Wednesday, February 29, 2012

Nur Amani ku yang chomel... (tema - Bergumbira bersama)

   Keletah-keletah amani yang semakin membesar... selamat berhibur... hehehe....

ingat dia nak ke pegang tangan kalo tuwun tangga nie... kenkadang je... selalunya nak jalan sendiri... ;p





aksi yang xtau nak kate ape... hehehe...


"Ish... makhluk apa nie...."




Tuesday, February 28, 2012

Aksi Nur Amani - (tema Terukir di Bintang)

   Amaniku dah berusia 1thn 8 bulan... hehehe... xlama je lagi da nak masuk 2 thn... sambil layan gambar Amani sambil enjoy lagu Terukir di Bintang nyanyian Yuna....

video


 Amani ku nangis sebab x dapat nak main ngn kamera... cian dia...










Aksi manja Amani semasa di dalam kereta...

Keinginan yang dipenuhi.

Alhamdulillah....
   Baru-baru ni hubby berjaya memenuhi keinginan hatiku... besalah owg mengandung nie kan macam2 kerenahnya... hehehe... mengandung anak yang kedua nie banyak dugaan dan lain cabarannya... cuma satu je yg masih sama badan cepat penat... pg hyper.. bila petang je mulalah flat.. hahaha...

   Semalam mase sebok2 mengemas aku blande buah tembikai buat air... patutnya hari ahad aritu dah blend dah tp disebabkan anakku amani telah menyorokkan tutup blander ku di dalam bakul baju kotor maka semalam lah baru berjaya menjumpainya... hahaha... bila tanye Amani mane tutup blander mak, dia pun jawab sambil tangannye menunjukkan almari baju ayahnya.. "Ana.. ana.."... Amani o Amani... macam2 kerenahnya sekarang.... hehehe... bolehlak semalam dia buat lawak... ayahnya bawak balik buah kelapa muda nak buat jeli kelapa... bila tunjuk buah kelapa tu kat dia, menjerit2 dia sambil tutup hidung.. "nanak.. nanak... ucuk.. ucuk..." sabo jelah... apa yang busuknya ntah... hahaha... aku ngn hubby pun apa lagi nyakat dia lah.. sampey tertido kena sakat ngn ayahnya... hehehe... cian amani mak...

   Spaghetti je xsempat nak masak lagi... sosnya dah ada.. xtau nak masak bile.. balik je penat.. hehehe.. semalam pun en.hubby yang tolong masak.. i sediakan rencah je.. hehehe... thanks my dear hubby...

   Semalam hubby blk kg, aku pun kirimlah buah jambu tanpa biji... pergh... sedap betol... makan sambil cicah ngn asam dia... mmg lazat sehingga menjilat jari... hahaha... maser ngandungkan amani aku rajin minum air jambu... kurang makan buah jambu... kali nie best lak tekak makan buah jambu... dapatlah pencicah yang sedap n kaw.. mmg terangkatlah... 

   Betullah owg cakap laen2 pengalaman semasa mengandung nie sebenarnya... semuanya kalo di ingat2 mmg klaka... owh perut... saba ye... nanti kite gi makan pizza lak.. hahaha...

   Selamat melalui pengalaman yang sama sepertiku... kepada yang masih belum berkahwin, dah berkahwin tapi belum ada rezeki nak ada baby sabar ye... InsyaAllah satu masa nanti pasti kamu merasai pengalaman sepertiku....

Wednesday, February 22, 2012

Kepenatan Melanda.

   Serius... penat sangat... minggu nie student cuti so kena kemaskan balik rak yang dah macam tongkang pecah.. naseb la ade yg menolong... kalo aku sorang mmg x siap lagi r.. nie tgl x banyak lagi je...

   Alhamdulillah dah tgl sikit je.. nmpk gaya esok bolehlah siapkan... InsyaAllah... time kasih pada yang menolong... hehehe... macam nie la keje kat Perpustakaan Politeknik... kalo ikutkan masa aku blaja dulu bila aku gi Perpustakaan tempat aku blaja aku x pernah tgk pelajar buat sepah kat rak.. biasanya bila dah amik buku tu, sama ada amik terus untuk pinjam atau pun buat rujukan.. biasanya lepas dah guna mesti letak balik kat tempat buku tu di ambil.. tapi bila aku keje kat Politeknik ni, aku mmg culture shock r... sebab x pernah jumpa kan perangai student yang sebegini teruk... dah lah x reti hormat orang... buku-buku nie diowang buat macam x berharga je.. campak sana campak sini.. terabur kan... langsung x de perasaan menghargai.. x faham aku.. diowang nie x fikir ke buku2 nie adalah ilmu... bukan sepatutnya buku2 tu di jaga dengan elok2 n diletak baik2.. kao xle nak letak tempat asal pun letak r kat troli... ini x, kadang2 saja je dia ceramu kan rak tu... agaknya dengki kot tgk buku2 tu tersusun cantik...

   Serius aku musykil memikirkan perangai pelajar2 nie... agak2nya kalo kat Poli lain camni jugak ke?? ke deme kat sini je perangai camnie.. dahlah staf sikit... aduh kenkadang rasa sedih sangat tgk buku2 tu rosak di sebabkan perangai pelajar2 nie.. duit yang digunakan untuk buku tu datangnya dari rakyat jugak.. bukannya duit tu datang dari langit... rosak je beli baru... rosak je ganti lain... camtu bertuah r...

   lega rasernye dapat luahkan perasaan... Semoga pelajar2 nie insaf dan mula memikirkan kepentingan buku..

Tuesday, February 21, 2012

Teringin...

Hurm... teringinnya nak makan spaghetti.. huhuhu... dah lama x masak...
teringinnya nak makan laksa ibu... nak laksa...
teringinnya nak makan nasi lemak emak... huhuhu.... nak nasi lemak..
teringinnya nak gi jenjalan sambil bercuti dan berehat.... tapi nak pergi mana ye...
Teringinnya nak makan buah laici segar.... mana nak cari...
teringinnya nak makan daging burung puyuh... owh dimanakah dikau....
Teringinnya nak minum tembikai laici yang kaw, pekat dan melekat.... nyum.. nyum...
Teringinnya nak tido sepanjang hari tanpa gangguan... mampu ke???

my hubby pun jawab... teringin nak makan buku lima x??? hahaha... mesti dia jawab camnie kalo dia tau... ngengada je ibu mengandung nie... hahahaha.... jgn marah ye encik hubby yang ensem...

Novel-novel yang aku baca {3.2.2012 - 19.2.2012}

    Nie antara novel-novel yang berjaya aku baca.. hahaha... banyak la jugak... walaupun masih ade yang sangkut lagi... tapi biasanya novel bahasa melayu jarang sangkut... yang selalunya sangkut novel bahasa Inggeris... hahahaha... dah gila membaca & membeli nampaknya... tp dalam banyak2 (Banyak ke???) novel yg aku baca kat bawah nie ada 1 je yang aku beli yang lenlain tu adik aku yang punya.. hahaha...

Tajuk : Gemersik Kalbu
Karya : Anis Ayuni

saya baca sebab nak tahu ending cerita... na nak tahu persamaan buku dan juga drama.. malangnya x menepati selera saya... saya baca sepintas lalu... bolehlah untuk merehatkan otak dr realiti dunia.. yang saya tahu saya x minat cita nie.. hurm kenapa??? ntah.. x kena ngn minda saya...

Sinopsis Ringkas : Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Tajuk : Fiksyen 302
Karya : Ramlee Awang Murshid

   Memang x mengecewakan saya.. cita nie buat otak saya bekerja keras.. habis je baca penin jap kepala saya.. hahaha... serius ini adalah novel RAM yang betul2 mnguji otak dan fokus saya... sampey otak saya blanklah lepas baca novel nie.. hahaha... thanks RAM..

Sinopsis Ringkas : LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


Tajuk : Air Mata Siti Hajar
Karya : Nazihatul Hanan

    Serius cakap aku mmg geram sangat bila baca novel nie... hahaha... tapi aku suka karekter yang dicipta dalam novel nie.. menarik penuh dengan ketelitian.. cuma aku xle terima kenapa mesti mencari cinta lama sedangkan diri sudah berpunya dengan ikatan yang sah... kenapa harus menyelongkar kenangan silam sedangkan diri kini melangkah menuju kehadapan... kenapa perlu mencipta kebahgiaan sedangkan diri masih x pasti.. manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada..

Sinopsis Ringkas : SITI HAJAR – Rasa cintanya terhadap Ibrahim sangat mendalam. Meskipun dimusuhi Khadijah… Hajar tetap mampu bertahan kerana ALLAH sentiasa melindunginya. ILAH itu dekat dengannya, lebih hampir daripada urat merihnya sendiri.

IBRAHIM – Tidak diragui sama sekali, cintanya terhadap Hajar menggunung tinggi. Namun sayang, dia berlaku tidak adil tatkala mengadili konflik antara Hajar dan adiknya, Khadijah. Akibatnya, sang isteri asyik menjeruk hati.

Namun, rasa cinta Ibrahim berubah sejak kehadiran Sarah. Dia kasihkan Hajar tetapi tidak mampu menidakkan kesetiaan Sarah terhadapnya. Hajar pula, sudah tidak berdaya mempertahankan cintanya lagi. Kata-kata Aisyah mungkin ada benarnya. Cinta Hajar kepada Ibrahim selama ini bukanlah kerana ALLAH. Buktinya jelas. Hajar tidak mampu menerima hakikat hidup bermadu. Ada, tetapi… Hajar bukanlah gerangannya.

Novel : Akukah Puteri Itu?
Karya : Lily Haslina Nasir 

   Serius nie lah novel yang berjaya membuatkan rasa geram, gumbira, kelakar dan sedih beradun menjadi satu... novelnya ringkas dengan bahasa yang mudah.. sesuai untu remaja... (Remajakah aku??? Memang x r..) hahaha... kalo nak enjoy n rileks baca r novel nie... sesuai sangat... Novel nie novel kompilasi sebenarnya... ada dua novel (akukah Cinderella itu? dan Akukah Snow White itu?) & 1 novel mini (Akukah Putera Impian itu?)

Sinopsis Ringkas : Kompilasi dua novel Syok! Lily Haslina Nasir iaitu Akukah Cinderella Itu? dan Akukah Snow White Itu? Mengisahkan kehidupan gadis biasa, Lisa mengejar cita-citanya menjadi pelajar pintar di Kolej Universiti Malaysia. Ikuti juga kisah Farid dalam novel mini, Akukah Putera Impian Itu? bagi mengetahui isi hatinya yang sebenar.

Novel : Purnama Merindu
Karya : Nora Isma Fuad

    Aku xtau nak komen apa pasal novel nie... baca sendirilah ye...sebab dah terlalu banyak membaca sampey aku raser xtentu arah... tapi novel nie mmg santai r kalo nak bace... aku suka cover die... mendamaikan hati yang runsing... hehehe...

Sinopsis Ringkas : William Shakespeare, Journey’s end in lovers meeting. Cinta menamatkan penantian ‘pungguk dan bulan’ yang berlaku dalam kehidupan watak-watak Kameel, Wulan, Rafique, Zara Orkhid dan Asmira. Perkahwinan yang bahagia antara Kameel dan Wulan, cukupkah untuk memberhentikan ‘cinta lara’ yang ditanggung selama hayat? Masih adakah peluang kedua bagi menebus kesilapan silam yang ‘hitam’ antara Kameel dan Asmira? Akan bertemukah Wulan lagi dengan si pungguk ‘Rafique’ yang lama dia nantikan? Bersikap skeptis terhadap lelaki, kedatangan ‘hero cinta’ cukupkah membuka hati Zara semula terhadap cinta?

Friday, February 17, 2012

Mengidam..

    Hurm.. maser ngandungkan Amani aku ngidam sesangat nak makan limau tambun... hubby cakap mana nak cari... kalo yg kat Tambun tu mana le makan haram.. huhu.. aku cakap lah akau bukan saja2 nak minta.. cari punya cari... ada satu hari tu aku kena gi ipoh ada lawatan otw gi ipoh tu kami singgah kat tapah... kebetulan ada gerai buah2an n kebetulan gak maser tu dia ada jual Limau Tambun tu dalam bentuk yg dah siap potong... aku pun apa lg.. beli la sikit... dah teringin sesangat lah katakan.. malangnya x menepati citarasa... x cukup manis n lemak.. huhuhu... sedih la jugak sebab x tau mana nak cari dah... tp ok la dapat la jugak makan sikit dr langsung x dapat ye x... Pokok kat ngn umah arwah nenek tu dah x cantik dah buahnya sebab penyewa umah Arwah nenek tu letak baja pokok kelapa sawit... memang hancur la buah dia... huhuhu... cedih cangat...

Wednesday, February 8, 2012

Aku.. Pregnancy dan Amani

    Alhamdulillah... setelah sekian lama menanti akhirnya aku pregnant lagi... Syukur Alhamdulillah... terima kasih Ya Alllah... mmg dah lama aku nantikan kedatangan orang baru dalam keluarga kami... patutlah emosiku semakin x stabil n aku semakin cepat marah.. mudah merajuk dan teramatlah sensitif... giler r... hehehe... cam maser aku ngndungkan amani dulu... memula mengandung aku jd sangat sensitif n cepat teraser... pastu lelame dah ok.. hehehe... skrg pun camtu jugak cuma yg x tahan biler makan je tekak raser loya nak muntah... mmg sangat2 x selesa... harap2 cepatlah berlalu... hehehe... Amani pun semakin pelik perangainye... hehehe... nak dapat adik lah katakan... hehehe.....

* Update : dah keguguran... belum ade rezeki lg...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI