Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

Tuesday, July 23, 2013

Kari Sardin

Assalamualaikum....

Selamat bersahur.. Hari ini menu sahur yg sangat simple.. tetibe en.hubby minta nak makan kari sardin lak.. 1st time buat naseb baek menjadi.. Bak kata chef Ammar "Masak dari hati Masak with Iman"...

Kari Sardin Simple

Bahan-bahan
1) 1 tin sardin
2) 1 biji bawang merah
3) 2 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) Setangkai daun kari
6) 2 cawan santan
7) 1 cawan air
8) 1 sudu asam jawa adabi
9) 1 peket rempah kari ikan adabi
10) 1 biji kentang
11) Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya
1) Hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari ditumis hingga naik bau.
2) Masukkan rempah kari ikan dan goreng garing. Setelah garing masukkan asam jawa dan air.
3) Masukkan kentang dan biarkan seketika. Setelah mendidih masukkan sardin.
4) Kacau sekejap, kemudian masukkan santan. Kacau sehingga mendidih dan kentang empuk.
5) Siap dihidangkan bersama nasi putih.

Monday, July 22, 2013

Kerabu Timun

Alhamdulillah.. selesai sudah bersahur..

Pagi nie makan kerabu timun, telur masin dan sambal tempe.. Pergh ngancam jiwa dan raga walaupun lauknya simple.. Sahur jer mkn nasi.. Berbuka makan kuih muih dan mee or spaghetti..

Kerabu Timun

Bahan-bahan
1) Timun (dibuang kulit dan dihiris-hiris. Bahagian tgh yg berbiji tidak diambil.)
2) Cili merah (dihiris)
3) Bawang Besar (dihiris)
4) Udang kering sedikit untuk perasa
5) Pati santan ikut berapa byk timun kita guna.

Cara Membuat
Campurkan semua sekali dalam satu bekas dan digaul. Siap untuk dimakan.
Kalau nak lagi sedap, buh dalam peti ais...
Seeloknya makan selepas dibuat... Maksudnya kerabu nie x tahan lama.. Sebab gunakan santan ye..

Malangnya gambar lupa nak ambil.. hehehe... Nanti kalau kasih ada wat lagi kasih amik gambarnya ye... Selamat Mencuba..

Friday, July 19, 2013

Bubur Biji Nangka

Assalamualaikum.. hari ini teringin lak nak makan bubur biji nangka.. Memula dulu pelik gak dgr namanya tapi bila makan sedap la pulak..

Kat bawah nie resepinya..

Bubur Biji Nangka

Bahan-bahan
1) Secawan tepung pulut
2) Satu sudu besar tepung beras
3) 1 biji kelapa (Diasingkan patinya)
4) 2 helai daun panda
5) Setengah cawan gula
6) Secubit garam
7) Air dan pewarna hijau secukupnya

Cara memasak
Gaulkan tepung pulut bersama tepung beras. Kemudian titikkan pewarna hijau mengikut kesukaan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung sehingga tepung tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk. Setelah itu, bentukkan tepung mengikut kesukaan.. Nak buat bulat2 boleh.. Buat panjang2 pun boleh. Setelah tepung siap dibentuk, Panaskan santan atas dapur, masukkan gula dan daun pandan.. Kacau hingga menggelegak. Setelah menggelegak masukkan tepung yang telah dibentuk. Kacau sehingga adunan timbul, kemudian masukkan pati santan. Kacau sehingga adunan timbul kesemuanya. Boleh dihidang masa berbuka atau minum petang.



Mee Kari untuk berbuka

Hari ini masak mee kari. Resepi di perolehi diSINI. terima kasih kepada tuan punya blog. Namun resepi beliau telah saya olah mengikut bahan yang saya ada. Resepi olahan saya seperti dibawah:-

MEE KARI
Bahan-Bahan:


8 biji bawang merah yang dikisar halus
3 biji bawang putih yang dikisar halus
1 peket serbuk kari daging/ayam
2 sudu besar cili giling@cili boh
1 bungkus mi kuning yang dicelur
Sawi, juga dicelur
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 keping tauhu yang dipotong kecil
1 keping kek ikan (fishcake) yang dipotong
4 biji bebola ikan (fishball) yang dibelah empat
Santan dari 1 biji kelapa
Sedikit air
200 gram isi kerang
300 gram ayam/daging yg dipotong kecil

Sekarang cara membuatnya:
1. Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.
3. Setelah, kedua-duanya masak dan berwarna agak gelap sedikit, masukkan air asam jawa, daging/ayam dan 1/4 daripada santan kelapa.
4. Biar sehingga daging/ayam empuk.
5. Kemudian masukkan kerang, tauhu, kek ikan, bebola ikan dan baki santan tadi. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak.

6. Masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.



Kek Batik Simple

Assalamualaikum... lama dah x update blog nie.. hehehe... Hari ini dah masuk Ramadhan ke-3.. Sejak jadi surirumah sepenuh masa nie, keinginan utk memasak pelbagai juadah membuak-buak tambahan pula suami x suka berbuka dgn nasi.. So semlm masak meehoon sup.. Resepi ringkas dan simple jer... Sempat gak wat kek batik semalam.. Resepi di perolehi dari SINI. Thanks pada tuan punya blog yg berkongsi resepi yg sgt mudah dan ringkas.. xsampai 1/2 jam pun untuk memasaknya...

Bawah nie hasilnya.. dapat dua bekas sebenarnya.. satu dah habis.. hehehe.. kat sini saya share resepinya..

 Yang nie pakai biskut cream cracker

yang nie guna biskut marie..


Resepi Kek Batik.
Dari Blog : http://koleksiresepiyus.blogspot.com

Bahan-bahan:
- 1 biji buttercup
- 1 tin susu pekat manis
- 1 cawan koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 2 peket biskut marie (patahkan 4 bahagian)


Cara Buat:
1. Masukkan koko, gula dan air panas dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.
2. Cairkan butter dalam kuali.
3. Masukkan susu pekat manis serta bancuhan koko dan gula tadi.
4. Kacau sebati dengan api perlahan.
5. Setelah adunan menjadi pekat, masukkan biskut marie.
6. Biarkan seketika sehingga biskut menjadi lembut.
7. Padamkan api, masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan mampatkan.
8. Biarkan sejuk dulu.
9. Simpan dalam peti ais selama 4 jam atau semalaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI