Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Friday, September 12, 2014

Cucur Nasi

Assalamualaikum...

Meh nak sembang pasal cucur nasi..
Xpasti la kengkawan tau ke dak pasal cucur nie..
Cucur paling senang nak buat..
Bahan pun x banyak..
Kalau ada nasi lebih semalam tu lagi elok..
Cucur nie lagi kenyang sebab campur nasi..
Ok meh kita sembang camne nak buat..

CUCUR NASI
Bahan-bahan
1. Nasi ikut suka
2. Bawang besar sebiji
3. Ikan bilis segenggam
4. Tepung gandum
5. Air

Cara Penyediaannya
a. Memula masukkan nasi, ikan bilis, bawang dan juga air ke dalam blander. Blander sehingga sebati.
b. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Yang nie boleh agak-agak jer.. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu likat.
c. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng.
d. Sedap dimakan panas-panas bersama teh o ataupun kopi o.

 Makan camtu pun sedap..

Cicah ngn sardin pun best..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI