Shoplinks.Asia

Thursday, May 9, 2013

Kailan & Sawi Bunga

Percubaan.. percubaan...

Hehehe... Dah lama sebenarnya teringin nak tanam sayur sendiri.. Sebelum nie my hubby ada beli benih untuk tanam tapi malangnya x menjadi..

Masa balik dari ngundi arituh, singgah Nursery Rozai depan PSAS.. Cari pokok gajus sebab my hubby nak mkn pucuk dia.. Kebetulan ternampak biji benih organik sayur-sayuran, tanya ngn owner nursery tuh ok ke kalo tanam sayur2 tuh dalam pasu plastik.. so dia pun explain r camne nak tanam agar sayur tuh menjadi.. Sepatutnya, lepas 4 minggu bolehlah tuai hasil.. Mula menanam 5.5.2013.. Lg 4 minggu InsyaAllah dah boleh petik..

So aku pun beli r pasu plastik panjang satu, 3 beg tanah campur, benih kailan, benih sawi bunga dan anak pokok gajus. Kita cuba dulu.. Kalau menjadi baru nak beli benih sawi Pak Choy ngn Bayam... Jimat sikit.. Sekarang kalau gi Pasar, seikat sawi RM1 boleh makan sowang jer.. itupun kebiasaannya sawi yg peniaga2 kat pasar tuh jual dah x brape cantik..

Selain tuh, aku ada beli sayur pucuk manis.. sedap la pulak bila digoreng dgn telur ala chinese style.. di sebabkan sedap, aku try tanam keratan batang Pucuk manis tuh.. Alhamdullillah, 9.5.2013 keratan tu dah mengeluarkan tunas...

Sekarang nie kalau ada peluang untuk menanam dan jimat perbelanjaan dapur, memang kena buat.. kalau bawa RM100 gi pasar cuma boleh beli lauk untuk seminggu jer.. mana cukup.. kalau 4 minggu dah RM400.. hohoho.. tuh baru utk 2 1/2 org makan... Yang 1/2 tuh Nur Amani.. hehehe...

Sebagai seorang suri rumah merangkap pompuan berkerjaya, kenalah cari jalan untuk menjimatkan perbelanjaan.. hehehe.. Harapannya ingin meringankan beban suami... Barang kan semakin mahal skrg... Keluarga pun dah makin bertambah...

Ish dah melalut lak... Apapun semoga percubaan pertama ini menjadi.. Kita berusaha... Berusaha.. dan berusaha.. Kemudian bertawakal kepada Allah...

Bawah nie gambar sayur2 yang dah mengeluarkan tunas dan pucuk pada 9.5.2013..



Pucuk Manis 2 pokok..

Sawi Bunga

Kailan

Sunday, May 5, 2013

KOSMO Ahad 5 Mei 2013


(Jurnal m/s 46)
Betul ke kanak-kanak yg ketagih tab, ipad dan segala jenis gajet zaman sekarang cenderung menjadi ganas dan kuat memberontak?? ada yang melaluinya??
Tetapi katanya juga Gajet canggih ini ada kebaikannya dalam mengawal anak2 yg aktif drpd bertindak di luar kawaln. Kanak2 aktif ini juga akan menjadi leka dan fokus pada gajet canggih ini. Bagaimana pula dgn yg ini??

Ada baik dan juga buruknya..

(m/s 54 Jurnal) 
"Suami Pemalas Makan Hasil Isteri".. Lelaki tuh memang dah salahlah sebab malas, x nk keje dan dok makan hasil isteri jer.. Tapi yg pompuan pun salah gak, dah tau perangai lelaki tu sebelum berkahwin lagi yg dok teruskan juga perkahwinan tuh kenapa.. bila dah ada anak 2 baru nak ambil tindakan bercerai.. Tapi sekurang-kurangnya perempuan tuh berani bertindak tidak seperti kebanyakkan pompuan lain yg lebih rela menanggung suami pemalas dr bergelar janda.. 
Zaman skrg semuanya nk guna duit.. masuk bilik air pun nak kena bayar 30 sen inikan pula nak meneruskan kelansungan hidup.. Rumah, Kereta merupakan satu keperluan bukan lagi kehendak.. Jadi x salah cari suami yg berkerja dan mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.. Letakkan ini sebagai salah satu syarat dalam mencari pasangan hidup... 

Sekadar pandangan dan pendapat peribadi.. hehehe... 

Thursday, May 2, 2013

Nur Amani Beraksi lagi...

Makin besar makin pandai bergaya.. Amani yang chomel semakin keletah bila berdepan dengan kamera.. Belum on kamera dia dah beraksi.. "Mak..mak.. Cepatlah.." hehehe.. x sabar-sabar nak beraksi..


Menu Hari Ini

Assalamualaikum.. lama rasernye x update Blog nie.. hehehe.. walaupun skrg berstatus surirumah sepenuh masa namun kesibukkan menjaga anak membataskan mood nak mengupdate blog... hehehe... baby baru 2 bulan.. siang xmoh tido sangat.. dia nak maen.. hehehe.. naseb abek la malam lena..

Niepun dah petang baru dapat nak update... Seronok jugak melakukan rutin harian seorang suri rumah sepenuh masa.. hehehe... pepagi dah bangun, walaupun tdo lambat...

Pagi ini aku kena gi pasar, barang dapur untuk masak dah habis... Seronok pegi shopping kat Pasar Tanjung Malim, banyak pilihan sayur... makanan laut pun segar2... kalo nak beli ayam boleh nak pilih bahagian yg kita nak je contoh cam nak peha jer... beli peha jelah.. hehehe... kalo x tuh kena beli separuh atau pun seekor... dahlah kat umah nie bahagian yg banyak isi xde sape nak makan..

Lama x gi pasar, sampai jer umah kepenatan... lepas breakfast terus siang apa yg patut.. nasib baik lah en.hubby membantu.. kalo x memang lmbt r... hehehe

Menu hari ini Sup ayam ringkas untuk amani... Sayur pucuk manis tumis, ikan cencaru goreng dan masak lemak cili padi ketam... pergh...

Sayur pucuk manis tumis tuh baru first time try... terjumpa kat blog INI, x sangka lak sayur tuh boleh ditumis.. sebab selalu jumpa owg buat masak lemak x pun masak air.. tapi i ubah sikit resepinya ikut bahan yg ada kat umah.. hehehe...

Resepi Pucuk Manis Dengan Telur


Bahan bahanya :

Pucuk manis
1 biji telur
1 sudu sos ikan
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 - 5 biji cili padi / lada besar sebagai hiasan
sedikit ikan bilis
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara Penyediannya :

Seperti biasa, panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah ditumbuk. Setelah bewarna kekuningan masukkan telur dan kacau. Biarkan telur masak dan masukkan sayur pucuk manis dan sos ikan. kacau sehingga sayur layu / masak.


* Saya x guna ikan bilis ngn sos ikan.. sebaliknya saya tambah sos tiram.. naseb baek my hubby cakap sedap.. 

Resepi Sup Ayam Ringkas

Bahan - Bahan :-

2 ketul potongan ayam
Lobak Merah
Kentang
1 Biji Bawang Besar (dipotong empat)
Sedikit Halia (dihiris)
1 Kiub Ayam Knorr
Air 2 cawan

Cara Penyediaan :-
Tuang air dalam periuk dan didihkan. Masukkan kentang, lobak merah dan bawang. Setelah mendidih masukkan ayam dan kiub knorr. Setelah lobak merah dan kentang empuk bolehlah matikan api dan hidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI