Tuesday, September 30, 2014

Tempahan Raudhah Karya Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum..

Yeah.. Saya dah berjaya menempah Novel terbaru Ramlee Awang Murshid(RAM) yang bertajuk Raudhah..
X sabarnya menanti ketibaan novel.. Tempahan 500 yang pertama akan beserta tandatangan RAM..
Ini merupakan tempahan saya yang kedua..
Seronok berurusan dengan RAMFC, mereka sangat cekap dan telus..
Macam mana dan bagaimana nak menempah novel ini??
Sila klik SINI.. Ikut arahan yang diberikan..
Cepat-cepat sekiranya inginkan tandatangan..
Novel Raudhah ini merupakan lanjutan dari cerpen yang terdapat dalam Novel Gaun Berdarah.
Sinopsis dia sangat mengujakan..
Percayalah anda pasti akan jatuh cinta dengan karya RAM ini..

Monday, September 29, 2014

Kedai Kek Mary World, Kalumpang

Suka masak kek??
Suka buat biskut??
Tak tahu mana nak dapatkan bahan??
Mai nak habaq.. tetiba tukar slang pula.. Nak bagi tahu..
Kalau duduk Sekitar Tanjung Malim, Behrang, Kalumpang bolehlah pergi sini..
Kedai nie nak dekat dengan Tempat rekreasi Sungai Kalumpang...
Harga barang masih affordable.. Tapi kalo setakat nak beli satu, dua barang baiklah pergi Pasaraya TF jer.. hehehe... x berbaloi nak memandu jauh-jauh gitu... Pastikan barang yang nak dibeli tu berbaloi dengan minyak yang dikeluarkan.. X gitu..

Kelebihan kedai ni, barang dia banyak.. Bukan setakan bahan untuk masak, perkakasan untuk masak pun ada.. pendek kata sume pun ada lah... Kalau x percaya bolehlah jengah ye..


Selain tu bolehlah gi FB dia : MaryWorld
Email dia : leekangtho@hotmail.com
Waktu Operasi : Isnin  (Tutup)
                           Selasa - Jumaat (10.00pg - 8.30mlm)
                           Sabtu - Ahad (10.00pg - 7.30mlm) tp ahad tu kena call dulu sblm datang..

Sunday, September 28, 2014

Sambal Sosej bersama Kentang

Assalamualaikum...

Bila dah xtau nak masak apa...
Ginilah jadinya..
hehehe..
Nie try and error jer sebenarnya..


Saturday, September 27, 2014

Farm In The City

Assalamualaikum..

Last 2 weeks punya cerita.
Sabtu (13.09.2014)
Kami gi Farm In The City.. Memang betol-betol tengah bandar tempatnya..
Tapi dianya jalan nak ke sini agak mengelirukan..
Anda pakailah waze ke, google map ke ye.. Sebab signboard memang xde.. dah nak dekat sampai baru ada... hohoho.. jauh sangat dari tempat kami jangkakan..
ingatkan dekat jer.. Berpusing-pusing tapi berjaya gak sampai..
Walaupun agak jauh namun sangat-sangat berbaloi...

Menarik di Farm in The City ini ialah kita boleh berdekatan dan bermesra dengan haiwan-haiwan ternakan seperti, Kura-kura, Anak ayam, Hamster dan kengkawan dia, arnab, kancil, bagi makan kat itik, ikan, ada merak yang sangat cantik. Rusa, kambing, Landak, Iguana, Kanggaroo yang comel. Nak tangkap ikan pun boleh. Puas la kanak-kanak menjelajah.. Nak naik ponny pun boleh gak.. Dia ada harga Pakej RM109 (2 dewasa, 2 kanak-kanak) dapat air kotak dan juga tiket naik ponny.. Yang x bestnya, masa kami datang tu Merak tu xnk kembangkan ekor dia.. hehehe.. Warna dia memang sangat cantik... Owh ya time kami sampai tu memang time haiwan-haiwan nie di beri makan jadi memang seronoklah.. Kami sampai lebih kurang dalam pukul 11pg camtu.. Jadi seronoklah..

Lama gak kami kat sini.. Merasalah anak-anak main dengan anak ayam yg comey.. Arnab yg gebu dan bagi ikan makan... Memang sangat berbaloi dengan harga tiketnya.. Habis wat lawatan, kanak-kanak nie dapat sijil dari Farm In The City.. Bolehlah framekan ye mak..

Meh Layan Gambar lak..


























Telur Burung Ostrich

Sijil Tamat Lawatan (Kanak-kanak jer dapat yer)


Maklumat Tambahan :-

Farm In The City
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai 43300 Seri Kembangan

Waktu Operasi
Monday : 10:00 am - 6:00 pm
Wed - Fri : 10:00 am - 6:00 pm
Sat - Sun : 9:30 am - 6:00 pm

Normal entrance fee is RM48 and RM38 per adult and child below 12 years old respectively. Please present your MYKad to get promotion price of RM30 and RM25 per adult and child below 12 years old respectively.
Child below 90cm in height is FOC.
Senior Citizen above 60 years old will enjoy child rate.

FB Farm In The City

Friday, September 26, 2014

Muzium Coklat

Assalamualaikum...

Baru-baru nie kami gi Muzium Coklat kat Kota Damansara.. 13.09.2014 (Sabtu)
First in Asia katanya..
Memang menarik.. Info asal usul Coklat..
Segala-galanya mengenai coklatlah..
Kalau kawan-kawan nak tau tempat nie memang sangat menarik kalau bawak anak-anak..
Selain dia bagi penerangan mengenai coklat, dia tunjukkan juga demonstrasi camne nak buat coklat.. Dah demo, dia bagi kita rasa lak.. Pergh.. memang marvelous and delicious..
Kasih saja bawak anak jalan-jalan.. Yellah dah lama x berjalan kan..

Lupa lak nak cakap, dalam nie ade cafe dan juga kedai jual coklat.. Harga kena tengok sendirilah ye..
Kalau anda memang peminat coklat, bawalah wang banyak sikit yer.. hehehe..

Kita Layan Gambar Lak





Info Menarik
Dibuka untuk Orang Awam
Masuk Percuma
Isnin - Ahad : 10.00pg - 5.00ptg
Maklumat lanjut boleh klik SINI

Thursday, September 25, 2014

Ngaku @ Arrowhead @ Sengkuang Cina

Assalamualaikum...

Yeah... xtau lah kengkawan pernah makan ke x?
Tapi kasih baru first time raser..
Nama buah nie Ngaku @ Arrowhead @ Sengkuang Cina..
Bila musim tahun baru cina jer mesti banyak buah nie kat pasar2 ngn supermarket..
Biasanya buah nie owg wat kerepek..
Kasih tahu pun sebab ada joint group masak2 kat Facebook..
Jadi gilah beli n try buat..
Memang sedap..

Senang jer nak masaknya..
kupas kulit dia, pastu rendam dalam air ais..
Panaskan minyak. Bila dah panas sagat jer buah nie terus ke dalam minyak..
Hati-hati yer.. kadang-kadang dia meletup-letup..
Tapi bila dah jadi kerepek mmg sedap.. rasa dia lagi sedap dari kepek ubi..

Masa nak beli pilih buah yang besar dan cantik.. Pejal dan x lembik..
masa kupas kulit dia tangkai dia tu jgn buang. nanti le jd pemegang masa nak sagat..

Selain dari goreng, ade jer yg wat sup tp kasih xde lah try..


Wednesday, September 24, 2014

Wordless Wednesday #2


Sesungguhnya kita memang kena terima pasangan kita seadanya.. Barulah bahagia akan sentiasa mewangi..

Tuesday, September 23, 2014

Sepanjang Minggu Yang Suram

Assalamualaikum...

Last week punya cerita... Lepas jer balik dari berjalan, kami anak-beranak demam..
Batok dan juga selsema.. Mujurlah hari selasa (16.09.2014) memang cuti..
Kebetulan jugak minggu tu cuti sekolah jadi anak-anak x di antar ke Pasti dan juga Taska..
Yang paling kritikal, yang kecik tu.. sebab dia bila demam akan jadi sangat manja dan lembik..
Hoho.. jenuh gak lah nak menjaganya...
Hari Isnin bawak gi Klinik Kanak-kanak... Doktor pesan kalau demam lagi kena bawak amik darah lak.. Tapi demam bebudak nie on dan off..
Bagi makan ubat demam kebah.. abis kesan ubat demam balik..
Ujian Allah untuk kami..

Sesekali bila satu rumah x sehat.. Alhamdulilla semalam dan hari ini mereka dah ok.. cuma masih batok dan selsema.. Semoga dipermudahkan Allah urusan kami...



Doctor Strangers

Korea Lagi..

Maaflah cerita ini baru je sudah tengok.
Cerita yang menarik..
Mengenai doctor.. Pelakonnya sangat muda.. tapi berkarisma.. ada sesetengah babak emosi yang disampaikan mampu membuatkan kita terkesan.. Saya memang sangat suka menonton cerita korea.. Bukan kerana pelakonnya handsome ataupun cantik tetapi jalan cerita yang diberi sangat meyakinkan.. Cerita nie pasal konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan.. Memang menarik dan membuat jantung teruja. Kang cite lebih2, spoil pulak.. hehehe..




Sinopsis:

As a child, Park Hoon (Lee Jong-suk) and his father Park Cheol (Kim Sang-joong) were tricked and sent to North Korea. In North Korea, Park Hoon was trained to become a doctor by his father who was already a famous doctor. Park Hoon became a genius thoracic surgeon. He deeply fell in love with Song Jae Hee (Jin Se-yeon) in his high school. Park Hoon's father then died and he tried to flee to South Korea with Jae Hee, but lost in contact with her and at the end, he fled to South Korea alone, while looking for Jae Hee.
In South Korea, Park Hoon begins to work as doctor in a top hospital Myungwoo University Hospital. Meanwhile, he found a girl that looks exactly like Jae Hee, Doctor Han Seung Hee, who claimed to not know Park Hoon. Then it appears that she's involved in a secret mission with a man who hates Park Hoon back in North Korea.

Sunday, September 14, 2014

Apam Balik The Best In Behrang Stesen

Assalamualaikum..

Kali ini nak share pasal apam balik..
Memang best.. Seriously..
Xde rasa or bau telur pun apam balik pakcik nie..
Pastu kalau beli yang jenis rangup.. Terasa kacang dan gulanya..
Kalau beli yang jenis tebal.. Isi kacang, jagungnya memang tiptop..
Seriously kalau dah rasa mesti nak beli lagi..
Pakcik nie jual kat tapak parking Pasar Behrang Stesen..
Xpasti la dia buka hari apa dan pukul brape..
Sebab selalu beli lepas balik keje lebih kurang dalam kul 5.30petang camtu..
Terbaik apam balik dia...
Harga yang rangup tu sekeping RM0.50 Yang tebal tu kalo x silap RM2.50..


Saturday, September 13, 2014

Rekreasi di Taman Tasik Proton City.

Assalamualaikum...
Sesekali bila bawak anak-anak beriadah..
Tempat yang paling dekat Taman Tasik Proton City.
Memang best r.. Ada trek untuk jogging.. Ada taman untuk kanak-kanak main.
Ada pondok untuk berkelah..
kira best la kalau nak bersantai di petang hari..
Sebelum ke Taman, kita singgah dulu kat Pasar Malam Tanjung Malim.. Beli makanan dan minuman..
Kemudian baru ke taman..
Memang seronoklah anak-anak dapat bermain..
Yang besar x letih-letih, dapat lak jumpa kawan sekolah lagilah seronok..
Adik kejap jer.. pastu dah xnk main..






Pasta Bolognese Versi Melayu

Assalamualaikum..

Saya kalau nak cepat memang suka masak pasta, sebab bahannya sentiasa ada kat dalam peti sejuk.
Lepastu kita boleh olah ikut kesukaan dan keselesaan kita. Nak pedas, nak biasa-biasa, nak banyak isi xnk banyak isi. Ikutlah nak bubuh apa pun.

Cara saya:

Bahan-bahan:
1 bungkus Pasta Fenne Regate
1 Botol Sos Spaghetti Cendawan Kimball
1 tin Cendawan dalam Tin (jenama Ayam Brand)
4 batang sosej cendawan (Jenama Ayamas)
1 biji Cili Benggal
1 biji Bawang Hollang
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan halia.

Cara-caranya:
1) Memula tumis bawang hollan yang telah di mayang. Setelah kekuningan masukkan cili kering yang telah diblend bersama bawang besar, bawang putih dan halia.
2) Masukkan cili benggala dan juga sosej yang telah dipotong kecik.
3) Kemudian masukkan cendawan butang yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau..
4) Masukkan sos Spaghetti dan sedikit air..
5) Setelah mendidih bolehlah tambah bahan perasa dan juga keju mozarella. Dah siap sosnya.
6) Didihkan air, masukkan garam dan juga minyak. Kemudian masukkan pasta fenne regate. Biar lebih kurang 20 minit atau sehingga pasta lembut.
7) Hidangkan bersama sos.






Friday, September 12, 2014

Cucur Nasi

Assalamualaikum...

Meh nak sembang pasal cucur nasi..
Xpasti la kengkawan tau ke dak pasal cucur nie..
Cucur paling senang nak buat..
Bahan pun x banyak..
Kalau ada nasi lebih semalam tu lagi elok..
Cucur nie lagi kenyang sebab campur nasi..
Ok meh kita sembang camne nak buat..

CUCUR NASI
Bahan-bahan
1. Nasi ikut suka
2. Bawang besar sebiji
3. Ikan bilis segenggam
4. Tepung gandum
5. Air

Cara Penyediaannya
a. Memula masukkan nasi, ikan bilis, bawang dan juga air ke dalam blander. Blander sehingga sebati.
b. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Yang nie boleh agak-agak jer.. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu likat.
c. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng.
d. Sedap dimakan panas-panas bersama teh o ataupun kopi o.

 Makan camtu pun sedap..

Cicah ngn sardin pun best..

Thursday, September 11, 2014

Konvokesyen Ke 12 Politeknik sultan Azlan Shah

Assalamualaikum...

Selasa & Rabu (09-10.09.2014) ada Konvo kat tempat aku keje ni...
Alhamdulillah adik2 nie dah graduate..
Seronok jugak bila adik2 nie datang Library jumpa kita..
Xsangka mereka ingat kat kita lagi..
Yellah kita x mengajar pun bebudak nie...
Sempatlah berselfie.. hehehe..
Aktiviti wajib sejak ada HP Lenovo..



Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com