Shoplinks.Asia

Tuesday, February 21, 2012

Novel-novel yang aku baca {3.2.2012 - 19.2.2012}

    Nie antara novel-novel yang berjaya aku baca.. hahaha... banyak la jugak... walaupun masih ade yang sangkut lagi... tapi biasanya novel bahasa melayu jarang sangkut... yang selalunya sangkut novel bahasa Inggeris... hahahaha... dah gila membaca & membeli nampaknya... tp dalam banyak2 (Banyak ke???) novel yg aku baca kat bawah nie ada 1 je yang aku beli yang lenlain tu adik aku yang punya.. hahaha...

Tajuk : Gemersik Kalbu
Karya : Anis Ayuni

saya baca sebab nak tahu ending cerita... na nak tahu persamaan buku dan juga drama.. malangnya x menepati selera saya... saya baca sepintas lalu... bolehlah untuk merehatkan otak dr realiti dunia.. yang saya tahu saya x minat cita nie.. hurm kenapa??? ntah.. x kena ngn minda saya...

Sinopsis Ringkas : Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri.

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Tajuk : Fiksyen 302
Karya : Ramlee Awang Murshid

   Memang x mengecewakan saya.. cita nie buat otak saya bekerja keras.. habis je baca penin jap kepala saya.. hahaha... serius ini adalah novel RAM yang betul2 mnguji otak dan fokus saya... sampey otak saya blanklah lepas baca novel nie.. hahaha... thanks RAM..

Sinopsis Ringkas : LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


Tajuk : Air Mata Siti Hajar
Karya : Nazihatul Hanan

    Serius cakap aku mmg geram sangat bila baca novel nie... hahaha... tapi aku suka karekter yang dicipta dalam novel nie.. menarik penuh dengan ketelitian.. cuma aku xle terima kenapa mesti mencari cinta lama sedangkan diri sudah berpunya dengan ikatan yang sah... kenapa harus menyelongkar kenangan silam sedangkan diri kini melangkah menuju kehadapan... kenapa perlu mencipta kebahgiaan sedangkan diri masih x pasti.. manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada..

Sinopsis Ringkas : SITI HAJAR – Rasa cintanya terhadap Ibrahim sangat mendalam. Meskipun dimusuhi Khadijah… Hajar tetap mampu bertahan kerana ALLAH sentiasa melindunginya. ILAH itu dekat dengannya, lebih hampir daripada urat merihnya sendiri.

IBRAHIM – Tidak diragui sama sekali, cintanya terhadap Hajar menggunung tinggi. Namun sayang, dia berlaku tidak adil tatkala mengadili konflik antara Hajar dan adiknya, Khadijah. Akibatnya, sang isteri asyik menjeruk hati.

Namun, rasa cinta Ibrahim berubah sejak kehadiran Sarah. Dia kasihkan Hajar tetapi tidak mampu menidakkan kesetiaan Sarah terhadapnya. Hajar pula, sudah tidak berdaya mempertahankan cintanya lagi. Kata-kata Aisyah mungkin ada benarnya. Cinta Hajar kepada Ibrahim selama ini bukanlah kerana ALLAH. Buktinya jelas. Hajar tidak mampu menerima hakikat hidup bermadu. Ada, tetapi… Hajar bukanlah gerangannya.

Novel : Akukah Puteri Itu?
Karya : Lily Haslina Nasir 

   Serius nie lah novel yang berjaya membuatkan rasa geram, gumbira, kelakar dan sedih beradun menjadi satu... novelnya ringkas dengan bahasa yang mudah.. sesuai untu remaja... (Remajakah aku??? Memang x r..) hahaha... kalo nak enjoy n rileks baca r novel nie... sesuai sangat... Novel nie novel kompilasi sebenarnya... ada dua novel (akukah Cinderella itu? dan Akukah Snow White itu?) & 1 novel mini (Akukah Putera Impian itu?)

Sinopsis Ringkas : Kompilasi dua novel Syok! Lily Haslina Nasir iaitu Akukah Cinderella Itu? dan Akukah Snow White Itu? Mengisahkan kehidupan gadis biasa, Lisa mengejar cita-citanya menjadi pelajar pintar di Kolej Universiti Malaysia. Ikuti juga kisah Farid dalam novel mini, Akukah Putera Impian Itu? bagi mengetahui isi hatinya yang sebenar.

Novel : Purnama Merindu
Karya : Nora Isma Fuad

    Aku xtau nak komen apa pasal novel nie... baca sendirilah ye...sebab dah terlalu banyak membaca sampey aku raser xtentu arah... tapi novel nie mmg santai r kalo nak bace... aku suka cover die... mendamaikan hati yang runsing... hehehe...

Sinopsis Ringkas : William Shakespeare, Journey’s end in lovers meeting. Cinta menamatkan penantian ‘pungguk dan bulan’ yang berlaku dalam kehidupan watak-watak Kameel, Wulan, Rafique, Zara Orkhid dan Asmira. Perkahwinan yang bahagia antara Kameel dan Wulan, cukupkah untuk memberhentikan ‘cinta lara’ yang ditanggung selama hayat? Masih adakah peluang kedua bagi menebus kesilapan silam yang ‘hitam’ antara Kameel dan Asmira? Akan bertemukah Wulan lagi dengan si pungguk ‘Rafique’ yang lama dia nantikan? Bersikap skeptis terhadap lelaki, kedatangan ‘hero cinta’ cukupkah membuka hati Zara semula terhadap cinta?

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI