkan Petronas di Sudan. Alhamdulillah perniagaan itu terus berkembang sehingga ke hari ini.
Hingga ke satu tahap, rakyat Malaysia yang mengerjakan haji atau umrah memberitahu betapa bangganya menjadi rakyat negara ini apabila nama “Malaysia dan Mahathir” sentiasa bermain di bibir orang orang Arab. Begitu juga penghormatan dari negara-negara lain seperti Australia, Jepun dan lainlain.
* * *
Pada tahun 1988, apabila Negara dari Benua Afrika iaitu Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negaranya, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri dalam bidang itu. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi sebuah syarikat yang dikenali TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan sebelum bermulanya usaha carigali.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
* * *
Demikianlah keberanian negarawan ulung, seorang pemimpin yang ‘rare’ kerana ketegasan dan keberaniannya, sehingga digeruni rakan dan lawan. Lihat sahaja ketegasan Tun tatkala diwawancara oleh media barat, khususnya menyentuh tentang kekejaman Barat dan Israel yang menggugat kepentingan Malaysia atau negara-negara Islam lain.
Tanpa perlindungan Allah, mungkin beliau telah terbunuh atau dibunuh seperti beberapa pemimpin negara lain melalui pelbagai cara kerana tingginya dendam kuasa kuasa besar terhadapnya yang telah banyak menggugat laba mereka. Tun lakukan itu untuk memberi peluang kepada kita semua untuk hidup lebih bermaruah di bumi Allah.
MAHATIHIR DAN ALQURAN
Mereka yang mengenali rapat Tun Mahathir pasti mengetahui apakah rahsia kebijaksanaan beliau. Bagi yang belum biarlah kami kongsikan bahawa selain dari suka membaca buku biasa, Tun yang sering kelihatan di TV solat jumaat sendirian di satu penjuru Masjid Negara seperti orang biasa itu telah membaca dan mengkaji 8 naskah terjemahan alquran.
Jika anda tidak mampu dapatkan pengesahan itu secara langsung, sila tanyakan kepada anak beliau DS Mukhriz Mahathir, pasti beliau boleh kongsikan. Pesan Tun kepada anaknya Mukhriz, bacalah quran bersama terjemahannya supaya kita faham. Jangan hanya 'mengaji', iaitu membaca teks Arabnya sahaja tanpa 'mengkaji', memahami makna dan maksudnya kerana Quran mengajar kita banyak ilmu dan strategi dalam segala bidang.
Inilah seorang doktor perubatan biasa yang hari ini banyak dikutuk dan dicerca oleh generasi Y yang terkenal dengan budaya ‘Keyboard Warrior’ dengan pelbagai cercaan. Ada yang menggelarnya Mamak Kuty, Maha-fir’aun, diktator dan sebagainya. Tanpa serban di kepala, kita tuduh Tun sesat kerana menyarankan kita mengkaji semula pemahaman dan amalan kita tentang alquran dan sunnah.
Berapa naskah qurankah yang sudah anak-anak muda ini kaji? Ada yang jahil sejahil-jahilnya, setengahnya malah tidak solat dan puasa… bahkan tidak habis ‘mengaji’ pun, jauh sekali telah ‘mengkaji’… Wall FB masing-masing pun penuh dengan gambar lucah, game, bola dan artis. Namun KW ini berapi-api mengutuk tanpa sedikit rasa simpati atau empati terhadap Tun. Inilah akhlak derhaka generasi kita sekarang. Manalah nak ada keberkatan dengan akhlak sebegini?
Semua ini terjadi hanya semata-mata kerana anak muda kita telah diracuni pemikiran dan emosinya oleh golongan vateran yang bermusuh dengan Tun. Lebih penting lagi ramai golongan yang bermasalah ini juga adalah anak didik Tun sendiri. Beliau dan ramai lagi pemimpin vateran kita mungkin ada khilaf dan dosa di mana-mana, samada melalui tindakan maupun kenyataan, namun keterlaluan mengutuk mereka adalah amat tidak wajar.
KESIMPULAN
Antara sebab kebencian terhadap pemimpin lama ialah kerana kita tidak manfaatkan ilmu dan pengalaman mereka untuk menasihati kita selepas mereka bersara sebagai tanda hormat dan mengenang jasa mereka.
Kami lebih suka, malah menyeru pembaca agar dalam kemelut politik yang sedang melanda negara ini kita banyakkan bermuhasabah, banyakkan men’tausiah’, nasihat menasihati dengan kebenaran dan dengan kesabaran.
Tiada siapa yang terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Kami yakin dalam banyak hal, mereka semua telah berusaha untuk berjuang membangun dan mempertahankan negara ini. Kita bersyukur dan berterima kasih dengan pengorbanan mereka untuk kesejahteraan kita.
Anggaplah semua kesilapan mereka itu adalah atas sebab kejahilan dan kelalaian mereka semata-mata, kerana mereka hanyalah manusia biasa seperti kita juga. Nabi SAW tunjukkan uswah baginda terhadap Abu Tholib yang banyak berjasa, dicuba terus memberi nasihat hingga akhir hayatnya. Baginda tangisi kematian beliau, jauh sekali mengutuk dan mencerca tanpa batas macam kita.
Mari doakan agar dosa Tun, TGNA, TGHA dan semua pemimpin vateran kita yang telah banyak berjasa itu diampuni Allah. Mari doakan agar pada sisa usia ini mereka semua dapat hidayah untuk bersatu dan bersama-sama mencari jalan untuk memartabatkan agama dan ummah di negara dan dunia ini, tepat dengan kehendak alquran dan sunnah.
Mari doakan semuga Allah beratkan timbangan amal buat mereka. Semuga Allah rahmati kita semua setelah mereka yang sedang menunggu giliran bertemu pencipta itu tinggalkan kita yang bakal menghadapi segala akibat dari bicara dan kerjabuat kita ini sendirian tanpa mereka.
WARGA PRIHATIN
www.prihatin.net.my

Tuesday, August 5, 2014

Puasa Sunat & Puasa Qadha

Sekadar berkongsi, kalau salah bolehlah tegur.. Sama-sama belajar.. Info diperolehi di sini.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)
TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

Monday, August 4, 2014

Ramadhan 2014

Alhamdulillah...

Masih lagi dapat bertemu Ramadhan... Semoga usia kita dipanjangkan untuk menyambut kedatangan Ramadhan 2015...

Tahun nie Ramadhan dilalui dengan penuh nikmat sebab kita berpuasa dalam keadaan cuaca kering dan panas.. Memang sangat menginsafkan.. Pembaziran pun berjaya dikurangkan dari tahun-tahun sebelum nie, sebab lebih membeli air dari makanan. Ramadhan tahun nie jugak merupakan Ramdhan yang sedih... Bumi Gaza ditimpa musibah, Malaysia kehilangan satu lagi pesawat MAS.. MH17 ditembak..

Semoga kita mengambil iktibar atas setiap yang berlaku..


p/s : Ramadhan kali nie berat badan turun 2.5kg.. :)

Melaka Wonderland (Hari Kedua)

Entri lama nie.. hehehe.. lupa nak published..

Alhamdulillah..
Akhirnya tertunai juga niat membawa anak2 mandi di waterpark.. Setelah sekian lama merancang.. Walapun pada asalnya kami mahu ke Gambang namun setelah difikir-fikir dan di nilai-nilai Melaka Wonderland menjadi pilihan..

Tempatnya masih baru.. Walaupun tempatnya agak tersorok namun mainan yg ada di dalamnya nampak sangat menarik dan boleh menimbulkan kerterujaan.. Cuma kurang sesuai untuk anak kecil seusia setahun seperti anak saya.. Namun begitu kami masih enjoy disana. Sebab pergi masa hari biasa jd pengunjung tidak ramai.. Seronok bermandi-manda, seolah-olah waterpark tu kami yang punya.. Hehehe..

Cuma semakin ke tengahari semakin semak mata memandang.. Biasalah gelagat muda mudi dan remaja.. Itupun masih terkawal sebab bukan cuti umum mahupun weekend.. Kalau x lagi terseksa jiwa dan raga..

Maklumat Melaka Wonderland

HARGA TIKET

Water Park                         Adult       Child                  
Weekdays (Tuesday - Friday)   RM31.50   RM24.75
Weekends (Saturday - Sunday) RM36.00   RM30.40
Senior Citizen                      RM18.00   RM18.00

**Price above is including entertainment tax
Please refer to WEEKEND entrance rate during school & public holidays

Fun Fair                          : RM2.00 per token

Aqua Bubbles                  : RM5.00 for Child
                                       : RM8.00 for Adult

Closed on every Monday except during school & public holidays

PARK HOURS

Tuesdays to Fridays
11.00 am to 7.00 pm
Saturdays to Sundays including School Holidays & Public Holidays
9.00 am to 7.00 pm

Antara Yang menarik di Melaka Wonderland


Yang dua atas nie x main pun.. sebab anak kecik2 lagi kan..

Kami banyak main kat sini..

yang nie naik masa memula masuk dan nak balik.. walaupun pintu kuar x jauh tp bila da penat main, nk jalan pun x lalu..

Percutian Ke Melaka

Maaflah entri lama.. Lupa nak Published.. hehehe..

Melaka lagi...

Percutian kali ini niatnya adalah nak bawak anak dara pergi mandi waterpark sambil jalan-jalan cari makan...
Menunaikan hajat nak makan asam pedas tetel yg marvelous dan mengancam jiwa raga...

Disebabkan niat nya nak bercuti dan bersantai maka gerak dari PSAS xde la terkejar-kejar.. Sempat lagi pergi ofis hantar kek dan bungkusan.. Kemudian hantar pesanan Melty Choco dekat Staf Pentadbiran.. Alhamdulillah rezeki anak..

Kami gerak dari PSAS lebih kurang pukul 9 pagi.. sampai dekat Melaka dalam pukul 1.30 tgh.. Kira oklah xde rushing2.. Sampai2 jer kami pun memulakan lah pencarian hotel yang murah sewanya..
Cari dekat area Melaka Raya jer.. Senang..
Akhirnya kami memilih untuk menginap di Queenspark Hotel.. Kebetulan tgh promosi.. Memang best la harga bilik sekali breakfast.. Bilik xde karpet.. Katil Queen satu, 2 kerusi, ada meja kecik, ada peti ais, tv, almari, meja solek.. mmg best la.. Yang paling best ada ruang untuk anak2 berlari-larian.. Memang sangat bersih, pekerjanya pun friendly.. Layanan best.. Air panas pun ada disediakan di luar bilik.. Makanan oklah.. kena ngn tekak org melayu.. Bawah nie le jamu mata ngn gambar-gambar di bilik hotel..








Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum...

Hari ini nak cerita pasal produk diet.. hehehe.. Yang ini agak mudah dan simple, tanpa perlu menjaga makan dan juga bersenam.. Mula-mula macam x percaya tapi bila dah cuba sendiri memang yakin sangat... Kebetulan baru lepas Ramadhan, selera makan masih lagi pada tahap biasa-biasa.. Jadi bolehlah teruskan dengan produk ini pula. Produk ini keluaran Power Root. Sha dapat tahu pun sebab baca blog Namee Roslan yang INI , INI dan INI. Lepas tu baca lak review blogger2 yang lain.. Memang sangat mengujakan lah.. Cuma sedih sebab bila cari dekat area Slim River, Behrang ngn Tanjung Malim xde.. Terbantut usaha nak mencuba.

Kebetulan nak balik raya, so semangat datang balik.. Bila sampai jer Kampung terus ajak en.suami gi Giant, Manjung. Nasib baik jumpa.. Tapi mula minum 1st Raya.. tapi x minum macam yang dicadangkan.. (cadangan minum yang sepatutnya dua kali sehari.. 30 minit sebelum sarapan dan 30 minit sebelum makan tengahari) Baru nak cubakan, so kenalah bagi serasi dengan perut dulu.. Jadi Sha minum 30 minit Sebelum sarapan sahaja. Alhamdulillah xde kesan sampingan yang luar biasa, cuma rasa dahaga jer..Just minum air masak bebanyak jer.. Sistem pembuangan pun ok.. Selera makan macam biasa jer..

Raya yang ketujuh (03.08.2014) baru start minum 2 kali iaitu sebelum sarapan dan sebelum lunch. Pagi tadi cuba pakai baju yang dah x muat.. Alhamdulillah dah boleh butang.. Walaupun badan nampak macam xde perubahan tapi x sangka baju tu boleh muat semula.. Cuma nak pastikan dah betul2 ok pakai baju tu baru sha poskan gmbr dalam blog ini. Timbang je belum lagi.. Last timbang berat Sha 21.07.2014 - 67.5kg, nie 2 minggu sebelum minum Per'l Xlim.. Lupa nak timbang dulu sebelum minum aritu.. Nanti kita timbang bila dah betul2 muat pakai baju yang diidamkan tu.




Antara kelebihan produk ini :
Kandungan yang terdapat di dalam kedua produk ini sangat bagus untuk mendapatkan tenaga yang luar biasa dan kelihatan cantik pada masa yang sama.

1-      Ekstrak Green Coffee Beans (Kopi Hijau)**
  • Green Coffee Beans adalah biji kopi yang belum dipanggang.
  • Kandungan Asid Klorogenik dalam kopi hijau membantu badan meningkatkan kadar metabolisme badan dan membantu seimbangkan gula dalam darah dengan menghalang pembebasan glukos dalam badan.
  • Oleh itu, badan akan membakar lemak dalam badan anda sebagai sumber tenaga dan ini akan menyumbang kepada proses penurunan berat badan.
2-      Ekstrak White Kidney Beans (Kacang Ginjal Putih)**
  • White Kidney Beans akan membantu mengelakkan perut daripada memecah karbohidrat kepada gula ringkas. Jadi, kalori tidak akan diserap ke dalam badan.
  • Tambahan lagi, White Kidney Beans adalah makanan kaya serat, protein, vitamin dan mineral. Ia akan membuat anda rasa kenyang untuk masa yang lebih panjang. Jadi anda tidak akan mempunyai keinginan untuk makan.
3-      Kacip Fatimah
  • i. Menstabilkan hormone dalam badan, memantapkan tisu yang memerlukan hormonestrogen dan melewatkan proses penuaan.
4-      Kolagen
  • i. meningkatkan kelembapan kulit serta memperbaiki kulit kasar dan kulit berparut.
Faedah yang anda dapat dari Per'l Xlim ialah ia membantu untuk menurunkan berat badan tanpa ponteng makan dan bersenam. Mudah untuk diamalkan, hanya perlu bancuh dengan air panas. Malah sesuai untuk orang dewasa yang sibuk bekerja, suri rumah dan juga untuk pelajar. Ia boleh dimakan oleh lelaki dan wanita.

Anda boleh dapatkan produk ini di Mydin, Giant, Aeon dan Aeon Big, Cold Storage dan outlet yang terpilih yang menjualnya. Harga sebungkus produk ini ialah RM19.65 (Giant Manjung). Sebungkus ada 15 sachet, boleh diminum selama seminggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI