Shoplinks.Asia

Wednesday, October 31, 2012

Pengalaman Tak Terjangkau..

28.10.2012 tarikh keramat nie.. hehehe.. Selalunya kami balik dari kampun x pernah lah lagi terserempak dengan jem.. Kali ini sangkut pulak.. Perjalanan yang selalunya 30 minit terus jadi 1 jam lebih.. Gara2 trafik light... dan jalan sempit... hehehe.. Merana gaklah.. hohoho... Panjang sangat... nasib baiklah walaupun jem tapi masih bergerak cam siput.. hehehe....


Tuesday, October 30, 2012

Hasil kerja Suamiku - Menjahit

Assalamualaikum...
Baru-baru nie, En. Hubby dapat tempahan untuk buat kepala langsir dan betulkan langsir sedia ada.. Banyak gaklah kerja dia nak kena buat... Nasib sempat siap bahagian depan sebelum Raya Haji.. Berserilah sikit umah cousin dia tu.. Alhamdulillah pilihan kaler untuk kon tu menjadi.. Kalau beli gak warna kuning memang tenggelam.. hehehe... Di bawah nie aksi beliau ketika memasang langsir.. hehehe..


Selain buat langsir, masa cuti raya haji tu mak sedara beliau meminta untuk pasangkan pelamin.. Nak sandingkan anak yang nak dikhatankan.. So aku pun tolonglah mana yang patut.. En Hubby buat simple jer sebab bukan pelamin untuk kenduri kawin kan..


Friday, October 26, 2012

Garangkah Aku??

Assalamualaikum..
buat Pengetahuan semua, ini adalah luahan hati dan perasaan aku sebagai pembantu perpustakaan.
Kadang-kadang bila aku fikir-fikirkan balik, salahkah aku menegur pelajar-pelajar ini untuk lebih berdisiplin... Salahkah aku bila aku marah diorang?? Aku pun kadang-kadang x faham.. Bila kita tegur bukan nak dengar sebaliknya kita pulak yang di marahnya.. Kalau perangai tu ok xpe lah jugak.. huhuhu..

Pening aku fikir.. Kalau x tegur karang rasa macam salah pula sebab itu termasuk sebahagian dari tugas.. Aduh nak buat macam mana ye??? Ke patut biarkan aje.. Bukan kehidupan aku pun.
Suka korang lah nak jadi apa. Kalau dah zaman belajar tidak boleh berdisiplin, macam mana nak kerja ye??

Thursday, October 25, 2012

Nama anak

Belum apa-apa lagi aku dah sebok memikirkan nama yang sesuai untuk anak yang masih chomey di dalam perut.. hehehe.. sewonok lak.. dok cakap ngn En.Hubby kalau perempuan jugak kita bubuh nama dekat-dekat dengan nama anak kami yang pertama.. hehehe... kalau lelaki kita buh yang pendek2 sudah.. aku memang dari dulu x brape gemar nama anak yang panjang2 dan pelik2 nie.. bukan apa.. kita panggil nama anak kita pendek jer tapi sebok bubuh nama anak panjang2... sedangkan bubuh pendek pun owang dok ubah dan pendek kan lagi.. inikan pulak kalau dah panjang2..

Tapi lain orang lain citarasanya.. ye dak.. hehehe... Setiap manusia berhak membuat pilihan... asalkan nama itu membawa maksud yang baik dan tidak menyusahkan anak itu, cukuplah...

Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday #1




Salah Memilih???

Salahkah aku dalam membuat pilihan??? adakah apa yang terjadi sekarang kerana aku terlalu terburu-buru?? Atau ini semua dugaan yang maha Esa untuk aku???

Entahlah akupun x pasti di mana silapnya.. Mungkin kerana aku merasakan apa yang dilakukannya merupakan satu perkara yang sangat keanak-anakkan... Mungkin kerana itu aku tidak boleh menerima.. akupun pernah melalui semua itu, malah aku masih lagi muda ketika aku menempuh kesemua onak dan duri itu dan aku bersyukur kerana aku tidak menyusahkan sesiapa.. Aku tak sanggup dan aku sedar setiap yang berlaku berpunca daripada aku tapi kenapa dia x boleh melaluinya tanpa menyusahkan keluarga yang sudah sedia berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan... Kenapa??? Kenapa dia tidak boleh bertindak dengan matang??? Kenapa tidak dia tunjukkan sikap berdikari dia tu?? Kenapa??? Kenapa kerana dia aku perlu merasa marah??? Kenapa semasa sihat dan gembira dia boleh melaluinya sendiri tapi bila keadaan berubah dia tidak pandai berdikari...?? Kenapa??

Salahkah semua perasaan yang ada dalam diri aku ini??? Salahkah??? Apa yang patut aku lakukan... Aku x mampu memendam, aku takot perkara lain yang akan jadi... Aku x sanggup dan aku x suka... sifat dan sikap ku dah makin jauh berubah... Perlukah aku luahkan semua ini supaya dia mengerti aku x suka dia bertindak sedemikian.. Aku x suka dia menyusahkan Keluarga... Aku x suka... Kenapa dia xnak sedar diri... Kenapa????

Perghh... agak2 boleh buat drama x??? Ke merepek jer... hehehe

Tuesday, October 23, 2012

Mengandung.

Alhamdulillah...
Semuanya berjalan lancar buat masa ini... Walaupun pada permulaan alahan yang aku alami agak teruk sehingga menetap sekejap di Hospital tapi syukur Alhamdulillah dah semakin ok.. Tak sangka lah pulak biras aku pun mengandung juga.. Lepastu dengar cite adik kedua suamiku akan berkahwin.. Alhamdulillah murah rezeki mak mertua aku... Tahun dapat InsyaAllah dapat 2 cucu sekaligus dan satu lagi menantu perempuan...

Kandungan kali ini lain sikit.. Baru nak masuk 5 bulan tapi aku dah mula rasa pergerakan dia di dalam perut.. walaupun xbrape aktif tapi dah mula ada sapaan antara dia dan aku.. Alhamdulillah, masa periksa kandungan hari tu denyutan nadinya lancar.. Semoga semuanya dipermudahkan seperti sebelum ini..

Walaupun aku x sangka untuk dapat pengganti secepat ini tapi aku bersyukur.. melalui semua ini sekali lagi dengan penuh kesabaran walaupun dugaan datang bertimpa-timpa... En.Hubby baru jer baik demam campak tapi masih demam dan batok-batok lagi.. Cuma dah xkena kuarantin jellah.. hehehe... demi keselamatan dan kesihatan bersama...

Terima kasih ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim..

Saturday, October 6, 2012

Kenapa Taksub Sangat Dengan Artis???

Sekadar nak meluahkan pandangan dan pendapat... Kenapa terlalu taksub Dengan Artis?? Perlu ke?? Mereka pun manusia biasa dan akan melakukan kesalahan.. Mereka tidak sempurna.. Sekadar menyukai tidak mengapa tetapi kalau dah xboleh orang lain komen or komplen artis tu rasa cam obses melampaulah pulak.. Orang kata, kita nie kalau nak menyukai @ benci pada seseorang @ sesuatu biar berpada-pada... Xde ape faedah pun @ dapat duit berjuta-juta kalau minat melampau kat seseorang artis tu...

Monday, October 1, 2012

Antologi Jiwa Kacau oleh Elee Mardiana, Attokz Dikulgai, Lyn Dayana, Dhiya Zafira dan Salina Salleh


Sinopsis
Tragedi Di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dengan suara Jul yang berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.

Menari Dalam Duka
Arzam Domino terlibat dengan kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.

Dendam Bunga Dahlia
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang memburu mereka untuk membalas dendam.

Buru Bayangan Luka
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang disampaikan Azalea kerana penyakitnya. 

Cinta Berdarah
Helmi kehilangan tunang tersayang dalam satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.

ULASAN SAYA : Saya paling suka cerita Tragedi di Lampu Isyarat & Buru Bayangan Luka... kedua-dua cerita ini membuatkan saya ingin membaca sehingga ke perkataan yang terakhir.. apakah yang akan terjadi selepas ini membuatkan saya tercari-cari.. sukar untuk meneka siapakah sebenarnya yang jahat.. sebab watak yang diolah membuatkan saya x dapat nak meneka.. 

Cinta Berdarah x mampu saya fahami.. agak mengelirukan dan memeningkan.. runsing saya membacanya.. Betul-betul buat jiwa saya kacau bilau...

Dendam bunga Dahlia dan Menari dalam Duka juga menarik untuk dibaca cuma Menari dalam Luka membuatkan saya sedikit geram.. APakah Arzam akan kembali ke KL menyelamatkan kawannya ataupun terus menyepi di kampung itu...

Sepatu Milik Kasanova - Zara Amani



Sinopsis : "Airin Natrah merupakan seorang gadis yang obses terhadap sepatu. Jika diletakkan tas tangan di sebelah kiri dan sepatu di sebelah kanan, gadis ini akan menghala ke kanan tanpa kompromi dan membelek sepatu itu sepuas hatinya. Minat terhadap sepatu juga mendorongnya untuk menghasilkan sepatu kerana keinginan untuk mempunyai sepatu hasil kreativitinya sendiri. Obsesi terhadap sepatu semakin kronik apabila masa yang terluang banyak diisi dengan mengenangkan hubungannya dengan Mark Koh yang penuh tanda tanya. Letih berfikir, dia mengalihkan tumpuannya dengan minat yang mendalam terhadap sepatu serta bakat terpendam yang dikesan sedikit demi sedikit. Irfan Mikael, si kasanova yang juga merupakan rakan baik Mark Koh tercabar dengan Airin Natrah yang memandangnya sebelah mata sahaja. Hubungan mereka tidak pernah tenang, selalu saja kesabaran Airin Natrah dicabar dengan Irfan Mikael yang dianggap seperti seorang diktator yang mahukan keinginannya ditunaikan walau dalam apa jua cara. Tidak mahu dianggap gadis yang begitu mudah menyerah, gadis itu seboleh mungkin cuba untuk memberikan tekanan mental kepada pemuda itu. Namun ternyata, juruterbang itu seorang yang degil dan tidak mudah mengaku kalah.

Dalam tawa ada duka. Dalam benci ada rindu. Antara kesabaran dan kepercayaan yang tercalar akibat Mark Koh dan keinginan serta impian Irfan Mikael untuk bersamanya, Airin Natrah menjadi kelu." Diambil dekat sini.


ULASAN AKU : Citer nie memang sangat menarik dan buat aku release tension.. Walaupun aku dah boleh agak ending dia nanti camne.. Tapi perjalanan cerita nie dan cara penulis nie olah citer memang sangat menarik dan buat aku menghayati setiap bait-bait tulisan.. Citer yang penuh dengan emosi kelakar tahap gaban.. bayangkan anakku yg berusia 2 thn memandang aku dengan pelik sebab aku gelak sorang2.. hehehe.. Pengajaran yang ade dalam citer nie.. kiter jangan mudah putus asa dengan apa yang kita suka.. sebab percubaan pertama gagal tidak mungkin yang seterusnya akan gagal jugak.. Walaupun minat dan pelajaran yang kita amik x sama, namun kita masih boleh melakukan kedua-duanya dengan seimbang andai saja kita tau menggunakan masa.. Tidak semestinya yg kreatif tidak boleh belajar yang logik.. dan yang logik boleh saja menjadi kreatif.. Ilmu itu perlu dituntut walau apa pun cabangnya... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI